Instagram : @peejburhan

Spa *D* Rumah

siapa sini suka spa, angkat tangan.
ok turun tangan tu. takyah la angkat betul-betul.
bukan aku nampak pun. hua hua.

well siapa tak suka kan.
aku pun suka.
tapi ye la kadang kos spa ni pun mahal kan.
so kalau sekala layan boleh la.
nak selalu boleh pitam.

satu lagi yang buat problem.
sebab kena set appointment apa bagai.
kadang rasa nak spa ni datang tiba-tiba.
contoh bangun pagi tetiba rasa, dapat spa ni best.
tapi of coz mostly tempat memang tak boleh la kau nak walk in je.
kena buat appointment bla bla. so tu malas tu.
esp untuk orang yang macam aku, yang tak sure bila masanya aku free.
nanti tiba-tiba ada je benda kena buat, tiba-tiba ada customer nak datang rumah pick up barang.
so leceh di situ.

so bila tau yang MUSH onlineshoppe ni ada jual produk Spa *D* Rumah terus teruja ok.
serious macam-macam ada sampai keliru nak yang mana satu.
so aku mencuba ini.





:: Serene Harum Aromatheraphy Soap :: 

:: Set lulur biji kopi + mandian santan kelapa ::

:: Garam spa kaki Lavender ::

masa dapat tu bukak je terus teruja sebab packaging sangat la lawa n comel.
belum berspa lagi feeling tu dah mari.
tapi tak berpeluang nak terus pakai sebab sibuk melampau kan.
after 2-3 days tak kira. nak gak pakai.
ye la benda dah lawa. nak tau best ke tidak.
gigih ni amik segala alatan semua.
siap aku amik pic ok, tapi hari tu kan hp ku gila n reformat balik.
hilang pics tu. sobs.

:: pics from mushonline ::


but anyway, hamagad serious best.
semua la best.
mula aku pakai set lulur kopi tu ngan mandian santan kelapa tu.
best weyh bukak je bau santan tu kuat. rasa macam makan sodap ni. haha tetiba.
senang je pun. bancuh 2 sudu biji kopi tu n 2 sudu santan gaul la sebati.
then lulur la kau.
masa bancuh rasa macam sikit je. cukup ke badan aku yang sebesar peti ais ni.
oh aku bancuh tu tak tambah air. biar dia pekat likat senang nak lulur n tenyeh2.
so dengan bancuhan tu. cukup weyh untuk badan ku. amazing.

then tunggu jap dalam 15mins.
bau semerbak je. best rasa.
then bilas. terus halus mulus kulit.
paling best badan bau spa semalaman.
pastu belek badan sendiri depan cermin n kagum sebab daki2 ke apa hilang.
nak tau khasiat set mandian yang ku pilih ni boleh check out sini CLICK HERE

then dah settle berlulur.
harus tak sabar nak gak try sabun Serene Harum tu.
sebelum pakai dah baca kan.
so harus excited nak tau kelebihan dia pulak macam mana.



mula-mula pakai ok la.
aku fokus more to belakang badan ni.
sebab lately belakang badan gatal gila weyh.
asyik la aku ni guna pengaruk kayu tu kan.
guess what. after few days pakai. sendiri perasan dah lama aku tak gatal garu2 ngan penggaru tu.
maknanya berkesan la kan.
tapi tu la tangan pendek. yang kiri kanan belakang tu ok la.
tengah tetap kekadang gatal sebab aku tak sampai nak sabun situ weyh. sobs.
nak mintak tolong laki kang elok mandi lain lak jadi.

tau tak apa paling mengkagumkan.
sebab time mandi n sabun tu rasa la kasar2 je.
tapi selamba. then nampak ada macam benda2 tinggal kat badan. rasa macam eh apa ni.
sekali rupanya ini.


tekstur sabun tu. cooliooooo.
so yang tinggal tu gaharu flakes tu.
time sabun tu memang feeling orang lama.
terasa menyental diri ngan barangan alam semulajadi. huhu.

sabun ni baik untuk:

- masalah kegatalan kulit (rashes/ eczema/ psoriasis)
- kulit sensitif (merah-merah, gigitan nyamuk)
- kulit berkudis (kencing manis)
- rambut berkelemumur kronik & kegatalan kulit kepala
- badan berpeluh walau selepas mandi & ketiak berbau

tapi..tapi..tapi...
dalam semua yang paling ku suka adalah garam kaki ni.
omg tolonglah best sangat.
dah la lawa garam2 tu.
pastu hasil selepas itu yang paling best.
bancuh ngan air panas so that garam tu larut.
tapi jangan la masukkan kaki kau terus.
tu bukan spa kaki. tu spa kaki melecur namanya.
dah rasa2 agak larut aku campur air biasa.
aku ni tak tahan panas.
so biar suam2 nak ke sejuk tu baru nyaman. hua hua.
rendam kaki dalam 10 mins.


then kau sental la pakai heel scrapper tu.
walahhhh.
paling ku teruja sebab aku buku lali kaki kiri memang horror.
tolong la memacam buat masih horror.
sebab aku suka duduk bersila.
muatan berat. so menderita la buku lali aku tu.
nak pakai lotion tiap malas tak berapa rajin.
tapi baru sekali pakai benda ni buku lali tu dah rupa semenggah ok.
kalau tak hitam n siap kering kontang.
now elok lembut. warna pun mcm brownish.
lagi few times buat silap2 mesti persis anak dara. wahhh nak jugekkkk.

paling best.
untuk semua produk ni.
kau spend dalam rm100 macam tu je.
rasa macam mahal ke? ini sebab semua kau nak kan.
tapi let say nak lulur je, baru harga set rm20+
sabun tu untuk set 3 buku tu rm45. so kongsi la ngan kawan2 ke, so baru berapa ringgit je sorang.
saving weyh saving.
n berapa kali pulak kau boleh pakai kan.
if rajin boleh layan spa 2-3 kali seminggu kan.
if kau pergi spa sekali layan pun paling murah pun rm100++

so siapa yang berminat boleh check out link2 ni or terus contact untuk beli.


Facebook : Spa*D*Rumah

Contact Number : 017-3709989 (Mush@Jijie)

selamat berspa semua.
harus la berseri-seri je nak raya nanti.
salam orang pun confident je kan.
kalau kaki lembut jangan salam orang pakai kaki pulak.
hahahahaha ok bye.


1 Comments:

Aida Awie said... [Reply to Comments]

Salam peej..
1st time comment kat sini. Selalu tu singgah baca jer. Sronok bc celoteh dan omelan.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...