Instagram : @peejburhan

tak sempat buat apa.

busynya cheq di hujung bulan ni.
sebab hujung bulan kan time orang dapat gaji.
so paham2 la.
semua nak beli barang. nak restock ke apa la.
dah la now ada promo kan. lagi laju la.
pastu ni nak raya. haaaaa.
biasa nak raya lagi ramai nak feeling lawa time raya.
ramai la yang beli n all.

nak menyiapkan trial tabita lagi.
aku kan ada pekerja buat trial tu. aka nonoy la.
tapi gila takleh harap.
dia nak kerja time tengah bulan tengah kering je ok. nak je aku sepuk.

hari tu awal bulan aku kata la trial nak abis.
punya la dia menegakkan konon nak buat kena ada mood la apa.
e eh macam tu pulak. suka kau la.
so aku la buat sendiri siapkan.
ok aku dah terel siapkan cepat. laju macam dia gak la.
rasa macam operator kilang sangat. hahahah.

tu takpa. tu takpa.
tetiba time tu tengah bulan kot.
tetiba dia kata eh saya nak tidur umah kau. tolong buat trial.
aku kata tak payah la. aku dah budget. barang takda nak buat trial.
dia kata abis mama kata kau punya dah abis trial.
hello nak tunggu kau ke. aku dah buat la hari tu masa habis.
sentap makcik tu.

then ni barang aku dah habis lagi trial.
tanya dia nak buat tak.
dia kata taknak. gaji dia dah nak keluar dah.
eksyen gila punya pekerja. back hand kang.
so aku la buat hari tu hadap sorang.

penat weyh. ni badan memanggil2 untuk di urut ni.
aku dah rasa betapa sedap urut kat kajang hari tu. urut tradisional.
aku rasa tak berbaloi nak massage kat spa ke apa bagai ni semua.
mahal lebih sedapnya 2-3 hari je.
urut tradisional badan kau best berbulan kot.
dah la murah. ikhlas je. kau bagi rm50 pun takda terkilan la.
berkerut2 muka dia kerjakan badan kau.
oh ada yang tanya aku contact number la. alamat akak tu la.
kau jangan la tanya. aku tak tau.
agen aku si huda tu. cakap kat dia nak pergi. nanti dia setkan time.
tau2 dia suruh jumpa dia kat tol kajang. dia bawak. heheheh.
so sweet agent i tu.

kan kelmarin aku update pasal ephyra aku bertenaga sampai kul bape pagi la apa kan.
gila kau aku stay up sampai subuh kot.
lepas tu aku buat entry projek iqra' tu. taknak tangguh kang aku lupa.
pastu tidur kejap.
pagi around 9am dah bangun.
sedar sebab laki kiss sebelum nak gi kerja.
aku nampak dia nak gi kerja pakai tshort thai ke apa.
e eh suka kau. aku kata ada pakai macam ni. sempat bebel tu.
dia kata aku tak gosokkan baju.
terus aku melompat bangun gosokkan.

ingat nak sambung tidur.
tapi sedar betapa banyak kerja nak buat.
terus bangun attend orang nak beli barang n all.
pastu around 11am aku keluar restock trial ephyra tu.
balik panaskan lauk hari before tu.
sambil buat kerja. later makan.
start kul 12pm aku dah start packing barang.


baru siapkan ni dah nak patah pinggang rasa.
then by the time siap packing semua dah pukul berapa.
relax kejap. reply segala orang dok hantar sementara aku packing tu.
time packing malas aku layan, sebab aku ni tak fokus. kang lain jadi.


pastu susun semua dalam bag.
baring kejap nak lena.
dengar laki dah balik. dia nak tolong angkat. mana larat aku.
eleh ngada . larat je. tah dia since aku masuk hospital.
dia tak bagi kan buat itu ini. so suka kau la.
so dengar dia balik melompat aku gi zohor jap. last minit.
pastu terus pergi post.

balik kepenatan sangat.
again nak tertidur.
sekali hp ku tak berhenti bunyi. uwaaaaaa.
so jawab la. then aku silent kan phone. tak kira nak tidur.
kejap pun jadi la.
sekali jonet lak dah balik.
so layan sembang.

pastu tetiba dia stress br lepas exam. aku lak stress dah berapa hari penat membuat kerja.
so plan lets karaoke.
so around 8ish kita orang gerak karaoke. hua hua.
lega sedikit rasa.
tapi tak lama la. kul 12 balik sebab esok ramai kerja kan.

then balik singgah makan lagi.
balik by kul 3am dah terbongkang. kepenatan.
ni tadi pun pagi bangun.
ok tak pagi sangat la. kul 9-10 gak la. kah kah.

ni nak merehatkan minda kejap mengadap blog.
penat asyik hadap email je apa semua.
ni tunggu customer lagi sorang nak amik barang.
then later nak keluar restock ephyra lagi.
ye minggu ni tiap hari ku pergi.
aku tak amik banyak 1-2 dozen je sehari.
mampu la pulak nak amik bebanyak sekali gus kan?
so nak tak nak kau patah la pergi balik hari2.
nasib dekat. kalau tak nangis.

ok la tu je.
sempat aku update lagi.
banyak entry tertangguh ni.
ok see ya later pipollll.



0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...