Instagram : @peejburhan

sibuknya alahai.

hari ini sibuk.
ni baru dapat bertenang.
tu pun sendiri tenangkan diri padahal berderet benda nak kena buat ni.

semalam balik je rumah terus aku mengadap siapkan trial set tabita tu.
then settle tu pergi keluar lepak sahur ngan suami.
dia tu bukan boleh duduk kejap.
ada je geng, mula la lepak berjam.
so by the time balik pun dah 4am.
tak sahur dah la sebab dah makan earlier.
just tunggu subuh. layan youtube.
tidur pun dah after subuh.
terlajak tidur kau.

terjaga pun sebab call masuk berkali-kali.
rupanya ada customer dah berjanji nak datang amik tengahari.
melompat la weyh.
sebab barang tak pack lagi untuk post.
so sementara tunggu dia post aku pack la barang.
nasib tak banyak.
sebab bulan puasa ni hari2 aku post.
takleh selang sehari.
sebab tutup awal kan. so Mr.B takkan sempat nak teman.
so aku kena gi sendiri. pitam weyh angkut barang berat2 je everytime.
so better post everyday so kurang bebanan mengangkut tu.

dah la bulan puasa ni ramainya manusiaaaaaaa.
sebab tu kalau boleh pergi pagi la.
or anytime la before 12pm.
tapi dah katanya burung hantu. berapa kali sangat la aku sempat pergi pagi pun kan.
pagi memang lapang. if after 2pm memang menangis la beratur.

macam tadi aku sampai kul 2.30pm macam tu.
rasakan panjang barisan.
45 minit gak la beratur.
dah la dalam post office tu hp aku takda line.
no service. ciss.
sebab aku nak inform customer.
sebab ada sorang nak amik barang kat situ.
so takleh buat apa la.
keluar daripada post office baru ada line
so aku message dia la bagi tau aku dah kat situ.
sementara tunggu dia datang.
aku amik no giliran.
nak simpan duit kat asb.
menabung sikit2. tambahan kepada asb loan tu la.
nasib no jauh. dalam 20 orang la.
so sementara tu tunggu la aku depan post office. huhuhu.
sebab customer tu ada baby kecik dalam kereta takleh tinggal.
aku kata takpa berhenti depan ni aku pass je kat dia. takyah parking or turun.
by the time settle just nice la no giliran aku.

lepas tu sepuluh kali check buku tengok.
pastu macam kembang2 hidung n happy.
sebab perasaan yang sangat best bila orang pemboros macam aku ni dapat pejam mata n simpan duit.
ye maybe untuk orang lain biasa.
tapi aku tak ok. aku jenis simpan pun. tetiba rasa macam eh aku ada duit sebenarnya ni.
jom gunaaaaa. hahaha
so ni asb aku rasa selamat sikit kot.
gituh la.
takpa masukkan mana mampu dulu.
ada rezeki lebih kita naikkan lagi target kan. simpan sekian2 pulak tiap bulan.
mak aku over, "simpan la nak, nanti kau beli kereta mana tau half kau boleh bayar. cash terus semua ke"
ewah mak aku. dia ingat anak dia kaya sangat ke.

balik rumah terus hadap hp balik.
sebab banyak sms/ whatsapp semua masuk.
oh satu nak pesan kat korang.
kalau boleh pilih satu je la. pilih either nak whatsapp ke, sms ke or email ke.
jangan semua tempat bagi. aku confuse nanti.
sebab aku perasan if aku lambat reply kat semua tempat korang bagi.
pening ok.
aku ni manusia biasa yang kadang membuta di siang hari.
so memang kadang akan lambat la reply.
sama ada tidur or aku ada urusan kat luar.

untuk yang rasa korang bagi order ke apa aku tak balas.
sila bagi again.
sebab kata la aku tidur kan.
aku bangun je whatsapp ada 20 orang, email 10, sms ada 5.
so risau if ada aku terlepas pandang n lupa reply.

ni kat rumah ni.
kepenatan.
tapi ni nak kena ke rumah mama.
nak amik stock kuih tart.
sebab ada orang nak amik today.
tak sure berbuka mana ni.
sebab nak buka sana takut lama lak.
sebab later around 9 dah ada orang nak datang rumah amik tabita pulak.
so memang berkejar la kita ke sana ke mari.
tapi takpa, ada kudrat Allah bagi ni, ada rezeki ni. selagi mampu kita harung kan.

aku punya la membusy.
mengarut je aku whatsapp orang ok.
aku nak restock tabita.
kawan aku suruh masuk order.
aku pun kemain type gitu gini.
sekali dapat reply trial apa?
rasa nak lempang je rasa. e eh kau blur ke apa.
rupanya aku pergi type kat customer ok. kah kah kah.
bongok gila. patut la dapat reply orang tu blur.
sabar je la.

eh ok la.
nak ke setiawangsa amik barang.
then if di pelawa buka sana kita makan.
tak kita singgah je memana ye moling.

ok peeps.
selamat berbuka.


1 Comments:

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

seboknya ko ni peej.. aku yg bace pon dah mcm tak terkejar.. jgn push badan sgt tau.. take care

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...