Instagram : @peejburhan

calculating calculating.

hari ni memang takda pergi mana.
kat rumah je.
so konon nak buat kerja rumah la.
mengemas kasi bersih segala.
tak dapat weyh.
bangun je tidur. sempat basuh n jemur cadar je la.
nak letak hp pun tak dapat.
sebab Alhamdulillah banyak order cookies masuk.
tu yang tak sempat apa tu.

kawan whatsapp ajak sembang ke apa pun tak dapat aku nak melayan.
layan la. tapi elok aku reply. tengok last dia bagi was like almost n hour ago.
haaa lembab. nak kak nam pun tak best macam tu kan.

tau-tau dah petang je.
Mr.B pun dah balik daripada kerja.
last tengok dia yang dok mengemas macam biasa.
segala yang konon aku nak buat tu, dia yang buat. hik hik.

memang hari ni plan nak makan luar.
tapi tak tau kemana.
malas tempat orang ramai n bersesak.
taknak buffet jugak sebab tau bukan selera besar sangat nowadays.
so last decide ke festival city je.
dekat ngan rumah.
since dekat. so almost 7pm baru keluar rumah.
naik motor je senang. takyah pening jam ke, carik parking ke apa.


sementara tunggu Mr.B berkemas.
biasa la mesti nak cam whore.
selak2 rambut. eh nice.
terus snap n caption konon aku potong rambut.
huhu memacam komen dapat ada kata suka aku rambut panjang la.
kata rambut baru lawa la. sesuai la.
apa-apa aje korang ni.

mana ada potong la.
rambut aku kan layered. so memang depan ni pendek sikit.
selebih rambut kat belakang. nampak la pendek konon.
padahal dah ke pinggang dah ni.
ramai tertipu je. tadi facetime ngan noy pun dia percaya aku potong.
dia kata bestnyaaaa. hahhaha sian.
idok le.
laki ku suka aku rambut panjang. panjang ada makna tu. eh tetiba. haha.
sebab pernah tanya.

me : i rasa nak potong rambut pendek la. ok tak?
Mr.B : potong la. i ok je. macam macam pun i sayang jugak. i terima u seadanya.
me : tu la rimas. i rasa nak potong pendek la.
Mr.B : okayy *layan tak layan*
me : ye ahhh. i nak potong style macam mama tu. senang nak jaga.
Mr.B : haaaahhhhh? jangannnnn!
me : ehhh kata terima seadanya.
Mr.B : ye la. tapi jangan ah. rambut ama (mama) tu pendek tangat (sangat).
me : hahahahhahaha saje je. memang tak lah. kalau kurus takpa. i muka besar pasu tak sesuai pun.
Mr.B : moling tu bagi ite (kita) tu manjat (terperanjat).

hahahahaha saje je.
ye la cakap layan tak layan. saje la sakat.
rambut mama memang pendek abis la. kira 1-2 inch je ok.
mesti ringan kepala kan.
kalau aku muka runcing selamba.
ni kalau aku buat.
confirm rupa tomboy debab baru nak akil baligh ghupenye. eee takut.


taraaaa. masih panjang.
nway, kami makan di teppanyaki je
seronok la festival city ni.
tak ramai orang.
so takyah nak kalut rebut2 datang awal ke apa.

so lepas amik tempat n place orders.
harus la jalan2.
aku ke homes n harmony eyh kedai tu?
aku suka kedai tu.
barang lawa nak namps je semua.
laki ku memang malas layan benda2 macam ni.
so aku pusing2 situ. dia sibuk layan massage chair depan kedai tu.

tolonggggg. juling2 mata semua nak.
bantal lawa-lawa.
paintings pun lawa gilaaaaa.
aku dah la memang tengah carik pantings.
ni lawa nak mampos ok. range harga dalam rm300+ ada, yang rm600+ ada. wahhh lawa.
pastu pusing lagi. ahhhh pasu bunga pun lawa.
frame pun lawa, pokok artificial pun lawa, table lamp pun lawa!
aaaa nak semua plisss.
harga ok la not bad aku rasa.
serious terketar-ketar rasa nak memacam.
ikutkan rasa nak rembat 1-2 barang beli.
tapi memikirkan naik motor. agak2 la der.
nak bukak puasa pun kan. fuhhhh tak tahan.
sorry la orang yang dah ke arah makcik2 memang macam ni.
tak pikir sangat nak baju raya ke apa.
sibuk pikir barang nak cantikkan rumah.
apa motif tah. macam la ramai nau tetamu umah aku ni khennn.

then around 7.25pm turun bawah.
dapat air baru makan belum sampai.
then bf noy call tanya kat mana.
nak buka sama la tu. so ku ajak je join.
elok berbuka kami minum dulu n keluar smoke.
by the time masuk dah sampai makanan.


tak dok lama pun.
layu semacam je Mr.B lepas berbuka tu.
so terus balik. dah la dia sibuk suruh aku balik ngan bf noy.
supaya boleh dia rider sikit bawak motor.
kong ajar kan. nak cakap kira aku naik sekali motor tu takleh nak laju mana la.
keji doh. dulu bertahun kot dia pujuk aku jalan2 naik motor la apa.
dekat2 je la. aku taknak sebab aku tak suka.
now aku dah suka, dia lak kemain eksyen kan.
ah tak kira. nak naik sama gak.
seronok berangin.
pastu nanti kita orang dok jerit yeeehawwwww. banyak2 kali.
konon koboi sangat la tu. tah apa2.
orang dengan mesti ingat pasangan gergasi mana la yang sewel gila ni.

balik tadi aku terus mengadap buat trial.
ni relax kejap.
later nak start packing untuk postage later.
tapi perut lapar la pulak ni.
nak makan ah dulu.
kalau tak, kurang bermaya nak buat kerja.
ewah..

apa motif tajuk?
motif adalah dalam kepala dok calculate berapa kena ada kalau aku nak beli barang2 yang buat aku terliur kat kedai tadi.
fuhhh lap air liur.
takleh tahan.



3 Comments:

WaniGhani said... [Reply to Comments]

kan pija..bila da berumahtangga ni kehendak tu berubah..sok ko dah jadi mak lagiii laa...

jija said... [Reply to Comments]

Lawak je Peeja pasangan gergasi hahahhaha.....

Anonymous said... [Reply to Comments]

peeja Kaison pon best ..murah la barang dia n cantik..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...