Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : kompilasi ceritaku

Alo Sis Peej :D

my fevret section dalam blog ni adalah section scary marry
dan saya pun terpanggil jugak nak ceritakan sikit pengalaman yang tak berapa menakutkan tapi bila dikenang, meremang gak la bulu roma ni hehe

1.  KEJADIAN SEMASA TADIKA

Tahun 80an, saya sekolah tadika kat kampung.  Kampung saya ni area pergunungan.  Rumah sebijik-sebijik dan jiran pun agak jauh juga la..sebab nak cari tanah rata tu memang susah sikit la.. so kenala buat rumah di lereng bukit yang kurang curam.

Nak g sekolah ni pula, nenek saya yang hantar.  Pepagi berjalan ngan dia naik bukit. tak jauh sangat la..  Balik pula ikut cikgu jalan kaki ngan kawan-kawan lain. 

nak dijadikan cerita.. lepas keluar dari jalan besar, saya akan lalu sungai kecik then naik bukit sikit sebelum sampai rumah.  Biasanya dalam jam 12.00 - 12.30pm macam tu dah sampai rumah da.

satu hari tu, lepas bye2 cikgu dan kawan-kawan, saya pun berjalan la nak lalu atas titi nak menyeberang sungai balik rumah.  Tetiba nampak kelibat sorang nenek tengah mencangkung, tak pakai apa-apa macam sedang mandi.  Rambut dia keriting pendek warna putih.  Nampak macam nenek 'A' yang tinggal  dekat2 ngan rumah saya.  Dia mencangkung membelakangkan saya.  Saya perasan waktu tu sunyi ja.  Dahla takda rumah area tu..Tapi time tu saya pun tak fikir banyak, terus jalan balik ke rumah.  

Sampai-sampai je kat rumah, datuk saya tanya, saya gi mana.  Saya heran la, takkan tak nampak saya baru balik dari sekolah kan.  Tengok2 rupanya dah jam 2pm.  Aik, heran bin ajaib... saya tak melencong gi memana pun kenapa dah jam 2pm pula?   Rupanya datuk saya naik risau saya tak balik-balik, so dia suruh pakcik gi cari saya.  pakcik saya pula jumpa saya atas titi dkt sungai tu, berdiri tengok sungai tak berkelip mata.  Pakcik saya kata dia heran, sebab tak nampak apa pun kat sungai tu.  Terus dia tarik tangan saya balik rumah.

Datuk saya tanya la, saya tengok apa sampai leka tak balik rumah.  Saya pun bagitau, saya nampak nenek A tengah mandi. tapi seingat saya, saya takda la stay lama-lama kat situ pun.  Dan saya tak ingat pun pakcik saya datang cari saya kat sungai.

Datuk saya kata, macam mana pula ko kata nampak nenek A.  Dia dah meninggal pagi tadi..  *senyap*  

Nasib baik la dia tak menoleh masa saya lalu titi tu...

2.  PAKCIK BERBULU

Saya ada seorang pakcik.  Ni pakcik sebelah mak la.  Kiranya dialah yang paling hensem antara adik beradik dia.  Dan yang paling rajin bekerja.  Muka dia ala-ala Nasser Wahab.  Dah la murah dengan senyuman, peramah pulak tu.

Dia kerja kampung.  Tanam sayur etc untuk tampung keluarga.  Masa dia kira-kira 32 tahun, dia ikut bapa dia bersihkan tanah untuk dibuat kebun.  Tanah tu tanah keluarga tapi, tak pernah dibersihkan so memang keadaan macam hutan rimba la.  Bukan setakat belukar, pokok yang besar-besar pun ada.

Satu hari tu, tengah sibuk bersihkan tanah, tiba-tiba sebatang daripada pokok besar ni tumbang.  Betul-betul atas pakcik saya.  Out of nowhere. Nasib baik dia sempat mengelak so tak cedera teruk, hanya terkehel tulang bahu.  

Dia terpaksa berehat beberapa minggu sebelum dapat join balik membersih tanah tu.  Dia pun rehat la kat rumah.  Tiba-tiba satu pagi Ahad tu, bapa dia datang rumah kitorang.  Dia kata pakcik saya dah 3 hari tak balik dari rumah sejak Khamis.  Dia risau sebab pakcik saya kan cedera.  Takut ada apa-apa terjadi.  So diorang pun cari dia, tapi tak jumpa.  Takda sorang pun yang nampak dia sejak Khamis tu.  Pastu jadi kes polis - orang hilang.  Cari punya cari, polis pun jumpa mayat dia kat belakang rumah.  Dah busuk da.  Yang hairannya, sebelum tu memang kitorang dah cari seluruh rumah tak jumpa.  Jangankan seluruh kawasan rumah, seluruh kampung pun dah cari tapi tak jumpa.  Last-last senang je polis jumpa dalam keadaan yang mengerikan.   

Pakcik saya duduk bersandar kat dinding rumah, dengan sebilah pisau masih terpacak, tepat kat jantung dia.  Ada botol arak kat tepi mayat dia.  Polis kata kes bunuh diri.  Tapi keluarga kami percaya dia tak bunuh diri.  Pakcik saya memang bukan jenis minum arak.  Dan dia tak ada masalah pun.  Tak nampak dia murung ka apa sebelum dia hilang tu.  Atas dada pakcik saya ada beberapa kesan tikaman tapi taklah dalam.  Nampak macam percubaan menikam dada yang gagal.  Satu tikaman tepat ke jantung tu je yang membawa kepada kematian dia.

Masa nak sembahyangkan pakcik saya tu, lepas dah masuk coffin semua, sepupu saya tangkap gambar pakai handphone.  Bila kitorang tengok gambar tu, nampak macam ada bayang perempuan duduk tepat atas kepala pakcik saya.  Tapi bila kitaorang tengok tempat tu kosong je.   Sorang makcik saya pula tangkap gambar muka pakcik saya, dan dalam gambar tu muka pakcik saya berbulu lebat.  Dan ada tangan berbulu juga tengah usap kepala dia.

Bila keesokan harinya, bapa kepada pakcik saya tu jumpa bomoh (bukan bomoh la kot, tapi orang tua kat kampung yang ada ilmu), orang tua tu jawab, "oo...dia ni sebenarnya dah kahwin dengan orang bunian...dah ada 2 anak pun...dia meninggal ni sebab isteri dia nak bawa dia tinggal dengan dorang."  Orang tua tu cakap lagi, kejadian pokok tumbang tu sebenarnya percubaan orang bunian tu nak bunuh pakcik saya kali pertama.  tapi pakcik saya terselamat.  malangnya cubaan kali kedua dia berjaya.  Sedih saya dengar.  baru saya teringat kesan-kesan tikaman yang tidak dalam kat dada pakcik saya tu.  Mungkin dia cuba melawan kot, tapi apakan daya..tewas juga akhirnya...

Bomoh tu cakap lagi, bapa pakcik saya tak buat satu upacara (tak tau la upacara apa...orang dulu2 banyak pantang larang kan..) sebelum diorang bersihkan tanah untuk dorang buat kebun tu.  Macam tak minta kebenaran 'penghuni' dia la... Ngam-ngam pula sorang perempuan bunian ni tertarik dengan pakcik saya..so  dari situlah bermula usaha bunian tu nak bawa pakcik saya ke alam diorang.

p/s :  bunian ni pun memilih juga rupanya..sebab adik pakcik saya yang kurang hensem pun ada juga tolong bersihkan tanah tu, tapi mungkin sebab dia kurang hensem maka selamatlah nyawa dia.. huhu


3.  OFIS

Saya kat ofis ni baru 3 tahun.  Bangunan ni bangunan lama..dibina pada tahun 80an.  Tinggi jugak la..17 tingkat.  Orang bunuh diri pun dah ramai kat sini.  Pak guard pun banyak yang nampak lembaga-lembaga berkeliaran dalam bangunan waktu tengah malam masa orang dah tak ada.  

Ada yang nampak jelmaan budak-budak berlari-lari then bila pak guard tu tengok, budak tu boleh pulak tengok dan senyum balik kat dia.  Seram ok.

Tingkat opis saya ni pula kat tingkat 16.  Dan dulu masa buat aktiviti mencantikkan pejabat, ada la sorang ni pegi cari buluh kat hutan di kampung dia untuk bawa ke opis.  Nak buat pondok-pondok kat area lif katanya...

Sejak dorang dirikan mini pondok tu kat ruang lobi lif, ada ja orang nampak 3 beranak (sorang perempuan, dua budak)duduk2 kat situ.  Tapi bila tengok 2 kali, takda siapa pun yang duduk kat situ.

Pastu boleh pulak ada orang nampak 3 beranak tu masuk dalam opis, duduk di sofa ruang menunggu.  Kejadian-kejadian ni selalu berlaku dalam jam 3-4 petang masa orang tak ramai.  

Benda dalam opis ni suka kacau orang.  Tapi takda la teruk sangat.  Dia boring kot.  Ada sekali tu, saya lalu bilik bos.  Nampak la PA dia tengah busy menaip.  Bila saya undur balik nak bercakap dengan dia, eh, tengok takda orang pula.  Tup-tup PA dia ada kat pantry tengah minum. 

Ada beberapa kali juga benda ni menjelma jadi PA bos.  Orang nampak dia kat satu tempat, tapi sebenarnya pada masa tu dia kat tempat lain.

Ada sekali tu, kawan-kawan opis overtime.  Dah dalam jam 6 gitu, belum balik lagi.  Adalah 2 staf lelaki tunggu jugak.  Dah tau keadaan opis ni yang ada history tersendiri, maka kalau overtime, seorang dua staf lelaki akan tunggu sama.  Tengah leka buat kerja, tiba-tiba dua staf lelaki tadi tu berlari-lari anak pegi wing sebelah tempat yang pompuan2 buat kerja.  Dorang ajak balik.  Yang pompuan dah cuak da..tanya kenapa?  Budak2 laki tu kata tadi ada suara menyahut 'iiiye..' bila dorang cakap,'ada orang kat belakang tu ka?'   Tulah pasal, dah tau takda orang, mulut gatal juga nak tegur kan.. apa lagi, kelam kabut la dorang kunci opis, terus blah balik.

opis ni macam-macam la..kalau orang tak ramai, mula buat hal.  Kadang-kadang dengar macam orang berlari, tapi bukan kat atas lantai.. tapi dekat siling.  boleh nampak dengan mata kasar, bergoyang-goyang benda-benda yang bergantung dari siling tu dari arah pintu depan sampai ke pintu belakang macam orang langgar masa berlari.

-takat tu je kot sis Peej.  Over and out.  terima kasih kerana membaca :D
-vie-

12 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

serammmm nyaaaa...tak sukaaa

ana kimi said... [Reply to Comments]

boleh tahan seram gak nooo,

Anonymous said... [Reply to Comments]

..bace pepagi pon rase seram,ni kan plak klau mlm2..hissh,brdiri bulu roma aku!!..tp kan aku suke sgt sggah sini,kekekekee.

intandayani said... [Reply to Comments]

tak suke baca yg kat opis tu..da la sok pepagi aku nak dtg ot ni..cinabeng...

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

nasib bulan pose.. masih kuat iman.. yg paling seram nenek A tuh.. sungguh mengerikan.. pasal pakcik tuh pon amatlah seram..

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

firstly...bestnya kampung di lereng bukit siap ada sungai...ni mesti dekat sabah. hehehe

Seramnya dekat ofis tu, boleh pulak main nyahut2 ea...eeee

BEA.Xaeren. said... [Reply to Comments]

serammmmmm...nasib baik baca di siang hari...

Lizzie Yasmin said... [Reply to Comments]

Pasal orang bunian tue memang pun. Orang bunian suka orang hati bersih tak der masalah. Adik laki aku dulu pernah kawan dengan bunian. Waktu tue kitaorang semua tak tahu. Tapi dia salu hilang bila kene marah, kalu jumpa mesti time maghrib dan dia dalam keadaan blur..

Lama - lama pi berubat baru tahu, orang bunian bawak dia lari, pi dunia dia.

Capt Lalok said... [Reply to Comments]

huh!!..serrammm..

Memey Anuar said... [Reply to Comments]

ok yg ni seram. cisss.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... [Reply to Comments]

seram nih !

Mrs. Ady Firdaus said... [Reply to Comments]

takuittt

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...