Instagram : @peejburhan

time-time jerebu ni la busy

agak awal jugak la aku bangun hari ni.
ok mungkin untuk orang lain tak awal la.
tapi untuk aku memang awal sangat rasanya.
sebab memang ada appointment hari ni.
so gigih la bangun awal sikit.
pastu ada pulak customer 2-3 orang nak amik barang kat rumah.
aku nak kena amik stock ephyra lagi.
so kena membahagi masa sangat.

so siap apa semua.
tengah hari dah keluar rumah.
hoi teruknya jerebu.
dalam rumah pun berasap je rasa.
keluar lagi la. melampau jerebu nya.

so memula terus ke office oceanlife amik stock ephyra.


rutin biasa.
sementara menunggu dalam kereta harus la cam whore dulu.
then settle part tu singgah makan dulu.
kang awal sangat gerak sampai awal lak.
padahal appoinment after lunch hour.

selalu aku akan makan kat oldtown.
tapi dah sampai tahap boleh tahan muak la asyik makan benda sama.
so aku try tempat baru nama hayaki.
ok bukan la tempat baru, tempat lama dah ada.
aku yang baru nak try.
selalu pandang je tapi tak pernah rasa nak try.
sebab nama hayaki. apesal nama jepun kan.
tapi ramai je orang.
n konsep kedai tak macam jepun pun.
ok whatever.

makan sorang ni kadang rasa bangang pun ada.
biasa la kalau sorang kau macam tak tentu arah tujuan jugak.
so pilih2 seat.
ada seat bawah kipas aku pun tak paham apesal aku pilih bahagian canopy takdak kipas. cissss.
pastu takpa bebetul duduk mengadap tempat parking yang orang nak masuk tu.
macam kau tau kalau kau amik tiket n palang naik.
ye! aku duduk mengadap situ.
pastu aku terpandang la kereta keluar masuk abis apa lagi nak buat.
sekali aku tengok orang bawak lori dok semangat lambai2 aku.
aku dah la rabun. kat tempat makan aku bukak spec.
aku lagi tenung.
sekali masa pusing siap dia cakap hi sengih2.
eh tebiat ke apa.
dia tak nampak ke aku ni pun dah sama besar macam lori dia.
kot ye punnnnn..

nway, duduk situ terus teruja.
hoi apesal menu makanan menarik melampau.
mostly makanan kampung la. n timur rasanya.
ada nasi dagang. nasi kukus la apa semua.
suka suka.
siap tak tahan ada pulut santan n mangga tu.
tapi tak order la. kang tak larat abiskan. taknak ikut nafsu serakah sangat.
so aku order la nasi dagang ikan tongkol.
dah lama ngidams.

menarik. ok la.
tapi kuah ada sedikit manis la.
so kurang feel.
paling sedap nasi dagang mak jonet la buat. sebab banyak cili padi.
so siapa suka pedas sila kaup cili padi bebanyak. nanti kau makan la. terbaik.
selain dpd tu. aku suka nasi dagang kat kg baru.
lama tak gi sana la.
nanti2 nak pergi la sebelum bulan puasa nanti.
sini punya ok la. boleh di makan. takda la sampai takleh terima tekak ke apa.
tetap licin ku kerja kan.
air harus barli ais. melegakan tekak di kala jerebu ini.

sana sini pergi nak carik beli mask.
takda kan. habis semua. sobs.
tak tahan aku dalam kereta pun kuat bau dia.
perit tekak aku, sampai pening kepala.
pastu hidung sakit la. tau2 taik hidung berlambak n pesta sangat dalam tu. grrrrr...
terus call suami tanya dia ada tak mask.
sebab dia lagi la bawak motor. sian gila.
aku yang bawak kereta pun tak tahan. macam mana dia kan.
nasib dia kata dia ada mask. lega sikit hati ni.

then elok abis makan pekerja kat oceanlife bagi tau yang promo bag tu dah ada.
dia baru tau. so dia nak alamat n pos ke aku.
kebetulan aku ada lagi kat bawah tu. so ok la boleh je amik terus. takyah post.
nak post pun tak sampai hati aku. dekat sangat umah aku ngan office kot.
kalau dia post, kau bayangkan lagi jauh barang tu pergi lintas umah aku, pastu patah balik umah aku.
tak berbaloi betul.
kalau aku takda tadi pun, aku kata takpa la aku pick up je nanti. takda masalah.

then dah sampai time ku gerak la.
speechless.
memang aku rasa sepanjang hidup ni, ni jerebu paling teruk kan.
macam tahap kronik sangat.
kalau kat KL pun macam ni. bacaan baru 100++ macam mana la kat muar tu.
ish ish ish.


:: at duke ::

:: foggy at Damansara Perdana ::


Jun 24, 2013 | Uhukkuhukkk by peejburhan on Keek.com

panas toksah cakap la.
bahang kemain.
tapi sebab agaknya tebal jerebu cahaya matahari pun takdak kan.
ke aku je tak nampak?
aku basuh baju pun aku tak tolak keluar.
jemur area porch je.
konon xnak nanti bau asap la.
macam la porch tak kena asap. kah kah.

semoga cepat la berakhirkan jerebu ni.
nak keluar pun tak syok je.
why lama tak huhan eyh?
i miss hujan.




Ephyra Promo CLICK HERE
Pre-Loved clothes CLICK HERE

2 Comments:

WaniGhani said... [Reply to Comments]

Peeja..lepas u letak gamba ndagang hayaki kt ig tu trus aku google hayaki..heheh...kt shah alam adaaaa..ngeh ngeh..

memandangkan kau kata kuah tu sedikit manis maka aku nanti da decide nk makan nasi kerabu ayam percik...ada review ckp sedap.. hoho xsaba nak dating next week... =_=

oh ye portklang mlm tadi da 419..perit mata tau..

WaniGhani said... [Reply to Comments]

Peeja..lama aunty xupdate belog..is she okay?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...