Instagram : @peejburhan

sedih betul systemnya

baru balik daripada post barang.
sampai je tengok kaunter kosong.
wahhh terbaik.
dah berapa hari beratur berderet sikit lagi nak sampai pintu depan.
beratur je mau dekat sejam.
so tadi terus rasa nak menari belly dancing kat situ.
wah belly dancing ke lemak dancing kan.

ni mengadap internet jap.
selepas berapa hari tak berpeluang sangat nak bersuka ria.
tengah nak clearkan picture nampak gambar-gambar ni.
alang-alang ada kita share je la sini kan.

ni masa awal-awal puasa tu.
tetiba terasa nak pergi pasar juadah ngan suami.
nak feeling naik motor sesama.
elok nak keluar dah siap semua tengok hujan renyai.
sekali lepas tu lebat pulak.
hooo man macam mana ni.
nak masak time tu dah 6pm macam tu.

terus keluar idea kat kepala..tinggggg...
amik measuring tape tu.
ukur apa patut.
ajak suami pergi carrefour wangsa maju.
pastu sendiri terkejut lama gila setahun tak pergi.
rupanya dah bukan carrefour kan.
dah jadi aeon big nama hypermarket tu.

nway, sampai je terus tuju ke nagoya.
kah kah kah.
ye hadik hadik, iolls is tempah langsir raya uoollsss.
memang plan nak tempah langsir raya.
tapi tak tau nak tuju mana.
nak langsir idaman hati.
ok tipu tau la nak tuju mana.
tapi aku tau if pergi kedai macam tu harus ribuan weyh cecah nanti.
imported la apa la. pedulik la imported. aku nak janji lawa je.
tapi budget ciput kan.

so malam sebelum tu dok lepak ngan kawan aku.
dia tempah untuk satu rumah. kain semeter rm16 macam tu. campur kain n upah baru rm1500 macam tu.
tak suka kau.
pastu siap hall dia tempah langsir yang macam aku nak.
harus la berdesup esok tu nak pergi.
tak senang duduk aku memikirkan.
hahah makcik2 sangat tempah langsir nak raya kan.

bukan sebab raya je la. tu alasan gak la.
tapi setahun lebih duduk sini mana pernah beli langsir.
yang pakai ni pun pemberian ikhsan mama.
dah la day curtain je. risau je tak sure luar ke dalam nampak ke tak.
yang laki bini kadang suka je jalan satu rumah pakai spender je. hahaha.
kalau orang luar nampak confirm trauma setahun.
kalau ala-ala victoria secret model takpa. ni ala-ala anak gajah je kan. haha.
ok bagi can la anak gajah. comel sikiiitttt la.

so ke sana. pilih yang berkenan di hati.
ukur2 kira2. bayar semua. yeayyy. hujung bulan ni siap.
la la la la.
excited kak jah.

muka laki aku dah ketat dah.
ye la terlajak la perbincangan tu.
orang dah bukak puasa aku kat situ lagi.
aku kata nak pergi la dulu beli air ke apa.
dia nak tunggu. haaa nasib la kan. haha.
penangan makcik2 nak cantikkan rumah katanya.
cantik takat mampu la. nak cara impian sangat, tak mampu lagi kan.

so settle agaknya 15-20 mins lepas berbuka kot. hua hua hua.
so tuju je kedai terdekat.
which is delifrance.
interior dah lawo.
tapi kau punya la duduk. belek menu tak jumpa.
panggil waiter sekali dia kata order kat kaunter.
e eh kau. motif dah jadi macam mc d je tetiba.
tak sesuai ok.
paling cilake order n bayar je takpa.
siap macam kantin lak. kau tunggu. kau angkat la sendiri makanan kau ke meja.
amik sendiri sudu garpu, tisu, straw.
wtf sangat aku rasa.
i mean tak kisah. tapi makanan kau harga bukan standard food court ke apa.
mahal kot. service charge lagi bayar.
tolong la bekerja sikit.
pffttt.

pastu makanan pun ala-ala je la.
end up aku makan pasta tu tak sampai half.
n balun bread pudding je.
laki ku abiskan semua.






takpa la janji kenyang.
namun nak singgah lagi lepas ni sorry la yek.
ciss tetiba nak pasta la.
tapi pasta sendiri masak.
paling sedap kot sebab pedas. tekak melayu kan.
tapi tu la malas.


horror je kan.
nak pergi threading or sendiri pluck pun takda masa.
sikit lagi jadi datuk k misai aku.
kening jangan cakap la dah macam ulat bulu.
sendiri scary tengok diri sendiri.
ni pun rajinkan diri kasi pakai la eyeliner n blusher je.
hahahahha jadilah. kalau tak lagi teruk.
orang nampak mesti terasa nak upah pembunuh upahan kasi tembak terus.

eh ok la. nak buat kerja lain.
aaaaa kerja bersusun.



4 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

langsir rm16 semeter mmg org kaya la yg beli.. kira mahal tu.. haha.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

langsir rm16 semeter mmg org kaya la yg beli.. kira mahal tu.. haha.

maeri said... [Reply to Comments]

Hoho. Memang serik dah makan kat delifrance. Mahal dengan servis yg sungguh menyakitkan hati.

Anonymous said... [Reply to Comments]

K.peej..langsir dlm jusco mid tgh sale.kalo org yg bajet ciput mcm kita ni dpt la langsir simple2 utk sliding door n 2panel rm130 je

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...