Instagram : @peejburhan

selamat hari bapa

tak tau pun sebenarnya hari berapa ni bila.
hari ibu tau la.
tapi aku tau la weekend ni memang hari bapa.
sebab memang sana sini kat fb la, instagram la semua pun la buat ucapan sana sini.
aku? tak ucap pun.
keji? agaknya la.
tapi rasanya kasih sayang ku curahkan mana mampu walaupun bukan on specific day.

kebetulan baru je last week hidup ku berkisar bapa ni.
ada satu petang tu aku lepak rumah setiawangsa.
duduk sembang ngan mama.
tiba-tiba papa datang bawal selipar dia.
n tunjuk kat kita orang.

papa : tercabut la tapak dia ma. hari tu dah gam kat kedai repair tu. tapi jadi balik. rasanya nak kena jahit la.

memang selipar tu tapak dah macam lidah buaya aku tengok.
selipar tu noy belikan few years back kot.

me : omg beli je la baru. nak jait-jait pulak.
mama : nonoy belikan papa ni. bagus selipar ni.
papa : papa suka selipar ni. selesa sangat. tebal kusyen dia. jenama apa ni? *sambil belek2* haaa camel active.
me : ye tak kisahlah. beli je la yang baru. dah berapa tahun kot. dah tiba masa nak rosak tu.
papa : kau nak belikan papa ke? *angkat-angkat kening senyum simpul.
me : ye nanti beli. baru berapa je. rm80 macam tu.
mama : haaaaa? mana ada rm80 selipar macam ni. seratus lebih ni.
me : ye ke. bukan rm80 ke? *terkejut kejap. sebab ingat bawah seratus. dah confident nak belikan ni kwang kwang*
nonoy : seratus lebih la saya beli dulu.

*gulp*

pastu mama pulak bersuara.

mama : mama punya compact powder dah abis la noy, noy ada nak bagi mama?
noy : ok nanti noy bagi.
mama : ye la.
me : amboi suka.
mama : noy ada banyak. macam-macam dia bagi mama.
me : memang la. dia selalu beli. rasa tak sesuai dia bagi pija jugak. pija dah berapa lama tak beli make up dia asyik bagi je.

papa : ma tempat air panas belakang tu siapa beli dulu? noy ke?
mama : mama la beli.
papa : oh ingat noy. dah rosak yang tu.
mama : mama la. rm200. kenapa?
papa : takda laaaaa

noy : hoiii, ni hari memintak sedunia ke apa ni?

ketawa papa n mama.
melampau sangat kan.
sekarang ni tektik dorang asyik la bagi hint hint.
kah kah kah.

so berapa hari lepas tu.
aku keluar. aku belikan papa selipar dia.
camel active. try kat kaki aku.
memang kaki kami size hampir sama. beza sikit je.
so takda masalah if nak belikan papa.
betul cakap mama, harga selipar tu rm159 tak silap.
takda makna rm80 pija oiiii.

takpa.
then hari tu aku berjalan ke bukit bintang.
so singgah la ke h&m.
pusing-pusing tengok apa boleh beli.
tengok ada boxers. terus grab untuk papa.
teringat dah sekian lama dia ngadu boxers dia getah dah loose.
dia bukan mintak mahal pun.
dia minat boxers bongok yang aku buat pakai kat rumah.
aku beli kat FOS. tapi aku takda masa nak ke FOS tu. so tak la beli2 untuk dia.
takpa. sementara yang H&M ni kita beli dulu.

then esoknya semangat balik setiawangsa nak bagi kat papa.
senyum meleret papa bila nampak aku belikan dia barang.
dia kata tunggu kejap. dia jemur baju. solat isyak.
then keluar terus dia try selipar dia.
aku suruh dia janji, tolong la buang yang lama tu.
dia kata buat apa buang elok lagi. tapak je boleh repair tu. T_________T

papa daripada muda suka pakai cap.
sekarang cap kegemaran dia cap tropicana life yang dia dah beli mau 6-7 tahun lepas kot.
lusuh dah. dia dok pakai n basuh.
noy belikan cap ralph lauren, gap apa bagai.
dia tak pakai pun. dia kata sayang.
ye tu la papa. cermat pakai barang.
hari tu masa wedding izza kemain dia pakai kasut kulit.
lama tak nampak dia pakai macam tu.
selalu dia akan pakai selipar camel dia tu, or dia akan pakai sneakers.

me : amboi kemain kasut.

kasut leather warna brown.
berkilat sangat. maklumlah askar kan.

papa : kasut lama. bagus lagi. kasut ni papa beli awal 90an.

gila lama kau!
dekat 20 tahun.

nway sambung cerita pasal hadiah aku bagi tu.
later aku sembang ngan mama.

mama : happy la papa kau belikan tu. terima kasih yea nak.
me : ala takpa la.
hari tu pija duduk-duduk teringat masa pija kecik.
macam-macam benda mahal pija mintak papa.
nak roller blade la. orang pakai yang biasa. pija nak pro elite
harga rm200+
lepas tu pakai sekejap, ikut orang. pija mintak nak yang rm600 pulak.
eeee papa dah la gaji bukan banyak kan. kita bukan senang pun.
tapi papa belikan je.

mama : tau takpa. mama marah sangat.
dia sayang sangat kat kau.
daripada baby dulu. anak lelaki dua orang dia tak heran.
dapat kau. dia punya jaga la.
kau tak pakai pampers kau terberak dia sangguh tadah la taik anak dia.

me : hehehhe.

mama : pastu masa kau mrsm.
tiap minggu dia nak pergi tengok kau.
kau nangis je call, dia nak pergi tengok.
mama kata jangan la. sekali pergi mau rm300 habis.
ye la duit minyak, tol, keluar beli barang stock makanan kau, pergi makan.
sebulan dah berapa.
ish bapak kau tu la.
kemain dia sayang anak perempuan dia.
tu yang dia tau anak dia ada bf dia terus jatuh sakit tu.

sedih pulak mendengarnya.
dan terpikir eee betapa jahat n tak bertimbang rasanya aku dulu.
kalau nak tu. kena gak belikan.
tak terbalas jasa mak bapak membesarkan kita ni kan.
so sekarang, mana yang termampu untuk beli n tolong, kita tolong la sesikit kan. :D

aku ni memang tak berapa reti nak meluahkan perasaan sangat.
tapi padahal aku la paling sensitive sekali hati ni.
baru tak jumpa bape hari dah rindu apa bagai.

i love u daddy. n mommy.
walaupun fathers day. tetap nak cakap i love u mommy jugak. hua hua.

*eh stop la. kaki aku sakit. milky ni nak panjat katil nak tergolek berpaut kat kaki aku ngan kuku. woiiii bisa*



7 Comments:

farra8979 said... [Reply to Comments]

sama ngan me parent.. skrang bagi hint2 jer kalau nak minta pape, hihihihi... miss them so much...

BEA.Xaeren. said... [Reply to Comments]

kak peej..tetiba rasa tersentuh baca..pastu nak nanges..boleyyy??? btw, daddy saya meninggal tahun lepas.. saya mmg rapatttt sangat ngan daddy.. sebab tu bila baca ni memang touching sesangat..

Happy Father's day to papa kak peej!
Semoga ceria-ceria selalu,ye.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

betul la, banyak betul jasa & pengorbanan mak bapak kita dari dulu kan. ni kalau father's day ke birthday abah kita ke, selalu xtau nk beli hadiah apa. sebab abah kita tu kalau nk apa2 dia beli sndiri. jadinya nmpk mcm semua brg yg dia nk, dia dah ada. memikir jugaklah nk beli tu haha. ok happy father's day kpd smua bapak2!! haha

Anis Ismail said... [Reply to Comments]

You are so sweet,your parents are sweet too...you have a nice family and may Allah bless you guys always.

Salam from kak Anis

Anis Ismail said... [Reply to Comments]

You are so sweet,your parents are sweet too...you have a nice family and may Allah bless you guys always.

Salam from kak Anis

Softtouch [Hanim] said... [Reply to Comments]

uwaaa sedihnya.....sy nk bg mak abah brg mahal2 mmg xlah peej....bagi setakat mampu..pastu bwk jln2....cuti sama2 wpun duk dlm satu bilik...Alhamdulillah asben xkisah....lg satu bwk depa p kenduri kawin ke....sian nk bg abah drive sgt...

Abahsy mcm papa peej...dulu2 apa yg sy minta semua dia kasi...

Masng2 ada cara yg tsendiri mcm mana nk bahagiakan mak n abah msg2 kan.....
E


Taty Hasbi said... [Reply to Comments]

tetiba rasa sedih pulak bila baca part yg papa akak ckp sayang ngan suma brg yg noy blikn smpai tanak pakai. Bapa sy pn mcm tu. Last year sy ada blikn dia seluar slack 2helai, Padini ngan Polo.Aritu msa blk kpg sy ada tnya kenape x pakai seluar slack yg sy blikn tu, dia ckp sayang.OMG, rindu pulak ngan bapa..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...