Instagram : @peejburhan

aku bukan perfectionist tapi.....

aku ni bukan perfectionist.
aku pun takda ocd ke apa.
tapi aku jenis ada standard2 yang kena ikut.
sebab tu walaupun orang kata aku sudah memerlukan pembantu untuk buat kerja ke apa.
aku macam liatttt je nak lepaskan.
sebab aku tau aku sangat cerewet.
nanti tak menepati macam yang aku nak aku macam tak senang hati kang.

macam semalam aku busy tengah nak mengisi borang poslaju tu.
then tersedar eh borang tinggal sikit.
kang seronok isi habis pulak.
so since Mr.B takda buat apa aku mintak tolong dia koyakkan borang n cop kan.
ok aku tengok dia buat la.

then dia start cop borang tu.
sambil aku isi borang aku perati dia buat.
aaaaaaaa....dia cop pastu dia macam gegarkan cop tu.
paham tak? kira nanti benda yang dia cop tu akan nampak smudge n kembang la
so takda la nampak clear nama alamat tu semua.
robek hatiku
nak tegur kang dia sentap.
sebab dah la orang tolong kan.

cecepat aku habiskan isi borang aku.
aku kata takpa meh i sambung buat.
dia taknak bagi pulaakkkk.
tinggal sikit lagi baru dia bagi buat.
senang hati aku.
tapi tu la, aku ni cepat sakit mata.
macam aku nak isi borang ni, amik borang nampak borang hasil Mr.B cop terus nangis.
hahaha over kan. ye aku memang saiko macam tu.

sama macam rumah la.
ada kata kenapa nampak elok je rumah walau aku bela kucing banyak.
sebab aku saiko gitu.
aku kata la dah susun ikut piawaian aku
tetiba nanti tersenget or terabur sebab kucing.
harus aku nanti betulkan cepat2.

macam let say bantal kat sofa tu aku ada cara susun aku.
tetiba laki ku susun lain.
aku macam takleh. mesti nak betulkan.
aaaaa kenapa macam ni tah.
kalau tak rasa tak tenang je.

macam kat tv cabinet tu aku ada letak bakul kan.
aku susun elok je.
tetiba la bakul bawah tu senget, mata aku asyik terpandang je.
tapi bontot tak angkat ni pergi betulkan.
then nanti everytime pun aku ternampak2.
terus bangun betulkan. baru tenang.
i cannotttt.

currently pemandangan aku yang sakitkan mata adalah bakul tu hari tu bebudak datang checkout dvd.
pastu tak susun elok so dvd tu terkeluar2 dpd garisan bakul.
ye itu pun aku sakit mata tengok.

habuk pun aku akan nampak jelas.
tapi aku belum tahap rajin nak lap sepuluh kali sehari la.
tapi tu la selagi tak lap tak tenang je rasa.
bila dah lap nanti, tetiba nampak permukaan semua bersih berseri rasa best sangat.

kucing2 ku pun tarzan semua.
langsir baru pun dorang sedap bergayut sana sini.
tapi maybe sebab warna n corak so tak nampak
tapi day curtain tu dah tercarik sana sini seperti hati kau jugak di carik2.
sofa ok lagi la. dorang tak suka menggaru kat sofa.
tapi ada la bekas kuku tu sebab dorang suka feeling mountain climbing.
kucing ku prefer cakar kat carpet.
bukan carpet baru, ni dorang tak suka.
dorang suka cakar carpet kat meja makan tu.
kan jenis kasar n macam rug ke jut tu.
so maybe tu la penyelamat daripada dorang merosakkan benda lain.
so kalau nak barang rumah korang selamat sila ada carpet tu satu.
situ je dorang tuju. n bestnya carpet tu elok je tak rosak ke apa.
bagus.

ok la tu je.
nak sambung buat kerja.

7 Comments:

Chot said... [Reply to Comments]

macam sy...xbolehhh tgk...sakit mata...walaupun kekadag rasa..mcm annoyed je perangai macam tu.. tp ttp xbleh...huh

zeera said... [Reply to Comments]

kak peej! kita samaaaaa. haha. sampai kena marah dengan asben yang dia malas dah buat/tolong sebab nnt i buat balik. hihi. nanti ada anak lagi pening asik nak kemas je kejenye :p

Naf naf said... [Reply to Comments]

Sama lah kita kak Peej, saya ni bujang duk dengan sorang housemate, tp nasib baik housemate dalam kalangan family jugak, saya pun macam akak jugak. Before tidur or keluar rumah mesti pastikan remote tv ada dekat tempat remote, bantal kat couch mesti sama macam apa yg saya susun. Even barang dalam toilet pun nak susunan sama jugak. Lepas housemate pakai saya akan make sure jugak ada kat tempat yang sepatutnya. Tapi flawless saya yg paling ketara ialah susun baju. Kira tengok drawer sure kemas, tapi dalam drawer. Maybe serabut sikit. Hahahah agaknya kita ni 'nak nampak' semua cantikkk ikut piawaian kita, tapi bukan la perfectionist sangat sebab ada jugak flawless kannnn

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

same as me jugak...
ada standard tertentu yang mesti diikuti..

Wanie Warniee said... [Reply to Comments]

RAJINNYA....

Lizzie Yasmin said... [Reply to Comments]

Weh itu syndrome rumah sendiri memang begitu. Sebab ko yang kemas dan ko yang sakit hati bila bersepah, kalau boleh ttak nak ada sehelai rambut pun jejak lantai..

Cuba ko pegi rumah orang, tak der pun sakit hati macam tue. Aku dulu ada sindrome macam tue. Waktu dekat hostel lagi parah, siap budak rumah pegi report dekat HEP sebab aku bising rumah bersepah.

Bila dah sebuk kerja nie dah slow down skit. Tapi still ada skit, terutama bila baru lepas kemas rumah. hahaha

peej said... [Reply to Comments]

@chot - kan. rasa macam apesal la perangai ku begini. tapi nak buat macam mana. takleh nak handle.

@zeera - tu la dia tak tolong nyampah gak, tapi dia tolong nanti ada je tak puas hati. so alang dia dah tolong tu kita diam je la.

@nafnaf - ku bab drawer ke apa belum lagi la.
kejap je bertahan lama kumbah jugak. tapi takpa orang tak nampak. hahaha.

np - apa pesen tah kan. sendiri seronok.

wanie - mana ada rajin. pemalas, tapi terpaksa rajin sebab sendiri sakit mata.

lizzie - wah tu lagi extreme tu. ku takda la sampai begitu sekali. ;p

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...