Instagram : @peejburhan

melayan junit kesayangan

sebelum start cerita.
nak bagi tau. selamat sakit mata tengok watermark bersepah aku ni yea. hua hua.

seronok last week sebab jonet melepak di rumahku lama.
kembali ke zaman dedulu.
lepak sesama lama-lama.
sekarang jonet jarang dah dapat lepak lama.
nanti bising parents dia asyik lepak ngan aku je.
so if datang pun mesti dia datang petang or malam.
tidur semalam. esok aku tak sempat bangun tidur dia dah gerak. 
tak puas je rasa.

so hari tu dia ada volleyball tournament kat HAT mizan.
maka best la diri ku ini.
noy pun lepak sekaki. 
kembali ke zaman muda-muda.
suami kita lupakan sebentar. hua hua hua.


jonet nak pavi.
sebab since few months back ajar dia makan chocolate volcano tu.
terus dia tak keruan.
boleh tak dia sampai tahap kawan dia datang KL
dia mintak tolong belikan n bungkus bawak balik.
tapi benda tu kan ada ice cream. dia kata takda ice cream pun takpa.
tapi la bodega kata tak boleh sebab tak tau nak charge macam mana.
n memang tak pernah orang pack.
gituh.
gigih pulak dia google resepi macam mana nak buat.
hahaha lawak je jonet ni. parah gila.
so masa datang hari tu.
memang wajib pergi la bodega.
ok la lets ke pavi.

tapi since tak makan apa lagi pun hari tu.
kita orang pergi makan kat teppanyaki dulu.
sedapppp.
pastu semua pun takmak.
siap amik side order.
rasakan lepas tu nak bergerak pun seksa ok.
noy lak pakai seluar ketat melampau.
sampai berbirat ok perut. kah kah.




:: side order. sirloin steak. heaven ::


salmon.
ni wajib ada ok. sedap.
tapi sirloin pun sedap.
rugi tak amik dedua. so mari tamak. hua hua hua.
noy pun order yang sama macam aku.
jonet je amik lain. dia amik chicken n sliced beef tak silap.
haha pun tamak amik 2 lauk.


suka buat muka jahat tau perempuan ni.
then lepas makan pergi singgah mac.
sebab nak beli lipstick.
tapi color yang nak dah habis.
pastu aku beli russian red balik.
yang lama kan noy pinjam n terus suka n buat harta.
tapi dia ganti la. aku beli lady danger tu.
lady danger tu lawa tapi certain time aku rasa macam badut lak rupa aku.
hua hua hua.
russian red gak klasik sangat.
so harus beli again.

then ngan perut ketat tu gigih jalan pergi h&m.
semua nak pergi.
ok jom.
hoi mengah acik berjalan.
tolong la aku ni paling la tak cergas.
baru sikit macam tu dah rasa gelap dunia.
nafas macam kerbau je. kah kah.

tapi semua bertukar menjadi indah bila dah sampai sana.
sedar tak sedar penuh je shopping bag tu.
tapi suka sebab murah melampau je mostly semua barang kan.
then lepak depan smoke kejap.
sembang2 total shopping masing2.
aku n jonet amount sama. ok la kan.
aku rasa aku macam beli kali ni over.
tapi bila sama rasa ok la.
sekali muka noy terkelat2.
kita orang dah macam. eh kau shopping berapa?
dia taknak bagi tau.
tau aku suka bebel kat dia kot.
total dia dua kali ganda ok. gila babi.
tapi dia kata dia shopping seluar banyak.
ok la di maafkan. sebab seluar memang mahal sikit la.


shotonk melampau perempuan ni.
baju yang dia pakai tu dia baru beli sehari sebelum tu kat mng tak silap.
eeee. tak dapat di tolong minah ni.
dah la jenis pakai sekali 2 taknak pakai dah. saiko.
ni aku bebel kat dia suruh dia snap pic mana taknak.
bagi aku nanti aku jualkan kat blog.
ada sesiapa nak?
semalam dia ada la hantar few pic baju dia. mostly baju tradisional la.
nanti aku update.
tak lengkap lagi. aku suruh bagi semua baru aku update.
kosser nak update banyak kali khas untuk dia.


bff sangat. since 1996.
jonet lawak takleh blah.
sebab kita orang suka tanya ok tak kita orang pakai macam ni.
macam tu. dia akan sentiasa cakap ok je. lawa je.
macam tah apa2.

pastu berjalan bertiga noy cakap la.
kita ni paling la lain2 style kan.
kita takda style tertentu. pakai je apa boleh.
sekali jonet, "jangan la. saya paling la takda ikut trend ke apa. janji saya suka. konsep saya lagi nampak macam homeless lagi best."
saiko kan perempuan ni?
orang nak rupa lawa ke apa. dia nak rupa homeless.



tengok la tu.
orang baru nak feeling amik few pics. dia dah hilang.
pastu gelak2. kata buat apa nak banyak2.

pastu ada benda lawak lagi.
noy tetiba datang kat aku cakap slow je.

noy : pijaa. kalau macam jonet tu tetek dia ada ke keluar susu.
me : takda! kau ni kenapa.
noy : abis tu kat baju dia ada stain. kat area nipple. saya ingat susu.
me : perfume ke apa kot.

pastu sambil berjalan nak ke pavi balik.
aku bagi tau la.
pasal noy gila tanya adakah tetek dia keluar susu.
yang jonet dah paranoid.
aku jalan paling depan.
tetiba dengar noy jerit n gelak2 marah2 jonet.
aku dah macam kenapa?
noy kata jonet dok belek tetek dia sambil sapu2 la apa.
dah nampak macam perempuan apa pegang2 gosok2 sambil berjalan.
hahahah ok itu lawak. nasib aku tak nampak.

jonet kata baju ni padahal hantar dobi.
agaknya kena softener ke apa la kot.
hahaha sian.
lepas tu terus dia paranoid tak tenang.
later siap tukar baju kat toilet. gilo.

then shopping kat forever 21 pulak.
lepas tu akhirnya mission untuk makan chocolate volcano kat la bodega.


order 2.
kongsi2 la.
sekali dok makan jonet kata aku rasa macam kena order satu lagi je.
dia sorang boleh habiskan ni.
saiko pentamak.
aku kata takyah. makan la sorang.
aku share ngan noy.
gila kau kenyang makan teppanyaki pun tak abis.
memang terbaik la.

cibs la.
tengok balik pics2 ni semua.
aku lak rasa nak makan lagi.
tapi nak merempuh pergi pavi tu malas.
ngan jam. ngan parking kemain hazab nak dapat.
aku hanya akan pergi if orang ajak.
sendiri drive pergi memang tak la.
kirim salam.



5 Comments:

Capt Lalok said... [Reply to Comments]

lawak lah korang bertiga..takleh blah noy..otak mereng..hahahaa.memula dulu masa tgk kat TV3 jonet tu..ololo..lumbut..malu2..sekali baca kat sini..perrghh gila lawak saiko.

peej, Noy tu cute kan..tgk gambo dia..fotogenik,nasib xde adik laki..kalau tak kenen2kan dah..hahaa

btw, semoga bahagia....

Aimi Laili said... [Reply to Comments]

tergelak tak boleh blah baca part jonet belek2 baju kah kah kah .

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

aku paling xleh tahan ngan nonoy ni tau. dia sukaaaaaaa macam ni. yang jonet tetiba nak ada susu tu kenapaaaaaaa????? hadoiiiiii

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Aku salute ar cara jonet, educated n bekerjaya tp x berlagak. Berkawan pulak dgn adik beradik yg sempoi, seronok je tgk hubungan korang. Hope berkekalan selamanya.

MummyMatters.com said... [Reply to Comments]

cantiknye noyyy...menurun cun tu kat anak aku pls...haha..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...