Instagram : @peejburhan

back on business starting 12 Aug

so macam mana raya?
sakan tak?
aku biasa2 aje sebab aku memang pemalas nak berjalan sana sini sangat.
so dok ulang alik umah mama je pun.

dalam pada raya ni kemain ramai email la, whatsapp, sms, call semua.
nak beli barang.
aku memang cakap aku cuti nak raya.
tapi since ramai sangat, ada yang aku tak reply.
sebab aku dah bagi tau banyak kali kan kat blog bagi chance la aku cuti sikit.
penat woih.
so bila cuti ni rasa rehatnya badan semua. best.
laptop pun aku tak bukak seminggu. :)
ni baru bukak balik ni.

tapi tu la. sms, whatsapp ke apa semua still masuk orang nak beli barang.
tau tak rasa dia macam apa masa baca?
ibarat macam korang amik cuti daripada tempat kerja.
sedang rehat segala, tetiba boss call call or email kau betalu2 cakap pasal kerja.
paham? paham? paham?
i need a break.

so here i am, esok 12 aug.
so boleh beli start esok yea.
untuk yang nak COD ke apa.
tapi post start khamis yea.
sebab aku takda stock banyak untuk post semua barang korang.
n aku hanya dapat restock rabu n keatas.
harap paham.

so yeah, siapa yang hari tu ada contact aku nak beli barang ke apa.
hantar again. ramai sangat so aku takleh nak ingat semua.
promo sampai bila?
so far ada lagi. nanti nak habis aku bagi tau 2 days notice.
thank u.

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...