Instagram : @peejburhan

raya style makcik-makcik

hamagad kemeningkatan usia sangat ketara tahun ni.
langsung tak pikir nak shopping baju raya ke apa.
satu apa tak shopping.
tapi tahun ni mission nak cantikkan rumah. kah kah kah.
motip? takda motip pun sebab rumah aku bukan la ramai naw tetamu.
pusing2 kawan-kawan yang sama je yang datang pun.
takpa sendiri feel la kan.

target nak 4-5 benda la tukar baru or beli baru.
satu-satu dah tick. makna dah settle la.
tunggu barang sampai or pergi pick up je nanti.
baru la home sweet home kan.
sebab most of the time sini je la pun ku melepak.

lagi pun kemain aku tengok laki aku ni asal jumpa orang ajak datang rumah.
tak kira siapa la. customer aku datang amik barang berapa pagi pun dia dok ."tak masuk dulu minum2 ke?" ewahhhh.
pastu dok lepak larut malam, kemain dia ajak orang datang la rumahhh.
raya nanti jemput la rumah.
huhuhu rumah ku dah la biasa-biasa aje.
takleh jadi. kena cantimkan sikit la.
tetiba terover lak.
kadang terasa la diri hover gila.
padahal kira-kira baru setahun lebih kawin tapi semua kalau boleh nak kasi lengkap.
orang makan tahun baru la tambah itu ini kan.
yeee aku memang kurang penyabar sikit.

plan hari ni nak cat depan.
tembok depan berlumut dah.
sebab hari ni ramai nak datang pick up cookies.
so takleh la nak keluar sangat kan.
since orang nak datang awal.
so konon aku bangun lagi awal n pergi beli cat ke apa.
takda makna weyh. bangun pun elok 10 minit sebelum orang sampai rumah.
nak keluar apanya.
pastu tengok laki ku lena je. takpa la.
sian lak nak kejut. dah la panas terik today.

takpa harap minggu depan program cat depan settle.
so memang tak kemana. hari ni 5-6 orang amik cookies.
later pun ada lagi nak amik.
so memang tak kemana.
tapi hari berkobar nak beli carpet. huhuhu.
hari tu tanya kat fb. ramai orang suggest memacam tempat.
tapi mostly jauh. so aku tuju paling dekat ngan rumah.
which is wangsa walk mall.
ada lak cust nak amik barang. lepas berbuka dia datang.
aaaaa macam lambat.
sekali dia kata dia kat wangsa walk gitu.
aku kata takpa. aku pass kat situ cookies. sebab aku pun nak gi sana.
kena rush. sebab by 10pm orang nak amik cookies kat rumah.

gi sana nasib parking banyak belakang tu.
terus gi kedai carpeto.
va va va. ada yang menarik. tapi kemain mahal sampai rm1000++
aaaa budget tak sampai situ.
tawar-tawar dapat la rm1k.
still aku rasa macam aaa lebih daripada budget.
don't want.
dia kata if nak yang within budget aku yang lain.
dia keluarkan la.
nampak lawa, bukak je ada bunga2 sana sini.
i dont want bunga2.
nak yang abstrak. wahhh abstrack la sangat. *tangan di dada*

pikir pikirrrrrr. nak taknak. nak taknak.
orang tu kata memang takleh dapat harga aku nak tu.
hmmm takpalah. kita try tengok tempat lain la.
walaupun aku terpaksa ke jalan tunku abdul rahman, or maybe nilai.
ku redah la. demi mendapat harga within budget.
ni bukan tektik kesian. tapi memang better gitu kan.
sekali elok dah keluar dia panggil balik n bagi harga tu.
weeehoooo.

ok carpet settle.
then hantar cookies kat customer.
terus pecut ke giant pulak.
barang rumah banyak abis.
memang semua laju speedy gonzales sangat.
walaupun dekat umah mama, memang tak dapat nak singgah sebab kejar time.
ni dah selamat kat rumah.
menunggu customer amik cookies.
balik je suruh laki ku tebar carpet.
sebab dorang lipat kan. so nak gulung la supaya tak rosak carpet.
plan 1-2 hari nak raya kita pakai la.
tetiba tadi macam nak suruh pakai je la.
nasib laki ku waras n kata tunggu raya la.
bahiklahhhhh. hew hew hew.

minggu ni curtain siap.
pun tak sabar tu.
tak tau la hasil bagaimana.
if ada masa nak checkidaut cushion cover.
mengikut tema.
almaklum kan rajin tengok astro channel Li tu. mencurik n inspired but ID la kononnnn.
walaupunnnnn.

oh n aku jugak tempah kufi.
aku suka kufi.
tapi mama kata mama tak suka. dia kata takleh baca.
aku kata siapa suruh baca. lawa la.
dia kata kalau ayat al-quran mesti la nak baca.
down iolls tau. baru verangans.
checkout khat takda berkenan.
sama ada tak berapa nak lawa or mahal macam belum ke tahap kemampuan aku.
then sambil tu dok la browse je kufi2. sukaaaa.
then nampak ada kufi Kalimah. ok la kan.
Kalimah Allah obviously boleh baca la. takleh baca tu pergi sekolah balik.
so sepantas kilat tempat.
katanya dapat before raya. so ok la kan. yeay.
happy happy happy.

so cik kiah sekalian.
tahun ni tukar apa yang baru? (lagak harus macam jiran kepochi sambil jeling2 intip rumah ko)

3 Comments:

muis ismail said... [Reply to Comments]

Kak peej punya story ni mcm laju je ke situ ke sini, sampai sy pun laju je baca, huhuhu

quya anuar said... [Reply to Comments]

hi Peej,

you boleh check either Cufica or @colorspatcheslicious on instagram. banyak kufi printed on canvas yang cantik2. the price is quite reasonable jugak. try la check :)

Aida Awie said... [Reply to Comments]

Hi peej.. sy pon suka kufi. Buat buat sndirik je. Nak tmpah2 mmg xberbaloi. Design sndiri (cilok dr internet then ikut pakai adobe) , print n g hantar frame. Waa.. xsmpai 100 tau.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...