Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Kisah Rumah


Kisah rumah

Rumah I

Selepas berkahwin, saya dan suami menyewa di sebuah taman, pangsapuri di sekitar ibu kota, berhampiran dengan bazaar larut malam.  
Dipendekkan cerita, kami suami-isteri hanya tinggal berdua dan jiran-jiran tidak berapa ramai memandangkan taman tersebut merupakan taman baru.  

Kadang-kadang suami saya akan keluar berjumpa kawan-kawannya pada waktu malam dan akan balik ke rumah sehingga awal pagi.  
Walaupun saya seorang yang agak penakut tapi lokasi rumah kami yang bersebelahan dengan kem tentera dan suasana tidak terlalu senyap kerana terdapat juga pelajar yang menyewa rumah-rumah di situ, jadi selalunya saya tidak berapa takut untuk tinggal seorang diri.

Sepanjang duduk di rumah itu, sewaktu seorang diri dan sewaktu saya dan suami ada bersama-sama di ruang tamu, ada beberapa kali saya terperasan ada sesuatu sedang melintas dalam rumah, betul-betul di antara dapur dan ruang makan.  
Pernah juga saya terperasan ada sesuatu dalam bilik tidur utama.  
Setelah beberapa kali, kebetulan suatu malam, suami sengaja mengambil gambar dengan handphone.  Kemudian dia tiba-tiba serius dan mengajak tidur.  
Keesokkan hari barulah saya tahu, dia pun ada perasan sesuatu seperti bayangan lalu di tempat yang sama.  
Kami memang sangat takut sebab kebetulannya, blok-blok taman rumah kami itu, yang paling tinggi hanya empat tingkat, dan yang kami punya pula hanyalah tiga tingkat, dan kesemua penghuni di tingkat atas blok kami hanya ada sekali sekala, tapi pelik, kami selalu dengar bunyi perabot di alihkan dan barang jatuh, guli jatuh, dan pernah juga macam menumbuk sambal belacan… 

Bapa saudara suami, kebetulan ada datang ke rumah, dia pun rupanya ada ternampak, tapi katanya lintasan sebab memang dah itu laluannya.  
Jiran di depan rumah kami pula pernah memberitahu yang projek taman itu pernah tergendala beberapa tahun sebelum siap sepenuhnya….

Takut juga bila diingatkan kembali, sebab memang betullah apa yang kami nampak bukan sekadar khayalan dan Alhamdulillah sekarang kami akan pindah ke rumah baru…  
Tapi, ingatkan kami dah takkan alami keadaan macam ni lagi tapi rupanya macam-macam lagi yang ada…


Rumah II

Selepas hampir dua tahun menyewa, rumah yang kami beli telahpun siap dan boleh diduduki.
Sewaktu mula-mula berpindah rumah, saya ada berasa seram juga sebab teringatkan peristiwa semasa projek sedang berjalan, suami dan adik saya pergi melawat tapak projek, dan balik dari situ, kebetulan, adik saya demam panas hampir seminggu.
Walau bagaimanapun, kami cuma mengagak yang ianya berkaitan dengan kawasan tersebut yang terletak berhampiran dengan kawasan tadahan air hujan Lembah Kelang, jadi sudah tentulah ia agak ke dalam dan sunyi jadi tak mustahil ada juga hidupan lain di situ…
Kebetulan pula, sewaktu suami dan adik saya berjalan ditepi bukit itu, memang waktu remang-remang senja dan dah hampir Maghrib…

Terus ke kisah rumah kami ini; rumah di barisan kami ada dua, lebih kurang 10 buah rumah di setiap barisan, tapi waktu tu, dalam 5 rumah sahaja yang baru ada penghuni.
Awal-awal, Alhamdulillah walaupun rasa takut sebab di belakang rumah kami, masih kawasan hutan belukar, sebab kami barisan akhir, tapi saya cuba juga untuk beranikan diri sebab kali ni dah rumah sendiri.

Tup, tup, satu malam, lebih kurang pukul 12 lebih… saya sedang bersemangat mencuci pinggan mangkuk di dapur.
Suami pula di ruang tamu, menonton tv, jarak tak berapa jauh pun, anggaran dalam 3-4 meter dari tempat saya berdiri, tiba-tiba saya dengar bunyi ‘hihiiiiiiii’, sekali… masih berani sebab mungkin bunyi angin sebab memang kebetulan waktu itu saya rasa musim angin yang akan berbunyi ‘huhuuuuuuu’ macam tu…
Kemudian bunyi ‘hihiiiiiiiiii’ kedengaran sekali lagi dan bunyinya nak kata dekat sangat tidak juga tapi tidaklah terlalu jauh.
Saya terus menutup paip, cuci tangan alakadar dan berlari ke depan.
Suami macam tidak berapa kisah sebab sedang khusyuk menonton tv.
Saya terus mencari pen dan kertas dan saya tulis ‘tadi ada dengar bunyi mengilai, dua kali kat belakang… takut sangat ni…’.
Suami terus bertanya, macam mana bunyinya?
Saya menjawab dengan menulis lagi ‘hihiiiiiii… betul kat belakang… takutlah… macam mana ni?’.  Suami saya membalas, dah jangan takut, ini rumah kita, mana ada yang berani kacau…
Dia kemudian terus bangun dan membuat penyiasatan di dapur dan bilik belakang tapi…
hasilnya tidak nampak apa-apa pun…

Pada suatu masa yang lain, baik waktu siang atau malam, saya pernah terperasan ada bayangan melintas dari bilik belakang ke dapur… kadang-kadang nampak macam warna putih, kadang-kadang hitam…

Jadi, apa kami buat, kami pun pergi berjumpa seorang ustazah, dan insiden pertama, kata beliau, memang betul adalah bunyi Pontianak mengilai sebab ada dua ekor duduk di rumah kosong di sebelah rumah saya…
waktu itu, di barisan saya selang beberapa rumah, ada sebuah rumah yang berpenghuni, yang lain masih kosong termasuk di kiri dan kanan rumah kami.

Dan insiden yang kedua, kata beliau adalah ada benda yang dihantar dan ada yang memang asal usul dari situ…

Pada bulan puasa tahun yang ke-3 kalau tak silap saya… sebab kami dah tinggal di rumah tu hampir lima tahun, saya ada minta seorang kakak datang untuk menolong membersihkan rumah.
Semasa dia membersihkan bilik belakang di tingkat atas, dia terperasan seorang lelaki keluar dari bilik belakang yang satu lagi dan memakai baju putih… tapi dia tidak bertanya apa-apa sebab dia ingatkan suami saya…
Selepas siap membersihkan, dia turun ke bawah dan bertanyakan suami saya ada di mana, saya pun beritahu dia yang suami dah keluar sebaik saja dia sampai pagi tadi dan belum balik pun… dia diam…
Sekali lagi saya bertanyakan ustazah akan hal itu, dan menurut beliau, itu adalah benda yang dihantar dan sengaja menunjukkan diri…

Selama duduk di sini, ada beberapa insiden lagi yang berlaku dan ia datang dari dua punca… satu memang asal dari situ dan bercampur, sebab menurut sebahagian yang tahu tentang tempat itu, kami dapat tahu rupanya ada sebuah istana bunian di belakang rumah kami itu…
sekarang kawasan belakang rumah dah ada rumah-rumah banglo penduduk kampong di situ…
jadi kawasan tu dah tak sunyi sangat dan taman pun dah penuh dah pun…
yang datang dari benda yang dimiliki oleh orang ni.
ada sekali tu, adik ipar datang ke rumah dan dia ada menolong suami menyangkul tanah sebab nak alihkan pokok dari pasu ke tanah, tiba-tiba pinggang beliau sakit… dan beliau balik berubat rupanya ada benda mencengkam dan duduk di pinggang… dan datang dari orang juga… kalau nak bercerita tentang hal orang punya ni memang macam-macam tapi saya takkan bercerita lanjutlah…
cukuplah sedikit untuk pengetahuan, kalau manusia ada bersahabat benda-benda macam ni dan berniat suka nak jatuhkan orang ataupun nak kembangkan persahabatan dengan perkara-perkara ni, orang tak bersalah akan jadi mangsalah… semoga mereka-mereka ni dapat hidayah In Sha Allah.

Tapi, serius, kat rumah ni, saya memang ada dengar bunyi bertukang tengah-tengah malam, masa awal-awal ingatkan sebab orang baru pindah rumah tapi terlalu selalu…
kemudiannya pernah juga dengar bunyi guli dan barang jatuh atau dialihkan…
saya ada kawan yang ada ‘saka’ dan dia dimaklumkan kalau ada perkara bunyi-bunyi aneh yang mana kita manusia takkan buat pada waktu-waktu yang pelik, jadi sahihlah pembuatnya dari kalangan mereka…
kawan pernah terkena dan pernah siasat sendiri, abang beliau pada suatu masa dulu pernah duduk di rumah flat dekat Klang, dan pasti tingkat atas dan atas lagi dari rumah mereka tiada penghuni…
tapi abang dia memang tak tahu yang rumah-rumah tu tiada orang disebabkan bunyi-bunyi dan ada bau masakan…
jadi kawan saya ni pun ajak abang dia dan adik lelaki dia pergi sama-sama ke rumah tersebut immediately selepas dengar bunyi guli jatuh waktu tu…
Lepas tu sahih, memang tiada orang…
Selepas beberapa bulan, abang kawan saya berpindah sebab rasa seram dan bunyi tu memang tak pernah nak berhenti pun…

Hehe… ada lagi kisah rumah… tapi kali ini rumah mertua saya pulak…. tungguuu







4 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

kte kwn sy..klu bunyi guli o lesung batu besenye h...u raya...katenye la.. dlu msa menyewa umah d uni pon ad dgr jgk bunyi lesung kul 1 , 2 am tp wat xkesah je sbb sy dk blk bwh dpan dpur..dlm otak dk pk je myb rumah sblh tgh msk kot..besenye la stdnt lapo tgh2 malam..bla skrg pk2 blk mcm bangang je nk berlesung pg2..ahaha..klu kt kolej dlu byi guli bertaburan o alih2 perabut tgh2 mlm itu menda bese..wat xtau je..asl jgn gnggu kte sudah :)

intandayani said... [Reply to Comments]

bunyi guli tu da memang biase la..rmh yg sebelum rumah skrg mmg kerap sgt dgr bunyi tu..rmh yg skrg pernah la da tdo pastu terjage sbb dgr bunyi mengilai..tye hubby die pun dgr..tp wat xtau je sbb rse mimpi je kot

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

eeee..mengerikan.. tp suhaina ni kira kuat jugak la kan.. bertahun2 gak dok ditu... takpe, yg dihantar tuh biar Allah swt yang Maha Mengetahui uruskan.. yang penting kita istiqomh

p/s:tetibe mood ustajah jejadian

Capt Lalok said... [Reply to Comments]

eiiiiseram siut..turun naik segala bebulus...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...