Instagram : @peejburhan

sampai hati ke tak sampai hati. [edited]

bangun lambat.
biasa.
bangun terus rasa nak pitam.
tengok sepahnya rumah di kerjakan kucing.
ngan sana sini muntah.
aku dah tak kuasa nak pesan kat Mr.B.
kucing ni bagi makan sikit-sikit je. jangan banyak sangat.
ni tak. dah la asyik bagi, pastu banyak gila.
macam kan kucing somalia je di buatnya.
sebab tau la dorang terlebih makan sebab yang muntah tu mostly makanan balik. ish.

so basuh segala comforter apa bagai.
tutup pintu belakang dengar brake srettt srettt...bangggg.
kepochi tengok. ada accident.
memang seram sikit simpang2 nak masuk rumah aku ni.
dah la kereta laju. tetiba nanti ada simpang boleh masuk.
aku everytime nak masuk simpang mesti tengok je cermin belakang.
sebab seram kereta belakang laju tak perasan aku tengah stop ke apa.
sebab tu usually ku akan prefer guna yang ada traffic light la daripada keluar simpang2 ni.

nway, tak panas cuaca di luar kan.
if panas best ni kering jemuran.
aku dah la basuh comforter apa bagai ni.
perangai buruk ku dpd dulu until now.
benda dah koyak tak rupa apa pun aku suka simpan.
sebab tu la paling selesa n sedap pakai.
tak kira la baju ke. seluar ke.
ni teringat sebab bayangkan jap lagi nak jemur comferter.
umur dah dekat 20 tahun kot.
mama suruh buang aku taknak. sedap kot.
tapi ni dok terpikir. eee buat malu je everytime jemur. muahahha.
ah lantak.

ok kembali ke tajuk entry.
ni baru mengadap hp reply sana sini.
Alhamdulillah ramai order cookies.
ramai jugak nak post.
bukan taknak bagi post. aku risau nanti kau dapat serdak lebih daripada cookiesnya kan.
esp suji n tart tu la.
so baik takyah kan. dah la post charge mahal. berat kan.

so ada yang mintak post ke perak, terengganu, labuan, sarawak la memacam la.
terpaksa ku tolak.
unless orang tu sanggup tanggung risiko. tapi still macam tak best kan.
kalau korang order almond square n choc chips tu takpa post.
memang Insyallah selamat.

so tadi ada sorang kata dia sanggup tangung risiko daripada kempunan.
aku dah macam aduhhhh.
pastu aku kira-kira aku rasa kos postage macam mahal semacam je.
again dia kata tak kisah dia ok. office dia kat ss2 pj je.
hmmm. terus aku kata aku tau area tu. ye la zaman belajar ku kat area tu pun banyak.
aku kata once dapat. nanti aku hantar ke sana.
haha ikutkan apa ke rajin tetiba nak hantar kan.
tapi tak sampai hati aku.
kau dah la bayar mahal. post mahal. sekali dapat tak semenggah ke.
kita tak tau kan barang post ni.
takpa. gi sana nanti pandai la aku menyinggah sana sini kan.

perangai aku suka tak sampai hati.
tapi aku rasa now dah ok sikit la.
dulu lagi teruk.
orang buat la apa pun, memanjang takpa la. biarlah.
diam je. pastu nangis.
now nasib ok sikit.
ok nangis tu kadang tetap ada la.
tapi hati lagi keras n berani menjawab.
n kalau aku tak suka direct kata tak suka.
itu kalau tak suka betul la. n lantak kau la nak rasa apa.
tapi if tak gemar tapi takda sampai nyampah. aku akan avoid la orang tu.

macam kes baru-baru ini masa hp aku problem tu.
oh btw nak bagi tau sini hp aku dah ok.
takkan nak biarkan lelama.
esok sanggup bangun pagi pergi repair.
n guess what niggas. lcd aku rosak lagi. so tukar lcd lagi.
merasa melayang rm200. dah la memula tu dia format balik.
tu pun rm50. syabas mere sahab.
nasib aku ada back up kat macbook ni.
so contact ke apa semua tak hilang la. phewwww.

nway hari tu.
aku biasa la ada hp kadang memang semua urusan pakai tu je.
dok la balas email situ.
whatsapp, sms ke apa semua la.
seronok la deal sana sini.
tapi bila hp kaput tu.
sebelum keluar repair.
bukak la email guna laptop.

dapat la email cust sana sini.
sekali ada satu email tu. pasal customer la.
nak amik barang kat aku.
dia nak confirmkan boleh tak amik. dia sms tapi aku tak reply.
so aku tengok email tu. ehhhh. apesal pic kat email ni macam aku kenal?
then aku tengok email add. eh nama kenal gak.
aku dah macam wtf!
so aku google la nama tu. sebab aku nak make sure taknak aku terjah salah orang pulak.
sekali memang sah orang yang sama la.
oiitt berasap telinga rasa nak capai rokok. tapi nasib puasa.
so straight aku cakap aku rasa aku tau dia siapa.
n aku rasa baik takyah beli kat aku.
beli la kat kawan rapat kau ke apa produk tu.

pastu dia ada la reply.
dia kata dia beli untuk kawan. kawan kirim.
since aku duduk tak jauh daripada dia. senang boleh COD.
tapi if aku taknak jual takpa la.
dia takleh buat apa.
selamat berpuasa.

ok fine ada rasa bersalah sikit.
but whateverrrrrrr. rasa tak suka lagi banyak daripada rasa bersalah tu.
boleh jalan.
aku takleh ok. aku tak suka orang tengok muka orang tu pun aku tak suka.
aku memang tak reti coverline. kalau tak suka memang akan terpancar2 la kat muka aku.
terus aku berterima kasih kat Allah.
sebab punya la aku merungut pasal hp aku rosak.
tapi baru aku tau hikmah dia.
bayangkan kalau tak rosak n aku tak deal thru email.
aku tak tau tu siapa. elok deal set up bagai dia datang pick up barang.
aku tengok depan umah aku muka yang kau tak suka.
tak ke drama sebelum berbuka jadinya kan.
fuhhhhhh.

eeeeee pikirkan balik memang panas.
i mean boleh kau tergamak nak datang amik kat rumah aku.
beli kat aku. tak kisah la kawan kau beli ke apa ke. stillll. saiko apa kau.
kau paham tak. meh aku bagi contoh la.

[edited]

since ramai tak faham contoh earlier.
so aku delete. meh aku bagi direct.
maria adalah customer nak beli tabita kat aku ye.

maria dulu penyokong kuat zabedah.
masa aku ada kes ngan zabedah. kes besar tu la.
siapa tau bagus. tak tau duk diam.
time tu maria pun kemain up entry or twitter ke apa semua mengelakkan ke, apa2 la.

pastu aku ada kes ngan rosnah.
maria ni jugak la geng sehati sejiwa pengback up rosnah.
personally aku takda kaitan or masalah ngan maria ni.
tapi sebabkan dia berkaitan ngan zabedah n rosnah.
so aku jadi automatically tak berkenan la kat maria ni.
get it? get it?

kau paham tak.
kira aku ni subjek utama.
so zabedah problem ngan aku, maria sokong.
rosnah problem ngan aku, maria sokong.
padahal aku takda masalah pun ngan maria ni.

sekali tetiba kawan maria datang kat maria, eh aku berkenan la barang yang peej tu jual.
kau duduk rumah dekat ngan dia. kau belikan boleh.
dalam situasi ni kalau aku jadi maria tu, aku akan terus kata. memang tak ah.
kau nak kau pergi la sendiri. aku macam tak berapa ok ngan dia.

tapi maria ini tidak ok.
dia kata dia nak beli sebab kawan kirim.
kau paham tak kawan? kau sanggup? eiiiii.
yang paling kelakar kat sini.
kawan dia yang si rosnah tu pun ada jual produk yang sama. kah kah.
kau beli la daripada rosnah kau tu!!!!!!!!!!!!
apesal kau carik aku.

*nama ditukar untuk kesesuai watak ;)

[edited]

kau ingat aku lupa kau.
aku ingat.
aku kalau tak suka orang, bak kata nyonya mansoor, kalau kau aku dah tak suka keturunan kau pun aku tak suka.
tak kisah la kawan baik ke, kawan rapat ke, si pembodek ke.
apa-apa berkaitan aku tak suka.
cakap la apa korang nak. ni memang perangai aku.
lebih rela aku tak deal ngan orang tu daripada aku pura-pura ok n buat macam takda apa.
orang siap cakap, wah sanggup kau tolak customer.
woiiii kau call nak order kat aku nak order 11 dozen pun aku akan tolak.
tak payah!

so paham sekarang?
split personality kan aku ni. hahahha
aku boleh jadi sangat sweet n pengesian.
aku jugak boleh jadi the meanest bitch.
tapi korang jangan la takut ngan aku.
aku ni sweet sebenarnya. kalau takda salah motip aku nak emosi kan.
tapi kalau kau sekerabat ke apa. memang bayang2 pun aku tak suka.
biarlah orang kata yang sudah tu sudah.
kau nak amik konsep tu kau punya suka.
korang tak kena macam mana aku kena.
so mintak maaf aku memang takkan suka sampai bebila.
memang dah tak amik tau apa. tapi sekali terlintas memang telinga berasap 7 hari 7 malam.

ok dah.
nak konsep sweet balik.
i nak jemuar comforter cabuk.
ku harap panas hingga ke petang, bukan hujan di tengahari.




21 Comments:

Jojet said... [Reply to Comments]

aku x phm la cite ko pija..mungkin xde makanan dlm perut, tuyg lembab sikit..

aisha said... [Reply to Comments]

Kak Peej...
tak paham la konsep blogger A B tu... tak paham...

hehehe

Ikin Gomez said... [Reply to Comments]

owh tiberr libatkan nyonya mansor... kahkahkah...i is phm perasaan u pija... klu aku kt tempat uols... harus carutan berganda aku hadiahkan....

cik wan said... [Reply to Comments]

oh yee..saya paham perasaan akak tu..sbb sy pn penah ada pengalaman yang sama...lebih2 lg org tu sy anggap dia macam BFF sy,rupanya tak..puiii...sampai mampus pun sy tak hingin nak tgk muka dia..bila tgk je, terus menggelegak hati sy ni igt balik apa yg dia dh buat kat sy..

nadia nabila azmi said... [Reply to Comments]

oh god.. nyonya mansur..hahaha,
comel, ok bye :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

G keringkan kat self service dobi je kak..cpt je kering comforter tu

muis ismail said... [Reply to Comments]

Sy faham...
Setuju sgt kak peej wat gitu
Dlm kata lain minah tu muka x maluuuuu.wakaka

Filla said... [Reply to Comments]

tetiba aku tersedak... nama disebut-sebut.. muahahah.... tulah namanya manusia.... kalau kita tau malu.. tapi ramai manusia buat salah pastu buat muka BLUR macam taktau apa2.. hahah.. tu lagi sorang.. ok dah tu je nak comment.. bye.

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

bawak sabar peej.. mungkin dia tetibe berminat nk fren ngn ko plak... pastu tgk ko lebih berjaya sekarang kan.. dan dia sbg tukang kipas masih di takuk lama..

Anonymous said... [Reply to Comments]

hahaha
kelakar gile
rosnah rosnah

Shahrizat said... [Reply to Comments]

huyooo...saya yang tak berapa tahu kes ni pun boleh faham jalan cerita...sebab impak dua kejadian tu...perghhh...ke si maria ni dah terkena dengan rosnah...muahahahahaha oppss puasa lah.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Aah paham peej.. Tah apa apa manusia nikan? Tak maluu

Anonymous said... [Reply to Comments]

kahkahkah....skrg baru paham sikit2...ptg tadi dah la belum berbuka...aku dok baca si A dan si B naik pening kepala hotak aku ni...sib baik tak buka puasa

Anonymous said... [Reply to Comments]

haih la maria...sian ko kan....kite mcm boleh hagak la sape maria tuh....

pinky said... [Reply to Comments]

peej...aduh nak dtg ss2 ker??? blh ker nk kirim biskut tart tu???? kiter kat damansarajaya...

WaniGhani said... [Reply to Comments]

Kah...aku mcm kau jugak..kalau dah xsuka gitu la gamaknye..i mean xske bile dia dah pedajal kita pastu tetiba suatu waktu kemudian buat mcm xde pape terjadi antara kita.. ade kt tmpt keje aku skang ni...mintak maap laaa..dah tikam skali cukup kan..seriikk

promises_promises said... [Reply to Comments]

aku tau sgt kronologi cerita nie.. kalau aku jadi maria aku dah terjun jambatan.eh?
nyway syabas laa peej.kau mmg tegas even dgn bayang2 sekali pon kau taknak tgk dah.haha

Anonymous said... [Reply to Comments]

maria buang 'r' ke? ahaha...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peeja,

bile bace ni akak faham sgt2 dgn ape yg peeja rase sbb kite serupa, akak pn same sekali aku dh benci, mmg aku benci ko sampai mati!! sbb hanye kite je tau camne rase bile org dajalkn kite kan??? nak2 bile org yg kite anggap BFF tp mcm hamjadah dia backstep kite kow2 akak dh selalu kena mcm ni..so akak pn mmg mcm peeja e.g: akak jual brg ape2 jela kan, org tu nk beli berdozen2 lemon pn aku x sudi, sbb x jual kt ko pn ramai lg org lain yg nk beli brg2 yg ku jual gitu..sape suh cr pasal kan?? akak pn same i can be so sweet, tp skali ko dh dajalkn aku mmg aku x kn lupe n x kn maafkn ko la, bak kate nyonya mansur bkn ko aje, seluruh keturunan ko aku benci!! mihmihmih...

Anonymous said... [Reply to Comments]

zabedah sangattttt... sesuai ngn tuan bdan lau nme gitu pn.... werkkk....

kepochi said... [Reply to Comments]

peej, rosnah yg tuduh ko jual tabita fake tu eh? eh?
kutahu sapa.. hihihii..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...