Instagram : @peejburhan

happy sebab i was born in the 80s

syabas buat masa ni aku masih bertahan tak tidur siang ke apa.
bagus kan amik supplement ni sebenarnya.
anyway, bila tak tidur ni dan tak tau apa sangat nak buat.
aku mengisi borang poslaju.
pastu berhenti kejap dan mari online.
antaranya aku nampak la kat news feed kak pnut share benda ni.
tak tau korang tengok ke tak.
tapi silakan.


ok memang pitam bangun balik, pitam bangun balik. pitam bangun balik berulang kali.
nasib itu hanyalah perumpamaan.
if betul-betul aku pitam bangun balik tu, tentu dalam jangka masa tu aku dah sempat kurus.
ye la dah macam exercise dia punya letih tu. huhu.

nway, apa aku nak cakap.
aku bersyukur la aku di lahirkan tahun 80s.
aku zaman remaja pertengahan tahun 90an.
sampai la ke tahun new millenium.
zaman yang teknologi masih tak seberapa nak ada.
hp pun baru nak try-try masuk pasaran.
orang yang berkemampuan je ada hp. orang macam aku of coz merasa.

sebab apa?
sebab aku percaya kalau aku hidup kat zaman ni.
membesar kat zaman ni.
aku pun maybe akan ada terbuat benda bangang macam ni.
mungkin lagi bangang. sebab katanya budak sekolah gemok siapa pun nak.
so maybe buat keek ke, video melahirkan rasa cinta kat crush.
eeeeeee pitam. terima kasih Tuhan kerana aku membesar zaman tak berteknologi canggih.

sebab macam video budak atas ni memang bangang tahap maksima la.
kiwok baru seminggu couple apa kau gila.
tapi bebudak baru nak naik. biasa la kot.
aku rasa aku ada phase macam ni dulu.
tapi untungnya semua nya zaman dulu pakai surat woih.
n paling best bila kau tau surat2 tu dulu lepas clash ex kau memang dah bakar semua bahan bukti tu.
kah kah kah.
walaupun time tu bila tau dia bakar. kau rasa elok dia yang kau bakar.

malangnya budak ni pulak.
sebab dia dah tak main la surat.
now ada segala kan. so dia bangang pergi buat benda macam ni.
memang boleh viral la.

aku percaya dulu pun ada orang yang bercinta bg gf kemain panggil abang la.
panggil baby la.
panggil papa mama ke, mummy daddy ke.
tapi benda tu kau tak nampak. tu adalah between them je.
sekarang ni kau sakit mata sebab bersepah kau nampak budak sekolah berpapa mama, mumy daddy kat fb la, twitter la or apa-apa la.
cannot go betul.

zaman bercinta apa sangat kau boleh buat pun.
paling-paling kau nak tunjukkan rasa cinta kau tu, kau bagi hadiah bongok2 je.
belanja air kotak pun melompat macam dapat apa je.
pastu kalau pakai baju color theme sama kira sweet habis la ni. puiiiiiiii.

zaman dulu apa kau nak luahkan semua kat surat or tulis diary.
very personal. sekarang semua dorang tulis kat blog la apa.
so memang ngeri la if membesar kat zaman sekarang ni.
nasib la dulu takda ni semua.
sebab aku yakin aku salah seorang manusia yang ada harapan nak memalukan diri sendiri.

ye la time tu kau bukan reti berfikir sangat.
ngan rebellious kau. mak pak tegur pun kau mana heran.
kau rasa kau dah besar sangat la.
cikgu or senior marah kau zaman sekolah nak bercinta kau macam bengang.
kau rasa kau dah besar ni.
tapi bila kau dah baya macam sekarang, kau paham apa yang dulu family, senior, cikgu kau rasa.
orang yang sama jugak aku tengok now kemain mengeji budak perempuan kat video atas ni.
konon pergi abiskan mengaji dulu la.
bagi tetek tumbuh habis dulu la.
bla bla bla.

keji gak la.
budak kot tu.
walaupun budak tu dah buat sesuatu yang bangang kan
tapi melampau kutukan pun macam jahat je aku rasa
sebab sedikit sebanyak mesti kau boleh relate la. kau dulu pun zaman sekolah ada gak crush sana sini.
couple ke apa.
except kau memang forever alone la zaman tu. or bebetul jenis yang study je.
ada. tapi tak banyak. mostly forever alone la.

kau bayangkan zaman sekarang ni yea pun dah macam ni.
wonder, if la kita-kita ni, yang sebaya aku  or maybe tua sikit ke, anak now sekolah rendah ke apa.
macam mana la agaknya dunia ni di 10-20 tahun akan datang.
mesti lagi canggih n lagi scary. kan?
lagi memacam technology muncul.
tah apa lagi kebodohan yang kita akan hadapi
kita pulak maybe time tu tak terikut ngan segala app yang muncul ni.
pastu anak kita buat kerja yang super bangang. kita pun tak tau kan.
what a scary world we live in.

apa-apa pun akhir kata.
sekali lagi ku bersyukur padaMu Ya Allah yang i was born in the 80s.
sebab aku tau zaman umur aku macam budak ni, aku banyak buat benda bangang yang bila di kenang memang rasa nak perambat diri sendiri takyah tunggu mak pak kau perambat.
tapi ku bersyukur sebab apa-apa pun bukti semua takda. terhapus.
hanya ingatan la yang maybe some lupa, some masih ingat.
kepada kawan2 aku. kalau korang ingat. korang senyap sudah.
anggap la kita tak pernah mengenali sesama sendiri.
wah tetiba.

p/s : high blood pressure pulak teringat zaman keremajaan n kebodohan dulu.

p/p/s : kepada adik di video di atas. semoga tabah. seminggu dik? ok akak pun bodoh zaman2 tu. tapi baru seminggu akak takda la galak sangat gaya ni.

p/p/p/s : by the time entry ni di auto publish, tgk fb, blog budak ni dah di delete pun. sian.


14 Comments:

ana kimi said... [Reply to Comments]

hahaha, geli doooo, haha, blu roma habis suma naik sbb tgok vid ni, nak gelak pun ada

Karbon Kopie said... [Reply to Comments]

baru tgk td kat fb. xtau nk kata apa. T__T
nasib sy pun lahir thn 80an. :P

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

sorry la kerana menggunakan kata2 kesat...oh shit...adik oh adik...akak rase........nak gelak...
oh ye, peej ko penah tgk gambar sorang adik ni tulih nama boyfriend dia kat muke beliau..atas dahi..pastu amik gambar letak dlm twitter...aku rs dlm blog serius ade kot..haih..bdk2 sekarang...i'm totally speechless..huhu

korie said... [Reply to Comments]

zaman kita dulu cinta lebih penuh kemanisan....dapat surat penuh dgn bedak bagai....lagi sweet cinta dulu dari sekarang....hari2 nak contact each other pun sng sekarang...dulu susah sikit tapi kalau dapat contact mmg bertahan berminggu rasanya...untung kita

Puan Jiha said... [Reply to Comments]

hehehe jaman kita dulu...paling dasat pon surat cinta aje...lagi dasat kalau bukak surat berkepuk bedak echanteur hahaha....mesti kebas bedak akak die or mak dia ekekeke

bebudak skang ni advance tak bertempat

oppss..salam kenal...Jiha here...baru lepas tgk vid ni kat FB sekali nampak ur blogpost hehe

sueMY said... [Reply to Comments]

tudia..panjang sungguh ko ceramah Pija..hehehehhe..

-sue-

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

"sekali lagi ku bersyukur padaMu Ya Allah yang i was born in the 80s."

ya saya paste ek peeja.. hahah..
zaman 80's mmg paling best la kot,
betul kata awak la peeja, saya pun ada kebarangkalian buat benda bodoh, haha.. seperti rekod suara sendiri dan kirim pada ustaz macho naik motor sebelah sekolah. hehehe.. :)

Jojet said... [Reply to Comments]

Aku pon bersyukur..
Dilahirkan pada tahun 1984..
Tayah pergi jauh lah, sepupu sendiri..
Yg tengah remaja baru 17thn..dah maki mak bapak, becinta luar batas..semua ko reveal dlm twitter..gampang tak disitu?
Hahahahaha..Aku mampu baca je..Hazabbbb jd remaja idop buka mata dah ade fb, tweet, insta, tumblr bagai..

Xuriana said... [Reply to Comments]

aku ingat ko duduk kat bilik nysya dok repeat lagu heaven sbb nak salin lirik, bahahahaha...

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Yes..I'am proud to born in 80' too.
Saya janji..saya janji..saya janji..nampak tak saya taip ni...saya janji takkan sesekali malukan diri saya macam ghuper ini. Hoh~

Ms.Su said... [Reply to Comments]

tak paham budak2 zaman sekarang, baru seminggu couple kot, kejadahan apa nak buat video bagai..umor berapa ni dik dah getik gitu rope??sapelah mak pak ko ye..kalau aku yg jadi mak ko dah lama aku pelempang, aku tarik balik segala henfon, intenet..anyway, ahkak rasa adik ni ada bakat jadi hostla..kalau adik concentrate nak jadi host pon lagi ok, dari dok bercinta ntah hape2 tu..

doll said... [Reply to Comments]

saiye anak 70-an..apa pun tak boleh!jaman budak2 hanya ada tv kotak, tu pun kalau mak bapak kasik tengok...

anak2 sekarang beruntung ada macam2..siap ber u-tube video lagik..kot kita dulu nak record dengan video tape hitam tu adelah kena penyepak laa ngan parents, hehe..

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

hahaha..ku sokong tpi mmg zaman dedulu ku forever alone pon.. talkde org nak.. tatau napa.. then Alhamdulillah.. bangga jadik anak 80's and 90's

Mass said... [Reply to Comments]

salam singgah n follow

best plak baca karangan awk ni.saya pun lahir tahun 80-an dan rasanya sy setuju...untuk seminggu berkapel tidakla sy segedik itu utk buat video bagai ni..walau zaman tu takat ada public phone dan surat2 jela kan

kesian adik puteri tu..tp nak buat camne ni satu pengajaran utk dia dan semua ;)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...