Instagram : @peejburhan

model paling kayu.

last weekend aku di suruh jadi model untuk kempen bayu raya kree by reni.
reni ni dulu co founder ephyra.
asal kenal masa memula dia kenalkan aku ngan ephyra la.
now dia dah buat kree.my tapi still kita orang kawan la.
if memasing free jumpa la minum2 ke apa.
aku free la jugak. perempuan tu busy bagai nak gila.
aku rasa tiap hari bersusun je jadual dia.

nway, awal2 dia dah bagi tau.
aku ok je la.
walaupun punya la segan kan. macam ye la aku mana reti kot.
tapi adalah keji if aku kata taknak kan.
so ok je la.
kemain siap set date apa semua n ada call time.
hahaha lawak. poyo bebenar bila orang ajak jumpa time tu aku kata takleh aku ada photoshoot. 
siap ada ayat, esok call time aku pukul 11.30. haha lawak rasa nak tikam diri.

aku memang dah plan nak tidur awal.
aku ni kau tau la. mana suka bangun awal.
so kalau dah call time gitu, harus kau kena bangun extra awal kan.
yang aku pagi tu lepak sampai kul 3 pagi ok.
tau la laki aku kalau dah bercerita mana reti kejap. layankan je.
balik aku takleh terus tidur. sebab aku ada postage nak buat pagi sabtu tu.
gigih aku pack barang sampai subuh ok.
tapi katanya buat laju n express. elok aku dah bungkus barang n sealed semua.
tetiba nampak bag organizer aku tak masukkan. fuckkkkkk!!!!
kena koyakkan n masukkan kat courier bag baru.
tu takpa. elok dah siap semua susun barang.
tetiba aku nampak penutup shaker 3 ketul terkontang kanting kat tepi.
boleh? mana yang order 2 box tu. shaker penutup untuk 2nd shaker aku tak pack sekali.
kiwokkk. nak koyak n balut balik gila bazir n malas.
last aku amik blade potong tepi sumbat penutup tu. hahha.
seal pakai pocket utk borang poslaju tu. syabas. 
tu la hasilnya buat kerja tak fokus n nak cepat.

nway, walaupun tidur 3 jam pun.
tetap bangun awal la pagi tu.
settlekan semua kerja.
bergerak pos barang n terus tuju hartamas.
nasib memang familiar area tu. so tau la mana nak tuju.
tapi sampai je situ kul 11ish kot.
aku bagi tau aku nak makan dulu. gila kau lapar kot tak makan apa.
so aku layan perasaan makan sorang kat bestari.
makan tosai je pun.
haha orang sekeliling makan nasi. aku baru nak breakfast.

settle makan terus ke sana.
call reni to make sure mana studio.
Alhamdulillah aku dapat parking exactly kat depan tempat tu.
reni kata kak D dah ada. baru ku tau D pun ada.
btw D adalah green apple.
skema betul panggil kak D. ke memang orang panggil tu?
or aku yang terlebih biadap? hahha. tak kisah la memana kan.



sampai tengok reni tengah make up.
seorang adik manis kurus n over the top tengah di amik pic nya. depressi kejap.
D takda pun rupanya tengah try baju.
kami ni dah sekian lama baca blog memasing tapi belum pernah jumpa.
so jumpa lah hari tu.
haha rasa lawak pulak. sebab aku biasa la.
kalau tak biasa memang aku banyak sepi.
tak biasa. once biasa aku lak tak reti nak senyap.
so hari tu aku tengok D pun banyak senyap. aku pun senyap je la.
sesekali je mencelah sana sini if sembang ramai2. gituh.
tapi yang pasti suara D serupa ngan suara seseorang. teeeetttttt. hahahahahha

takda dapat nak sembang apa sangat.
sebab time dia make up aku busy try baju.
time aku make up dia pergi amik pic.
time aku amik pic dia dah balik pun.

so mari tengok suasana.



:: baru nak make up. cam whore sat. terbentang luas dahi ku ::



lawak nak mampos ok team kree ni.
asyik tergelak je aku ngan gelagat sorang2. ada je la.
nak make up pun tak tenang.
nanti stop sebab tergelak sebab dorang kat belakang.
tapi dengar suara n apa dorang sembang pun dah lawak.
eeee tak suka.

time make up rasa lawak jugak.
tetiba terasa diri nak kawin.
ye la aku mana jenis rajin tala muka kat orang mintak orang make up.
make up sendiri sudah. so bila macam ni rasa special n teringat time nak kawin. kah kah.
feeling sangat.

oh baju kree raya untuk plus size ni adalah super lawa ku sukaaaa.
semua pun sukaaaaa.
tapi baju lawa tak bermakna aku lawa.
aku tetap pose kayu. oiii tak reti aku.
kau tolong la. adik aku amik gambar aku pun aku berdiri tegak je macam tiang bendera.
tiang bendera kat dataran merdeka tu la. lebaq sikit. buang tiang bendera kat sekolah tu tak sesuai. haha.
so bayangkan orang tak biasa snap pic aku. lagu la aku kayu... aaaa stresss.
tolong la jangan buat gila lagi buat kerja macam ni.
so not me.
kalau amik pic cam whore perahsan lawa reti la aku khennn.


tengok la pic ni.
yang ngan reni (left) selfie, so harus nak over je.
tapi pic kanan bertiga tu katanya orang amikkan. harus kayu aku.
bahabi tahan napas pun mak lupa uolls. big mac sangat perut. 
oiii jangan tenung perut aku lama2. 
tengok sekali imbas sudah. 
nanti ketumbit mata korang.

:: me with afiqM designer untuk kree. lawa2 baju. i is loveee. ::


:: kau tengok la dorang ni. pose semua taknak kalah. ada banyak gila pics. rasa nak pengsan tengok gelagat masing2 ::




vain kejap sebelum membersihkan make up ke apa.
aku kan dah lama tak over macam ni.
siap masa nak bukak bulu mata pelesu ni siap mintak kebenaran lagi.
dorang kata boleh la. aku kata nak balik ke?
hahaha bongok tak? ye la if kita sendiri punya kan kita akan simpan pakai 2-3 kali.
yang ni aku pergi tanya nak balik ke tak. bodoh. of coz la dorang taknak.
sayang nak bukak tapi terpaksa sebab panjang bebenor bila pakai spec dia langgar cermin.
aku rabun mak encik, nak bawak kereta macam mana if tak pakai spec. so sila bukak.
takyah nak feeling sangat kan.

then singgah makan kat pelita sat.
lepas tu terpaksa buang lipstick pulak sebab kembali ke kereta terkejut bersepah lipstick aku.
hahah makan comot tak coverline. gelojoh.
gerak. by the time sampai rumah dah petang.


tetap nak camwhore lagi. hahah.
bila orang suruh pose n jadi model kayu.
tapi bila sorang2 tak abis2 nak feeling kan. walaupun.

nway, nanti apa-apa perkembangan pasal kempen ni akan ku war-warkan untuk korang.
ok tu je. i is busy.
ta-ta.

2 Comments:

intandayani said... [Reply to Comments]

yup mmg cntik bj yg memula tu..purple blue tu

WaniGhani said... [Reply to Comments]

gempak...da jadi model...kui kui..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...