Instagram : @peejburhan

Projek Iqra' : Shopping Raya 2013

Tak lama lagi dah bulan Ramadhan.
Lepas sebulan puasa akan raya pulak.
wah apa kena puasa pun belum tiba-tiba aku nak cerita raya kan.

ok sebenarnya nak cerita pasal Projek Iqra' ni.
aku di approach oleh kakak senior ku from mrsm ni, Kak Sherry (Sharifah Sharina)
dia bagi tau pasal Projek Iqra' sempena hari raya nak datang ni.
dorang anjurkan charity event, Shopping Raya 2013.
since korang mesti macam tak tau apa Projek Iqra' ni?
marilah ku ceritakan serba sedikit n apa projek Shopping Raya 2013 ni.
ku tengah rasa memacam ni. excited ada. sedih pun ada.
aku ni nowadays sesikit pun nak sensetif.
ye la bila tadi spend masa dok baca memacam kat website Projek Iqra'.
tengok pics n video. sebak semacam pulak.

Projek Iqra' adalah persatuan kebajikan.
nak tau macam mana dorang ditubuhkan boleh tengok kat website yea.
tu nanti aku share.



so sempena Projek Shopping Raya 2013 ni, Projek Iqra' memberi peluang untuk sesiapa sahaja menaja wang atau menyumbangkan tenaga, masa dan minyak kereta untuk meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal.

ada 4 buah rumah anak yatim dari 4 buah negeri yang terlibat untuk tahun 2013 ni.
melibatkan 266 penerima yang terdiri daripada anak yatim, anak yatim piatu, anak faqir miskin dan ibu tunggal dengan anak OKU.

Rumah yang terlibat tahun ni ialah.

  1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur)
  2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor)
  3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan)
  4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah)
So semua penghuni rumah akan dibawa untuk rasa kemeriahan shopping sempena nak sambut hari raya. *ish type ni pun aku sedih. syukur tak terhingga aku dibesarkan ada ibu bapa. dapat rasa kemeriahan ni. tsk. tak semua orang beruntung macam kita kan*
ok sambung. 
so dengan adanya Projek Iqra' ni dorang akan di bawa membeli belah di Pasaraya Besar Tesco Ampang, Tesco Nilai dan Tesco Alor Setar.
Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana pulak akan di bawa membeli belah kat Mydin USJ.

So ini yang paling penting ni.
sila baca! *wah tetiba garang kenapa siap ada tanda seruan kan.*

Terdapat 3 cara macam mana korang boleh menjayakan projek ni.
  1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan Rm188.
  2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk sertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang akan di maklumkan.
  3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang yang tau. *aku lettew. haaa nanti entry ni akan keluar kat fb n ke twitter aku. apa lagi sila share. tak pun korang boleh copy paste n buat entry kat blog korang kan. :D *
ok meh terangkan.
kan tadi earlier aku ada mention yang tahun ni sebanyak 266 orang yang terlibat untuk di taja.
so if rasa nak taja sorang. so korang boleh beri sumbangan sebanyak RM188.
if rasa nak taja lebih daripada seorang pun boleh. darabkan je la dengan RM188 tu. :)

sukarelawan tu pulak macam let say korang maybe tak rasa nak taja wang ringgit.
u can always jadi sukarelawan.
tugas sukarelawan wajib umur 20 tahun ke atas. ada kereta n bawak co pilot sorang.
tugas ialah kau akan ada anak2 bawah jagaan korang. duit peruntukan akan di beri.
so kena la bantu anak-anak ni ke lokasi shopping (ngan kereta korang), bantu dorang shopping, assist apa patut n hantar balik ke rumah.
gituh la.
tapi if let say korang dah taja anak2 tu, tetiba rasa nak jadi sukarelawan jugak pun boleh aje. gituh.

oh satu lagi yang di perlukan ialah.


so bawah ni aku share website apa patut.
mana nak tuju n all.

website Projek Iqra - CLICK HERE.

more info pasal Projek Shopping Raya 2013 dan macam mana nak taja anak2 ni - CLICK HERE

more info pasal Sukarelawan n if korang berminat nak jadi sukarelawan - CLICK HERE

if berminat nak jadi sukarelawan jadi photographer n videographer - CLICK HERE.


ni tarikh n venue Projek Shopping Raya 2013

1. Rumah Gemilang, Sik (Kedah) akan membeli belah di Tesco Alor Setar pada 20 Julai 2013.

2. Pertubuhan Kebajikan Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri (Kuala Lumpur) akan membeli-belah di Tesco Ampang pada 27 Julai 2013.

3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan) akan membeli belah di Tesco Nilai pada 27 Julai 2013.

4. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor) akan membeli-belah di Tesco Nilai pada 27 Julai 2013.


nak tengok laporan projek Shopping Raya 2012 boleh CLICK HERE.

ok tu je info.
selamat beramal.





3 Comments:

sherrina said... [Reply to Comments]

Terima kasih. Moga ramai dapat ambil peluang membantu mana yang mampu :)

mamamya said... [Reply to Comments]

omaigodddd...god sent sungguh! thanks so much peej, sy mmg dah niat kalau ada urusan yg mmg kita nakkk sgt tu settle nak sumbang or derma pape...alhamdulillah urusan dah pun dipermudahkan ...dah niat kena la buat ye tak? kira nazar la jgk ni kan..so mmg tcari2 la tempat utk buat sumbangan :)

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah.... jom kita...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...