Instagram : @peejburhan

berkobar-kobar ni

betapa berkobarnya hati ini nak sesiapkan rumah.
balik berbuka n shopping 2-3 barang.
terus rasa ok free time lets susun siap2 semua.
sebab esok lusa dah busy.

esok plan nak bangun pagi.
wahhh bangun pagi katanyer. mampu ke?
bangun pagi pergi touch up roots kat saloon.
maybe potong sikit rambut.
then plan nak jalan-jalan carik baju raya ke.
takda target apa sangat. dapat 1-2 helai pun jadi la kan.
nak beli jeans la.
now kan ada skinny je. yang dah bertahun gak la.
masih elok. tapi baju if tak labuh rasa horror lak.
dah la tengah berjalan boleh lak laki tegur, "moling ite tu tengok peha tu macam bercantum je"
eeee bengang. memang la bercantum. kata gemuk.
selama bertahun ni tak nampak lak dia.
dah kawin ni memacam pulak kan.
terus tiap kali pakai sendiri terasa2 segan.
mari beli jeans semenggah.
malam maybe nak singgah rumah mak mertua hantar cookies.

oh ingat siang nak singgah restock ephyra.
baru restock kemain hari tu ni dah takdok.
boleh je restock after raya. tapi office bukak tak silap rabu.
nanti baru nak restock. baru nak pack. bila lak aku nak post kat orang kan.
tengok dulu. kalau sempat amik.
tak sempat nampaknya khamis onwards baru aku leh post barang korang.
mana yang dah bayar tu la.

siang tadi aku bersenang lenang je.
tetiba terasa pelik gila.
sebab dah biasa hari-hari ku pack ngan kerja2.
bila takda buat apa rasa lain macam.
tadi almost gerak amik barang.
tapi tenangkan diri. cukup2 la kan. nak raya dah.
rehat la sementara ada time ni.
so cancel.
memang rehat je la tadi.

rabu of coz akan busy kat rumah mama tolong memotong bahan nak masak apa semua.
so by the time balik mesti malam.
pastu of coz penat kan.
esoknya raya dah.
takkan nak berkemas malam tu. penat weyh.

tu tadi balik rumah je terus rasa nak menyiapkan rumah.
apa semangat tah. bukannya ada orang nak datang pun khenn.
plus raya pertama dah tentu aku bukan ada rumah pun. hua hua.
tapi lantak. sendiri syok.

aku kan nak mintak ayol tolong gantungkan frame kufi n rod langsir.
tapi ayol free rabu. rabu pun dia nak habiskan cat rumah mama.
aku lak akan busy kat sana. abis bilanya.
so tadi ku yakinkan diri n suruh Mr.B gantung frame.
pakai paku tak lepas pecah batu. konkrit kot.
so nak tak nak kena drill
drill memang aku saspen sebab aku tau dia mat senget.
so kemain aku suruh dia pegang, tanda apa bagai.
aku lari jauh check senget ke tak.
dah la cara dia tanda bikin aku bengang.
ada ke cara tanda dia buat garisan atas frame.
mana kau tau kat mana nak drill tu.
yakin tu kata dia tau la.
ok suka kau.
drill satu.
nak drill lagi satu aku kata tunggu.
gantung again n make sure betul kau drill ni.
tetap dia ngan garisan dia.
aku kata mana boleh macam tu. check bebetul. pegang n rasa ngan jari. n tanda exactly situ.
dia kata betul.
ok set.
sekali nak gantung takleh. dia drill benda tu ke kiri. tak kena tepat la kat pengangtung tu. grrrrr.
so dia drill lagi satu. kemain angkut lagi ni aku suruh check bebetul.
dia kata dah betul.

pastu gantung frame.
aku berlari ke belakang nak tengok daripada jauh.
jeng jeng jeng. sengetttttttttttttttt!
dia kata tak.
aku kata meh diri sini tengok.
kepala kemain teleng2. kata ok je.
eeeee memang senget la kanan tu ke bawah.
memang nampak la. aku takleh tengok macam tu.
aku akan sakit mata, sakit jiwa dan raga.
muka dah masam. kecewa.
dia dah nak amukan. dia kata dah tak payah. tunggu ayol je la buat nanti.
dia turunkan frame.
mata sakit tengok ada sana sini skru paku tu nampak. aaaaaaaa.
sekali lepas tu dia dok ketuk2 benda tu.
gantung balik. wallahhh. ok. dah straight. yeayyyyyyyyyyyyy.
happy. terus chicken dance kat situ sambil puji2 kata dia so brilliant.
ye harus puji baru hati dia berbunga.

pastu dia kata meh dia drill untuk langsir pulak.
aku gelak besar.
takpa la pakcik. baru drill dua dah horror gitu.
aku sanggup tunggu ayol datang tolong.
untuk rod tu kena drill 6 tempat. takpa la acik sabar.

excited tengok dah bergantung kufi tu.
terus kata jom kemas n bentang carpet pulak.
dia tak bagi. uwaaaaaaaaaaaaaa.
dia kata tunggu malam raya.
sentap mak nak.
aku dah bising2 kata esok dah busy.
rabu busy.
nanti malam tu u nak buat. i dah penat. sakit pinggang kot memotong daging tu.
nanti u nak suruh2 i taknak buat yea. u buat sendiri.
takda dia heran. tetap nak main game kat computer. sobs.

so aku syok sendiri la susun atur benda lain.
ubah sana. ubah sini benda.
tengah dok lap sana sini.
sedar bunga hiasan dah rupa kilang habuk. ngeri.
nak basuh.
tapi time tu tengah menunggu customer amik barang.
takleh la.
nak membasuh harus tukar baju basahan.
plus malas la tengah gigih nanti tetiba dorang datang kang tergendala.
takpa tunggu sat.
so now dah settle.
tapi aku dok mengadap ni lak.
hua hua. basuh konon.
takpa sat lagi buat.
takda buat apa ni lets buat apa patut kan.



2 Comments:

Badd2222 said... [Reply to Comments]

"moling ite tu tengok peha tu macam bercantum je" gelak guling2 muahahaha. xpe kak peej, bercantum x bercantum, ur readers love u

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

nak wish awal-awal selamat hari raya utk ko, peej sekeluarga. sebab in case tak sempat nak wish. nak balik kampung tok hari ni hihi. maaf zahir batin!! :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...