Instagram : @peejburhan

kemeriahan berbuka puasa.

haaa ini miacam baru semangat nak amik pic menu ke apa kan.
ni baru namanya kemeriahan berbuka.
kalau tak sedih gila je everyday.
nak berbuka pun tak semangat ok.

this was last thursday.
around 3pm macam tu papa call.
dia kata hari ni dia berdua je ngan mama.
ayol memang takda sebab kerja kat sabah sarawak.
noy memang tersangkut kat kuwait daripada before puasa hari tu.
usually P.G ada la. tapi hari tu dia ada berbuka luar ngan kawan2.
so berdua la dorang.
dorang kata nak ke rumah aku.
aku nak makan apa. dorang nak singgah pergi pasar juadah.
aku kata susah-susah biar aku je la pergi sana.
ok set.

so papa kata dia nak ke au2.
tolonglah pasar juadah paling aku sukaaaaa.
tak crowded n 80% makanan situ sedap.
n mostly orang yang dah meniaga situ for the past 6-7 years.
kau dah tau nak tuju kedai mana yang best ke apa.
tu yang bila papa kata nak ke sana.
amik kau. pelbagai belon2 keluar atas kepala aku ni.
belon2 cadangan nak apa. hahahha.

tapi since few days ni kan memang berbuka ala kadar.
so nafsu tak menggila sangat la.
hmmmm. berfikir...berfikir.
papa sambil tu dok bagi suggestion.
terus aku macam, ok nak siput sedut.
n nak ikan pari bakar.
fav tu.
ingat few years back. hari2 aku akan suruh mama beli ikan pari bakar.
n aku hanya berbuka makan lauk tu je semata2. terbaik.

Mr.B pun sibuk nak gak beli lauk.
aku cakap tak payah sebab nanti banyak sangat.
dia kata nak beli jugak pajeri nenas untuk mama.
aku kata ok. tapi 3 ketul je jangan lebih. nanti bazir.
tapi balik kerja sibuk berkemas pastu tertidur laki bini.
bangun around 7pm.
tertinggal umah lauk tu. hahaha.
tapi takpa sahur makan.
rupanya laki ku sempat jugak beli rendang daging which is so sedap.
so sahur tu je. ngan nasi panas. fuhhh.

nway, menangis bila sampai rumah mama tengok lauk terhidang.
ini adalah terbaik.

:: masak lemak ikan keli n pucuk ubi ::

:: masak lemak siput sedut ::

:: masak lemak telur itik ::

:: sambal ikan bilis kentang dan tempe ::

:: asam pedas daging tetel ::

:: masak lemak nangka ::

:: ikan pari dah ayaq asam :: 

fuhh terbaik wokkkk.
telan air liur lapan kali berganti ganti.
semua sedap kot. aku jadi confuse sangat.
terus gegirl keliru..gegirl keliru.
aku kan tak reti makan campur lauk.
tapi pentamak semua nak.
so akau akan macam sikit2 la.
asing kan lauk then layan asam pedas dulu. fuhhh best.
then layan ayaq asam n ikan pari je.
then lasttt sekali ratah siput sedut pulak. 

then abis tu menjamu selera ngan kuih muih pulak.


kau bagi la aku hotel 7 star pun.
tetap aku akan rasa berbuka rumah mama n papa paling best la.
walaupun semua lauk tunjuk. tapi qualitas tu terbaik.
lengkap la, cakap nak apa je semua ada.

so sekarang faham tak kenapa aku malas nak amik menu berbuka tahun ni?
n kenapa tetiba aku semangat amik on this specific date?
i wish everyday pun boleh berbuka sini. hihihi

oh ni pun tengah ada sini.
sebab ada cust tadi datang amik tabita n tart nenas.
so aku ke sini. alang2 berbuka sini.
pun semua lauk tunjuk.
tapi time hidang tadi sebaldi air liur meleleh weyh.
rajin aku snap pic lagi. la la la.



3 Comments:

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

haha ni baru best. macam2 lauk. tapi memang saya perasan setiap kali bulan puasa kalau peej update menu berbuka mesti ada menu2 ni. tak tahan hoh tengok siput seduttttt

kak su said... [Reply to Comments]

mmg ler umah mak kita the best place ever peej.. akak yg tua bangka ni pun ke situ gak nak berbuka kalu laki akak takde.. huuuu...

pari bakar tu sgt best peejaaaaa..

SueGinola said... [Reply to Comments]

Sedapnya Pija...
Nak tanya bazar AU2 kat area mana ye...?teringin jugak nak pergi...
Saya try tanya kat Komen Box Auntie Nani tak boleh hantar pulak, keluar link ntah apa-apa...huhuuuu....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...