Instagram : @peejburhan

selamat sahur

selamat sahur everyone.
ku baru balik daripada makan kat atas.
gerak awal.
awal tak awal la kul 2ish macam tu.
untuk sahur awal la kan.
sedar-sedar lepak sembang itu ini.
4ish tadi baru balik ni.
ingat konon makan awal. balik if lapar buat la nasi goreng ke apa.
abis kenyang tak abis lagi.
ok la tu kan.

so alang takda apa ni.
ok ada la kerja nak kena buat. bersusun kot.
tapi sementara tunggu subuh ni.
mari online. tetiba terasa nak update blog.
walaupun weekend mostly semua orang bergumbira n busy kan.
bagus la aku ni tak cukup tidur.
tidur after subuh. padahal dah berjanji ni ada customer yang pagi kul 8am nak amik barang.
nice. ada yang dia sampai depan rumah aku terbongkang.
abis macam mana. nak amik weekend kan. weekend la selalu hari ku dapat ke sana sini.
susah nak set timing.
dia tau if pagi confirm aku kat rumah kan. so harus la pagi mau datang.
so bersedia berkhidmat la kan.
tapi pagi selalu aku memang kelat je la.
ku tak janjikan keceriaan. wah tetiba.

nway ni cerita last week.
alang ada je gambar-gambar ni.
mari update aje.
last sunday bf noy tertidur rumah aku.
noy takda kan kat kuwait.
lawak je rindu la kot sampai lepak ngan aku n Mr.B pun ok je.
lepas lepak Mr.B ajak masuk rumah dulu layan tengok dvd.
dorang tengok la lepas tu sembang. aku masuk bilik awal online.
tau-tau Mr.B kata tengah sembang, kata dia dah tertidur kat sofa tu.
hah tidur la kau.

pastu esoknya memasing pukul berapa baru bangun.
terjaga sebab Mr.B ketung ketang kat dapur.
rupanya dia semangat nak hidangkan maggi goreng dia tu. huhu.
buat untuk kita orang bertiga la.



semangat lebih.
then after makan bf noy balik.
ikutkan aku n Mr.B plan nak pergi umah parents dia.
tapi aku macam kemalasan je.
ye la weekdays penat menguruskan kerja itu ini.
weekend pulak usually nak keluar ke apa
kau macam penat takda rehat kan.
so rasa macam malas nak keluar tolong la bagi satu hari lepak umah n malas2. pleaseeeeee.

tapi agaknya laki ku pun boring.
dia kata jom la keluar memana. boring je duduk rumah.
liatnya aku nak pergi. aaaa takda mood.
aku up status. ramai kata aku pelik.
selalu perempuan ni suka mereka nak ke sana ke sini, lelaki yang malas layan.
kau jangan la. aku ni memang lain daripada yang lain.
daripada dulu aku perasan.
if dalam relationship. mana kerenah or perangai yang selalu ada kat perempuan ada kat Mr.B.
aku pulak mana perangai lelaki yang jenis hampeh, malas nak PDA ke apa semua ada kat aku. hahahha.

tapi sian lak kat dia.
maka mari la kita keluar.
tapi dah kata malas. jangan mimpi la nak pergi jauh-jauh.
lepak wangsa walk je sudah ye. kita makan.

pun tak tau nak makan mana.
so ke sweet bowl lagi la.
sebab gerenti kesedapan n puas hati.


bubur cha cha Mr.B.
settle makan main course aku mintak la dia sikit.
tanya ada lagi tak. dia kata ada.
pass ke aku. ku ceduk2. haaaa kosong.
ada la 2-3 ketul benda hitam kenyal tu. keledek takdok.
tinggal kuah je. apakah keji. kata je la takda.
sampai hati makan tak ingat bini tau.


as usual datang sini aku akan order assam laksa.
no onion, pineapple n chili. sodapp.
kalau laksa utara aku memang akan makan laksa, kuah n telur rebus je. terbaik.
shit type tetiba tertelan-telan air liur terkenang laksa utara arwah maktok n mama.
puas makan seperiuk besar. lamanya tak makan.
ish now teringat laksa johor arwah maktok. Ya Allah sedapnya.
Al-Fatihah untuk arwah maktok.

:: yang bikin kau geram. kemain ajak orang keluar. boring la apa. dah bawak keluar ini balasan dia terhadap ku ::

                                                 Jul 13, 2013 | Kaki game ke game kaki by peejburhan on Keek.com


dia ni memang la kaki game. tapi game bengong2 je la. 
but still. insan terpinggir sangat rasa diri ku ini. nyampah.
memang tak dilayan la aku.
baik aku keluar sorang je kan.
sama jugak feeling dia tu.


:: penggila nasi lemak n rendang memang bawak la pergi mana pun ini jugak dia order. walaupun aku rasa kedai ni rendang ni lain macam je rupa. rasa tak sure. sebab aku pernah order pun nasi lemak ayam goreng. tu sedap. terbaik ::

:: si pentamak mesti nak order lebih gak. order rojak buah ni. not bad. pelik sebab tetiba ada sotong n macam tauhu kering. sesuai ke? tah tekak makan sodap je. huhu ::

tak lepak lama pun sebab takda plan apa sangat.
sebelum balik singgah ada kwikcut kat situ.
sebab takleh tahan tengok rambut indo mee dia tu.
dah la mengada laki aku ni.
selama ni elok je potong kat barber shop.
ada sekali tu aku nak potong rambut kat saloon dia teman.
tak pasal dia pun nak gak wash n cut la apa.
since then now if aku suruh potong rambut, dia kata nak gi saloon.
mamak potong tak lawa la apa.
e ehhhhh. banyak la kau. selama ni ok. now dan dan pulak kan.
padahal rambut macam tu, apa sangat style yang kau boleh buat pun kan.
tapi alang-alang lalu tu ada singgah la situ.
pantas n murah kan. huhu.


cam whore sementara tunggu dai potong rambut.
ye sebab tu malas gila nak keluar.
nak bersiap pun malas weyh.
so memang comot terlampau.
sempat amik ni.
saje nak eksyen sandal baru kitew. hew hew hew.
vincci jek. beli hari tu. sebab aku ni kan makin menjadi-jadi comot n malas tu.
asyik ngan selipar je. so ada ni semenggah la sikit.
seluar ni h&m.
noy n jonet kata macam seluar tidur.
kong jaq sangat. lawa laaaa. rasa kardashian sangat tau. haha tetiba.




time ni lawak sikit.
sampai turn Mr.B duduk la.
terus orang tu suruh dia duduk bawah sikit.
ye la tinggi kan dia. payah nanti dia nak gunting.
sebab tu la Mr.B duduk bukan guna bontot. guna pinggang kot tu. haha.

:: makcik rimau ::

oh ni la yang ku beli hari tu.
harap lepas ni keluar ada la benda elok sikit nak pakai.
murah2 aje. pergi la ke vincci.
kasut atas tu tak rasmi lagi.
macam sayang. haha saikosis.

ok la.
bye tu je.
nak kena tidur.
kang ada tidur mati customer sampai kang.


1 Comments:

WaniGhani said... [Reply to Comments]

harghh...baca entri ni di tengah hari bulan pose...laparrr!!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...