Instagram : @peejburhan

puasa-puasa ni memang bikin darah mendidih

aku nak cerita ni dah few days dah.
tapi asyik tertangguh sebab busy betul.
apa yang busy tah.
aku pun tak sure.
bangun awal pun tetap rasa terkejar2 je.
ni stock ephyra aku licin ni.
esok pepagi kena bangun awal amik stock.
esok nak post lagi.
bulan puasa ni aku post kalau boleh biar before 12pm la.
tak sanggup aku.
dah berapa kali post after 2pm.
amik kau barisan sikit lagi nak sampai ke pintu.
nangis.
so usually by malam dah siap pack.
esok bangun siap sikit terus post.
ni takda stock esok gak la kena bergegas.
takpa malam ni siapkan tabita dulu.
esok tinggal nak pack ephyra je.

nway, pasal puasa.
tolong la masa memula puasa tu punya la hazab aku rasa.
hazab kenapa?
well aku rasa bukan sebab aku.
aku ni so far this year ok la.
setakat lapar tu memang tak rasa la.
sebab tau la since kawin n tinggal sendiri.
aku kan kemalasan menjadi-jadi.
siang makan pun selalu tak. tunggu laki balik kerja baru makan sama or dinner terus.
so memang dah biasa perut tak di isi di siang hari. memang tak rasa beza.
cuma rasa bab smoke n air la.
air pun tak sangat la. sebab aku kalau busy tu. masa bukan bulan puasa. kadang air pun lupa minum.

tapi aku rasa hazab terlebih ialah laki aku.
hamagadddd tolonglah.
aku kenal dia bukan baru. dah nak masuk 10 tahun kan.
every year time ramadhan mesti ada drama sana sini.
eiiii dia punya baran tu. takleh tahan kot.

aku rasa aku ngan dia tahun ni paling teruk kot.
2 hari pertama tu gaduh je.
dia la baran tak tentu hala. ada je nak carik pasal.
menyampah gila weyh. aku selalu diam.
tapi ni macam tak munasabah je perangai. haaa kau fire la sana sini.

paling bengang sebab kemain ni dah gaduh sakan.
sampai berbuka pun taknak sama ni.
memasing buat hal sendiri.
tapi nanti dah berbuka tetiba dia nak berbaik balik.
cakap, "lega sikit dah makan ni monje"
eeee malas layan. dah sakitkan hati lagi nak geng.
time gaduh sempat la sound kata dia saiko n puasa macam budak kecik. hahahah

memang takleh terima la aku rasa.
then start day 3 aku tengok dia dah ok.
dah boleh adjust kot.
tapi logik kot.
sebab Mr.B ni paling la kuat makan.
dia jenis makan macam nak makan bagi 3 orang makan.
nasi memang macam gunung.
if lauk favourite. masak 2 pot pun dia boleh licinkan.
pastu kata hari kerja.
pagi dia makan kat kedai area office.
tengah hari if call aku tanya la dia makan apa.
dia jawab nasi. lauk? ite tu makan ayam kicap, ikan berlada ngan udang sambal.
kau faham tak?
kita kan if makan nasi campur mesti nasi, ayam, sayur n maybe telur.
kira satu la lauk isi tu. dia takkkkk.
so kau bayang tetiba takleh makan.
takleh smoke. segala takleh la.
so memang baran la.

sekali bila dah ok sembang.
dia kata memang semua orang la kena.
orang office jalan terkedek terlenggok mamat tu dia kata dia sungkit je bontot.
tengah keluar ngan boss. dalam kereta.
ada kereta sailang kereta boss dia.
dia boleh keluar kereta sepak kereta tu.
sampai driver kena keluar la panggil dia masuk.
eeeeee scary n saiko sangat laki i.
melampau kan.
nasib day 3 n until now dia dah ok.
tenang berpuasa tau.

tapi ku ingat aku je macam ni.
sekali lepak ngan kawan.
aku cerita la.
sekali kawan aku dah gelak sakan.
dia kata laki dia pun samaaaaa.
pun baran kemain. dia siap kata apa-apa pun bulan puasa ni after 7pm baru jumpa.
sebab tak larat nak layan baran.
pastu ada abang kat office dia jenis relax ni pun, bulan puasa adalah bulan baran katanya.
siap hempas-hempas phone apa bagai.
tak siukerrrrr.

pastu hari tu ada la balik rumah mama.
ramai-ramai ada dok la sembang.
aku cerita la kat mama perihal laki aku yang baran ni.
semua gelak gila.
pastu mama cakap, " mama ingat, ben memang macam tu. daripada dulu lagi. bukak puasa rumah mama. dia beli lauk berlambak. pastu time berbuka takda. bila tanya pija. dia angkat bahu kata takda. bergaduh je"
hahaha seee buruk perangai mak aku pun ingat ok.

pastu mama cakap, lelaki memang kebanyakkan macam tu.
papa pun macam tu masa muda-muda.
dah tua ni cool down.
dulu if bulan puasa asyik nak marah-marah.
mama paling tak tahan time shopping raya baju anak.
dah la kita anak kecik-kecik 4 orang.
ngan ramai orang.
yang papa dah mengamuk la apa. dia takleh tahan.
sebab tu if beli memang cepat2. jumpa berkenan terus sama. beza size n color je. design sama.
sebab tu baju kau n noy sama. baju ayol n p.g sama.
3-4 tahun tengok macam tu. terus lepas tu, sebelum puasa dah settlekan baju anak.

hahahhahaha. oh sama je semua. cehhhh.
paling aku tak tahan la drama laki aku masa puasa ke dua hari tu.
kucing aku kan ada 6 ekor.
2 ekor kitten tu kan.
lepas berbuka dah time tu. tapi still dingin la.
dia sibuk kata si montel hilang.
montel tu kesayangan dia sangat la.
dok la dia ngan flash light hp mencari satu rumah.
tonggeng sana sini. angkat kerusi meja.
pastu sepuluh kali cakap kat aku montel hilang.
aku diam je. malas layan.

dia keep on carik. tak jumpa.
kata satu rumah takda. confirm hilang.
aku kata takkan hilang la. kucing tu kecik. nanti ada la.
dia dok la sampai luar carik. kata terlepas la. orang curik la.
tengok aku tak layan kemain hempas2 pintu.
tetap aku buat dek je.
agak2 rimas aku masuk dalam bilik.
tak puas hati carik aku dalam bilik tu.
cakap kucing hilang. confirm.
aku jawab. ok. tu je.
punya la bengang dia. dia kata itu je jawapan u? i punya mencari ni.
aku cakap ok la. abis tu? i tau la takkan hilang. mesti ada.
kalau ada mana?!!!
mana2 la. nanti ada la keluar. tapi if hilang pun u boleh buat apa? dah tertulis.
hempas pintu kau.
lantak ah.

paling tak tahan.
lepas 10 minit masuk bilik tetiba cakap manja ngan aku.
"ada moling. si montel tu isap susu kat meceh tu"
seeeeeee!!!! kau tak rasa nak tumbuk?
memang ada la nak kemana pun.
bukan rumah aku pintu terdedah ke apa pun.
sebab kecik memang la dia tidur memana kau tak nampak.
eeee drama nya dia ni.

nasib now dah ok.
n harap sampai abis puasa la keimanan dia teguh n tak baran.
pitam ok nak layan mood swing dia.
kalau tak benda bangang n tak munasabah pun di ajak gaduh.
eeee sabar je la.

korang macam mana?
korang ada tak experience macam ni ngan pasangan korang?

26 Comments:

obor obor said... [Reply to Comments]

Hahaha lawak

obor obor said... [Reply to Comments]

Hahaha lawak

Nurhayati Hamzah said... [Reply to Comments]

Aku cakap kat ko peej.kalau bukan pasai aku pikiaq akhirat,aku mmg dah agaknya Bantai laki aku pakai baseball bat. Sekian

Nurhayati Hamzah said... [Reply to Comments]

Aku cakap kat ko peej.kalau bukan pasai aku pikiaq akhirat,aku mmg dah agaknya Bantai laki aku pakai baseball bat. Sekian

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha lawak je la peej. biasalah kan a hungry person is an angry person :P kta xde experience sgt sbb since kahwin ni xdpt puasa dgn husband. tahun lps sbb masing2 long distance.. kerja jauh. tahun ni pulak dia pergi kursus 6 bulan. redha je lah. lolx

~ fArhA ~ said... [Reply to Comments]

Hehe..gelak aku bace pasal moling ko..sib baik moling aku x baran walopun kuat mkn..tapi yg baran adelah aku..x jumpe kunci habis hempas satu umah..haha


http://amawife.blogspot.com/

strawberi said... [Reply to Comments]

ciannya..psiko jugak ben tu,..marah2..pastu ok..kahkah..
sabo je lah

Suliana said... [Reply to Comments]

assalam peej. memang gitu la org laki ni. sama je masing2. harap bersabar ye. bulan puasa ni bulan panas tau.. tu yg ada org sampai bercerai berai bulan puasa lah. kena sabar byk2 k.tapi mkn hati sikit lah. hehe.. wat sonyap sudah..:-)

Jojet said... [Reply to Comments]

aku baca cite ko nih pija baru la 'ooooooooowwwww' no wonder la laki aku yg aku baru kahwini tu begitu..hari pertama langsung tak leh buat lawak, masam semasamnyaa..hari kedua, siap sound2 aku, aku sound balik! dah la depan kengkawan kenn..aku tak tahan! hehehe

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

@Nurhayati Hamzah

Stetmen nurhayati hamzah mmg lawak..

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

Ahahahaha.. ben mmg kelakor.. pastu takde perasaan jer nk manjew2 kan.. lawak tol lah...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... [Reply to Comments]

adoi..mmg pening n sakit hati melayan org baran kan. suami sy kalau dia balik rumah muka masam je saya wat dono je tak tanya pape. just tanya dia nak makan ke, bagi air n tunggu sampai dia sendiri yg bercakap. pastu mesti ada sesi luah perasaan pasal tempat kerja dia etc. tak suka nak dgr org laki bebel haha

WaniGhani said... [Reply to Comments]

haha...lawak ben...laki aku relek je...tp kalau time buka dia kena kaco ngan anak yesss dia akan meroyan...kacau mean bukan mtk mkn ke apa...mcm sibuk nyanyi kuat2 mtk attention...kahhhhh

funky_D a.k.a Mrs Al said... [Reply to Comments]

sama la kita. hubby pun jenis sikit2 nak marah. pastu bila ajak gi jalan xnak. cepat penat. dah macam budak kecik ok. nasib dah kenal lama. kalau lapar mesti baran. sabar jela. nasib baik sekarang dah ok sikit.

funky_D a.k.a Mrs Al said... [Reply to Comments]

sama la kita. hubby pun jenis baran bila lapar. dah macam budak kecik ok. nasib dah kenal lama. so aku diam jela. sekarang dah ok sikit. tapi nak ajak jalan still susah. nak kena tunggu weekend baru leh jalan.

Xuriana said... [Reply to Comments]

eeeeee bila baca ni teringat tragedi di sentul.. haaaa bikin aku panasss! tapi dia punya pujuk lepas tu, aku nak gelak plak.. gila la diaorg ni!

farra8979 said... [Reply to Comments]

hihihi... gaduh di bulan puasa. yg best cari kucing tu... klakar la Mr n Mrs B ni...

Miss arfisa said... [Reply to Comments]

kak peej. serius lawak..hehehe. gelak sorank2 baca. mmg cmtu ek? takut jgk kn. btw, sy xkawen g.hehee

Syazni Rahim said... [Reply to Comments]

hahaha.. nasib lakiku tak gitu sangat, tapi bapakku dulu begitu.. tesion satu rumah.

MK said... [Reply to Comments]

OMG Peeejjjjj...mekaseh lah buat entry ni. laki akak tu mengedanye melebihkan anak akak yg umo 8 tahun tu. tolooooonggggggg!!!

tertekaaaannn!!!

dia lapar rokok!!!!

ni dah seminggu puasa nampak ada kemajuan sket.

lega sket hati bila tahu bukan laki akak sorang je meroyan gini. hihihih

Dash Darus said... [Reply to Comments]

laki ku pun lebih kurang la jgk..hahaha..dah sakitkan hati org, blh plak dtg nak memanja..mmg betul kata nurhayati hamzah tu.

una said... [Reply to Comments]

hi5! laki i pon sama. tp utk the 1st days of posa la yg truk sket. asik nak marah anak jer. kita pon jadi geram! tp istighfar byk2 jelah dan suruh dia istighfar sama. pastu skang ni dah ok sket. pheewww.. ;D

R.R.Z said... [Reply to Comments]

selamat berpuasa peej!

btw, husben kita pon same.
da biasa mentedarah rokok..makan menggunung, bila posa je. emooo..
garang gila.

lepas berbuka..terus baik+soft je.

mengade!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Laki aku pun sama je cam Ben... 1st day puasa dia punya temper mengalahkan budak2.. Ni sume gara2 tak dapat rokoklah. Kucing gesel kat kaki dia pun bole mendatangkan amarah padahal itulah kucing kesayangan dia. Klu tak ingatkan dia laki nak je aku silambam dia.. Now dah ok... Bolayan je kat dia.. Pandai plak sengeh2 nak baik ngan kita.. Tensi ok! Hahaha...

Kasih8953 @ Za Mirza

wan zie said... [Reply to Comments]

saya dah 11 thn kawen, mmg tiap2 thn
bile bln pose laki saya tak leh buang baran dia. mengamuk jer kerjanya.Pasal menu nak masak utk buka pose pon blh jadi punca gadoh.Tapi thn ni paalinnggg aman..tak de baran2 anymore coz dr 1st day pose till today, dia demam.So, tido diam2..mkn ubat, tido and tido lagikk. Selera mkn pun kureng so tekak dia terima je la apa yg sy masak.Sbb masak sedap2 pon( pd sy sedap la kan), tetap dia kata tawar la, tak rasa apa laa..Tak de nak order mcm2 sptmana 10 thn lalu.

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam peej,
ur hubby baran masa bulan puasa je, my hubby hari hari PMS, dh tak larat nk hadap dh, maka buat bodo je la, kdg2 rasa nk kasik lebam je muka dia tuuuuu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...