Instagram : @peejburhan

korang macam mana?


tadi masa aku update entry tadi.
jonet ada balik kejap lunch break.
oh dia dah ada kat umah aku since isnin.
sebab dia ada course kat HAT Mizan. dekat ngan rumah aku kan.
so tumpang tidur sini. ok aje.

so tengah aku gigih update jonet tanya.

jonet : kau dah tak payah tengok yea? kau dah hafal ke huruf semua kat mana?
me : apa keyboard ke?
jonet : a ah.
me : a ah hafal. kenapa? kau tak ke?
jonet : *buat muka cebek sambil geleng kepala*
me : entah aku hafal la. sebab dah berapa lama kot aku blogging ni.so selalu sangat so dah tau la huruf semua. cuma kalau symbol semua ni tak hafal sangat la.
jonet : bagus la kan.
me : senang la. sebab sama je kot. kita punya hp semua qwerty keyboard.

tapi ye la.
dia doktor kot. dia bukan mengadap computer 24/7 macam aku.
dia pun bukan jenis minah gossip ke apa yang gigih 24/7 ngan hp dok chatting ke. twitter ke apa.
so boleh jadi la.
then terkagum jap.
ye la. ingat lagi dulu tengok mama type.
pakai semua jari tak silap.
yang aku pakai 2 jari tunjuk je time tu.
mama kata mama belajar jadi typist dulu. ada course dia.
ooo gituh.
so dia kata memang memula masuk kelas kena hafal huruf kat mana bla bla.

then kawan mama ada ada datang. anak dia pakai pc kita orang. pakai 2 jari tunjuk gak type.
dia gelakkan. eksyen la sebab dia macam mama gak terel.
pestu dia tanya aku aku pakai berapa jari. aku eksyen sebab time tu aku dah pakai 4 jari. hahaha
jari tunjuk n jari hantu. bongok gila.
tapi now ok la.
aku takda la guna semua jari all the time ke apa.
tapi so far rasanya 8 jari kot.
jari ibu aku tak sure aku guna ke tak. macam tak.
tapi ok la dah tak perlu tengok keyboard la time type.
tapi kadang terbabas gak typo.
tu masalah jejari gemuk namanya.
hahaha.

korang macam mana?
esp yang blogger la.
kalau korang memang kerja typist or secretary ke apa tak kira la.
tu memang korang terel kan.
i mean yang orang biasa macam aku la.
wah sedih gila bunyi. orang biasa-biasa katanyer.
nway, ada tak peningkatan?
ke sama macam memula zaman dulu.
ke sekarang koranglah juara siap boleh masuk pentandingan. wah gila over kan.



10 Comments:

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

i PA so menaip tak tengok keyboard tu memang terror laa kan...

kadang2 sambil menaip mata mandang ke tempat lain.. kawan2 yang tak terror menaip kadang2 terlopong tengok kita menaip..hahaha...

kalau sesiapa amik kursus secretary memang diajar untuk menaip... ni pun menaip tak pandang keyboard pun..hahaha..

jari telunjuk kanan mesti diletakkan kat huruf J dan jari telunjuk kiri mesti diletakkan kat huruf f

budak2 secretary mesti tahu sebutan ni, asdf;lkj

sorry peej, nak eksyen kejap yer..hahaha....

Shafinas Hanum Mohd Yusoff said... [Reply to Comments]

disebabkan akak seksateri,harus lah semua jari pakai kan. masa belajar dulu siap kene ketuk jari kalo salah..ohh ngeri..

/kak finas darlingtabby

Filla said... [Reply to Comments]

Aku tak kira, nak belagak gak.. aku guna 10 jari.. takat type tu pejam mata je... muahahha.. ko nak jadi blogger tegar, meh aku buat kursus 2 hari je.. konpom pasni ko update blog 2 jam sekali..hahahahahahhaah

WaniGhani said... [Reply to Comments]

peej..aku training baik punye..lepas SPM terus hebat..type mcm graduan berjaya..training free je

kat MIRC!! Kahhhhhhh......

Aimi Laili said... [Reply to Comments]

a'ah betul kalau kita biasa menaip ( blogger ke, takpun time mirc dulu chatting ke kan ) mesti type laju, & dah hafal kedudukan huruf.

Nak-nak kalau siapa terjebak main kuiz kat mirc, type mesti kene laju sebab nak menang haha.

Kita type guna 4 jari,
tangan kanan -jari telunjuk & ibu jari( ibu jari dekat space bar je),
tangan kiri- jari tengah dengan ibu jari juga.(ibu jari standby dekat shift & ctrl ekeke.

nak cuba type semua jari rasa mcm makin lambat pulak ( sebenanrya tak reti) haha

cik chinta said... [Reply to Comments]

ade la pningktan. Sejk wujud blog n fb. Kih6

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ha a boleh taip xtgk huruf kt keyboard sbb dr sekolah guna komputer pastu suka taip cerita and blogging. jari dah tertune scr xsengaja.. lolx

miszme_ieda said... [Reply to Comments]

same here. orang biasa jugak haha. tapi type pun boleh pakai 8 jari. jari kecik dengan ibu jari tangan kanan je tak pakai. so, jari kecik tu macam terangkat gitu je. hehe. cacat ke apa tatau la tapi dari tadi dok perati je menaip macam tu je terangkat. selama ni tak pasan pun.

maybe faktor sebab selaluu last minit buat asignment ke apa. so, kena pantas itu yang jadi otomatik type pakai banyak jari.

sekarang ni berblog sambil nak buat report semua so, jadi terbiasa la type banyak jari. senang. kalau bergosip thru the net pun laju. hahahaha... itu motif sebenarnye.

Patricia Charles said... [Reply to Comments]

@NenetPenne (NP)
aku pun nak berlagak kejap, kita kan amik course Secretary ni dlm sbulan gerenti dah hafal dah keyboard kankankan?

asdf jkl space space hahahaha

linda said... [Reply to Comments]

Kita agak hebat jgk type tanpa tgk kibod. Hasil dr jaman2 chatting dolu. Hiii

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...