Instagram : @peejburhan

berseronok di malam minggu

tadi dok transfer pic from phone ke laptop.
baru perasan ada pics ni n aku tak update pun lagi.
hua hua.
melampau sangat kan.
ni kisah time sahur berapa minggu lepas.
ni dah raya berapa hari baru reti nak update kan.
takdok masa katanyer.
ye la membusy ngan business je.
bila dapat rehat sibuk urus hal nak raya la apa kan.
memang segala benda lain lupa la.

so tak silap minggu last puasa tu.
elly n filla ajak sahur steamboat kat concorde.
dah la tiba2 je. cakap program steamboat jadi yea.
aku ni dah macam blur. bilanya? tiba2 je.
rupanya bincang berdua n ingat dah bagi tau kat aku. e ehhh tetiba.
cakap ajak laki sekali la apa.
aku tanya Mr.B, dia kata taknak suruh aku gi sendiri.
aku dah macammmmm alaaaa jom la. takkan nak sensorang.
dia taknak. suka hati.
aku pun suka je. boleh sembang syok sikit kan. hahha.

sekali rupanya suami elly pun tak pergi.
dah semua takda. so suami filla pun kata taknak la.
so dia lepak ngan kawan2 dia instead kat tempat lain.
wahhh best.
tapi since semua pergi perempuan n pukul berapa pulak kan.
so kita orang pergi sekali la senang.

filla ada event berbuka sebelum tu.
so aku suruh dia naik lrt sampai station berdekatan umah aku.
aku pick up sana.
so sampai. lepas sejam lebih baru elly sampai amik kita orang so pergi la sekali.
later tu anny kawan filla pulak join.
yeay best.
i is happy. ye la berapa lama aku tak keluar asyik mengadap rumah je.
yang dorang pun bahan aku.
ok sikit kau kan peej, kalau tak aku tengok kerja kau asyik pack barang nak post je.
hahah kong ajo. abis nak buat macam mana. demi mencari sesuap nasi katanya.

amik buffet steamboat.
takda la banyak choice macam kalau kau pergi tempat all u can eat, seoul garden ke apa.
tapi memadai dah. sebab sebenarnya kau macam ke larat nak makan semua pun kan.


:: dim sum ::




sedap sedap sedap.
eh tengok pic ni tertelan2 air liur pulak.
dah la daging tu sedap gilaaaa. tak tau nak cakap la.
punya la lembut macam melt in ur mouth je feeling dia.
yang lain semua tak makan lak tu.
aku kaup la.
last aku bagi tau filla kau rasa tak daging tu.
filla kata tak. sedap ke? buat muka kerek.
aku kata sedap la. baru dia nak rasa. lepas tu baru dia tauuuuuu.
pastu dok korek2 kata mana lagi daging ni. hahaha takda la. harus la aku bedal kan.
sedap, tapi lepas tu memasing malas nak bangun amik.
hadap je apa ada.







panjang melampau dah rambut aku.
rimas pun ada ni.
takda masa nak pergi saloon la.
aku macam rasa nak potong pendek la.
paras bahu ke.
tapi tau sangat. nanti hari pertama je semenggah.
lepas tu nanti harus horror je.
tapi i is rimas. how la?
tapi panjang ni pun most of the time aku buat bun je pun.

oh ni antara video sempat ku keek malam tu.


Aug 2, 2013 | Dendang perantau by peejburhan on Keek.com



Aug 2, 2013 | Sahur meet up 1 by peejburhan on Keek.com






best la.
mana lagu best kemain tergoyang sana sini.
aku n noy if lagu best kat memana.
mesti macam, "noy cepat, aku nak kau pergi situ menari depan orang tu. macam kau feeling gila"
pastu nanti dia suruh aku. aku suruh dia. macam bangang macam tu la.
padahal memasing tetap la tak buat apa.
so malam tu pun sama la. aku akan suruh elly, "elly pergi. aku nak kau rampas benda bunyi2 tu daripada perempuan tu. pastu kau yang feeling"
tetiba elly ni, aku boleh buat. tapi apa kau nak bagi aku.
e ehhhh elly gilaaaaa. takut aku dia buat betul2. hahaha.
perempuan tu capable buat benda gila macam tu. tak sukaaa.
tapi kejap2 nanti dia kata ok dia buat. tapi dia nak aku tolak lelaki main gendang tu. pastu aku lak main sambil feeling. hahaha bongok.

kita orang gerak around 2ish macam tu.
filla pak radie jemput naik motor.
motor kemain lawa filla taknak naik. segan.
pastu dia suruh pak radie tunggu jauh.
konon dia nak teman anny gi parking, nanti baru anny hantar ke pak radie.
kalau aku tu. harus aku naik. terus feeling gf azroyyy. kuuuuu jejak jalan yang berlikuuuu....
elly hantar aku.
seronok. next time pergi lagi.
plan seterusnya karaoke.
tak sure kali ni para lelaki nak join ke tak.
if join ok, tak join lagi best kot. hahahha kejiiii.



0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...