Instagram : @peejburhan

tahun ni serba serbi tak kuasa

selalu tiap tahun aku akan share je menu-menu ramadhan.
ramai yang suka. sebab dorang kata inspirasi nak berbuka apa balik kerja nanti.
or esoknya boleh masak or beli benda sama.
ada jugak yang akan seboleh-boleh elak bukak blog aku time siang.
sebab tak sanggup terkecur-kecur air liur.
so tunggu dah berbuka baru la layan baca ke apa.

tahun ni aku sendiri tak kuasa.
ada gak la 2-3 hari aku snap pic menu ramadhan.
dah transfer pun. tapi sangat la takda hati nak upload buat entry.
tak sure kenapa.

tahun ni jugak sangat la tak kuasa nak pergi pasar juadah.
rasanya sepanjang berpuasa ni baru 1-2 kali pergi.
pergi first day ngan reni. yang siap aku tertinggal purse.
so dia belanja. tapi dah nama duit orang. harus la kau nak menggila pun segan kan.
walaupun dia tak kisah pun. tapi agak2 derr.
mana dia beli. if rasa berkenan aku kata nak gak la.
ada yang dia beli. tapi aku tahankan nafsu. kata taknak.
hahah so berjaya hari tu beli barang tak sampai rm10 pun.
berapa ringgit je la.

lepas tu memang takda pergi ke apa.
sampai la few days back.
terasa nak pergi.
so pergi la suami isteri naik motor.
kosser naik kereta kang leceh mencari parking kan.
memang tak boleh la pergi.
sebab nanti ada je rasa nak.
dah la membeli macam kan isi rumah aku 10 orang.
padahal berdua je.
time pergi tu ada dekat rm50 belanja. gila.
end up by esok sahur kuih maybe mau dekat 8 jenis buang. syabas.
terus malas pergi dah.

tahun ni pun tak macam sebelum2 ni.
memacam mengidam nak makan.
tahun ni makan je apa ada.
asal isi perut je dah la kan.

now selalu suami ku je beli.
aku ikutkan tak suka dia beli.
sebab dia jenis menggila gak if membeli.
tapi dah ku pesan berkali-kali.
beli 3 lauk je max. n beli rm2 je.
so semangkuk kecik. by sahur habis.
kita berdua je.
nasib dia dah ikut arahan.

tapi tau la lelaki kan.
bukan pandai sangat membeli.
esp laki aku. kata orang minang.
semua kering2 je lauk dia beli.
balik2 sambal goreng. sambal. sambal goreng. sambal.
tu je hari2. naik tercekik gak la makan.
tapi orang dah beli tu. rezeki Allah dah bagi tu. makan je la.

satu lagi laki bukan pandai padankan lauk kan.
kalau kita ada kuah lemak. ada yang kering. ada sayur ke.
ada kerabu ke.
kurma sesuai ngan sambal tumis ke.
tak.

macam kelmarin.
suami aku beli 4 lauk.
ada sambal tumis ikan bilis petai, sambal tumis sotong, asam pedas pari, tomyam ayam.
kau paham tak? tak masuk je semua lauk.
tapi takda la cakap apa.
sebab dia ceria je balik, "ite tu belikan tomyam ayam. mesti moling suka."
aku senyum la.
haha. end up aku makan asam pedas pari je.
hahahah aku jenis tak pandai campur2 lauk ni. esp if tak masuk.
tomyam tu sahur aku makan.
tak makan sayang pulak kan.
time berbuka dia tanya la. napa makan satu lauk je. tak suka ke.
aku cakap la aku tak reti campur lauk. lauk u beli tak masuk.
sedih je muka dia.
cecepat aku cakap tapi sedappppp. sahur nanti i makan tomyam ni tau.
baru senyum balik.

so kalau boleh tahun ni taknak pergi pasar juadah sangat la.
maksudnya aku la.
if suami aku nak beli ku terima je.
kang baran tak pasal.
tapi macam if plan esok nak makan luar.
awal2 la cakap esok before beli call i dulu tau.
tengok kita berbuka umah ke luar.

tapi puasa kali ni dua benda ku teringin nak la buat masa ni.
aku nak roti jala n puding caramel.
heheh tu je. hampeh betul.
tapi bagus la. jangan di layan sangat tekak.

eh ok tu je.
nak membusy balik ni.

4 Comments:

WaniGhani said... [Reply to Comments]

meh dtg umah aku...ade lagi puding karamel lam peti ais..hehe

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

tu la, tahun2 lps biasanya dlm blog ko time bulan puasa mesti ada gambar2 juadah berbuka.. cambest je haha.

tp tgk tahun ni pun org dah slow down menu berbuka. mcm rumah kitorg ni pun biasanya penuh meja dgn kuih la apa. kadang pagi esok berlebih lg smpai kena buang. so tahun ni moderate, makan 1-2 menu je. kta pun xpergi bazar lg ni sbb berpantang. ni habis berpantang tgk la kalau rajin nk jgk ke bazar haha

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

saya tengok blog auntie nani la pulak banyak menu sedap2 plak tu uhuhuhu

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said... [Reply to Comments]

Tahun ni baru 2 kali pergi.
Tu pun beli air.

:D

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...