Instagram : @peejburhan

setakat perut penuh tapi...

orang dok tanya takda ke menu ramadhan tahun ni?
aku malas.
aku tahun ni ramadhan rasa depress.
sebab aku rindu berbuka rumah mama.
kalau boleh hari2 rasa nak berbuka sana. sebab bukan jauh pun kan.
tapi dah laki ku kata ramadhan pertama berbuka la rumah sendiri.
then semalam pulak aku busy kan.
macam tak terkejar je if nak ke sana sini.
so tak dapat la.
dah la pulak baca entry mama pasal dia tak larat la apa.
lagi ku sedih.
ye la faham.
aku dah kawin n duk luar.
noy lak takda terkandas kat kuwait.

selalu bulan puasa mama masak ke apa.
nanti time hidang me n noy akan buat.
hidang lauk, angkat periuk nasi. sediakan pinggan. susun kuih muih.
buatkan air semua. nak berbuka lagi 10 minit tinggal isi ice je.
if mama tak larat masak, then me n noy akan ke pasar juadah beli lauk pauk.
dah tau mana nak beli lauk sedap menepati citarasa ke apa.
so relax la sikit.
ni bila dah takda. memang semua mama buat la. sian.
anak lelaki memang ada. tapi memang tak sama la.
dorang mana la reti nak buat sendiri.
unless di suruh la kot.

aku berbuka pun simple je.
hari pertama beli je.
semalam aku masak la.
tapi tetap nak amik pic tu tak kuasa.
dah la sorang berbuka depan tv. sorang berbuka kat dapur sensorang. sedih betul.
tak biasa i berbuka gaya gini tau.
biasa meriah2 kan.
but what to do kan.
tengok la. ada mood ku update.
if berbuka kat rumah mama ke apa.
tengok la.

nway, ni cerita minggu lepas.
minggu ni sibuk sangat tu tak sempat nak buat apa sangat.
tau la bebulan puasa ni ramai orang nak cantik cepat.
pastu bulan puasa post office tutup awal kena la pergi awal kan.
now tengah nak adjust supaya aku leh pergi pagi ke.
gila kau if after 2pm ramai manusia letih beratur.

last week kami makan luar before ke rumah mama.
plan nak makan kat kedai2 luar wangsa walk tu.
malas masuk wangsa walk. ramai manusia.
sekali ku pusing rupanya kekedai tu tak bukak.
agaknya kedai tu malam je kot bukak. bencik.
so tak dapat la.
dapat parking depan kedai hailam kopitiam.
ingat nak masuk wangsa walk makan sana la.
sekali Mr.B kata makan situ je la.
ok gak.
tak ramai orang pun la.
tapi deko kedai semua lawa.
siap ada kipas air2 tu. aku suka kedai ada kipas tu.
considerate kat orang yang smoking. kena duduk luar panas kan.
so ada kipas tu nyamannnn je rasa.

then bukak menu.
woih banyaknya menu dia.
memacam ada sampai tak sure nak amik apa.
semua nampak menarik je.

:: Mr.B order ni. sebab lapar sangat aku sempat la amik sesudu dia rasa. memang sedap melampau la. kira terbaik n puas hati la makan ::


air Mr.B.
aku pernah rasa air ni. dulu la.
masa tengah popular sangat tu kan.
tak kena tekak aku. so 1st n last la aku order tu.



si lambut kelinting.
tapi dah potong ni.
sakit jiwa aku if tengok rambut dia gini. haha.
dpd dulu. aku rasa macam indo mee sangat. ahhahaha.
pastu nanti if tak puas hati ke apa aku cakap la , "eeeee bukan boleh percaya dia ni. tengok rambut kerinting tu pun tau takleh caya".
memang takda kena mengena. eh tapi suka hati la kan. hhahha.
pastu dia buat lawak. tau aku tak suka.
lagi dia kata nak simpan.
biar jadi macam rambut johan. ok tak suka!

:: pencomot yang tetap nak cam whore ::


pun laki ku punya.
dia penggemar rendang.
so apa-apa menu berunsur rendang dia mesti akan order benda tu.
aku lak tak suka. sebab mostly kau order mesti rendah tah apa2 kan.
nak rendang baik tunggu mak ku masak. lagi sodap.



ni aku punya.
otak-otak tu sedih aku tengok.
pinggan kemain besar. tapi kecik je otak2 tu.
tak sedap lak tu. aku mampu makan seketul je ok.
nasi goreng spicy pun sedih. blend gila rasa. wth sangat.
kesimpulan tak berbaloi je rasa makan situ.
except kueyteow tu sedap la.
paling sedih. aku order air barley ice.
aku minum. aik asal tawar.
aku punya la kacau gegila. sebab pikir air gula kat bawah dia belum kacau kot.
tak ok. tetap tawar. maknanya memang dia tak letak air gula. bangang tak.
tapi aku tak mintak letak la.
sebab aku anggap pengajaran Tuhan kata dah2 la minum air manis pija.
kau tu patut minum air takdak gula.
baiklah. so telan la sampai habis.

gituh la cerita makan kat situ.
harap kedai cantik. menu kemain. makanan biasa aje.
tetiba teringat kitchen nightmare.
kan kedai tak laku, sebab makanan tak sedap.
sebab makanan tak sedap? sebab dapur horror la bla bla.
tetiba aku saiko sorang2 masa makan sana. tsk.



3 Comments:

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

kueytiow memang nampak tempting. ish gudaan huhu

intandayani said... [Reply to Comments]

sobsob tumpang sedey gak sbb aku pun berbuka sorang.Minggu ni laki kojo petang.

WaniGhani said... [Reply to Comments]

kalau kopitiam kan pija..aku suka order ice blended kacang merah..yumsss..barli aku jrg order selain kedai mamak..sbb kdg2 diorg suka guna barli serbuk..pnah kena skali serik sbb out sgt..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...