Instagram : @peejburhan

kerenah kekucings ku.

did i tell u guys yang ceceh adalah super manja ngan Mr.B.
of coz i did.
nway, ngan aku dia eksyen.
dia sayang Mr.B je.

so dia ni selalu suka tidur je ke. malas nak dekat ngan kau ke apa.
tapi bila Mr.B balik je daripada kerja. terus dia akan bangun daripada tidur dia.
mengiau2. pastu tunggu depan pintu.
Motor Mr.B ada bunyi brake tu tau. macam eeeiittt..eittttt.
so dia memang tau la abang dia dah balik la tu.

so dia memang akan tunggu.
masuk je kemain ngiau2 leseh2 tah apa mengadu. menyampah gila.
laki ku pun layan la ke dapur bg makan ke apa.
padahal ada je makanan.
sambil jalan kemain sembang berdua tu.

so ada satu petang ni laki ku balik.
aku cecepat keluar sebab tak bagi dia masuk.
nak pesan suruh belikan nasi ayam kat atas.
laki aku kata jap, biar dia sapu depan kejap.
biasa la. dia memang over rajin.
aku masuk balik dalam. panas gila kot.

masuk je tengok ceceh dah ada depan pintu.
e eh dia ni. tau aje Mr.B dah balik.
aku sambung buat kerja. memang tak pikir dia la.
pastu after 10 minutes dengar la motor start balik.
agaknya laki aku dah nak keluar belikan pesan aku tadi la.

tetiba ni ceceh lalu belakang aku sambil ngiau2 tak bermaya.
macam kecewa sangat la bunyi tu. macam membebel n mengenang nasib diri sangat bunyinya.
hahahah kelakar lak aku rasa.
ye la dia semangat la berlari then tunggu.
sekali tak dapat jumpa abang dia dah keluar balik.
emo lettew.
funny cat.

aku continue la aku online.
later tu laki ku balik.
haaa kau dia muncul balik.
berlari dia tunggu depan pintu.
pastu seperti biasa masuk je terus bermanja2.
eeee mengada gila.
ngan aku takda pun begitu.

apa-apa la ceceh.
i still lebiu.

tu takpa. tu takpa.
aku memang plan nak spay kan kekucing ni semua.
tapi since ceceh still bf babies dia. so nanti la.
n kekucing lain kan baru 4 months ++ macam tu.

sekali aku ternampak baru2 ni si RiRi dok tertonggeng2.
aku macam eh takkan kot.
tapi dia ni memang daripada kecik badan kemain melentik2.
rasa nak babap je bontot.
tapi ni lain macam.
sekali 2 hari lepas tu dah start on heat.
tergolek2. bontot angkat semua.
tu takpaaaaa!! sekali aku tengok si milky pergi n mula beraksi.
whattt??/ korang kecik lagi kot!!
dah la adik beradik.
sumbang mahram sungguh la weyh. bongok!

terus aku google umur berapa sebenarnya kucing on heat.
bila boleh spay sebenarnya?
setahu aku memang 6 bulan baru dorang reti.
kira 6 bulan umur kucing adalah macam umur remaja untuk manusia la.
aku pernah spay kucing aku. tapi mesti 6 bulan tak silap.

so aku google banyak.
still tak jumpa jawapan yang aku nak.
aku memerlukan dorang untuk tidak melakukan depan mata aku.
tu takpa. kang preggy kang.
mampos ok. now pun dah ada 6 kucing.
lagi aku ada google n jumpa orang kata if kucing umur macam RiRi ni preggy.
it is not healthy sebab ibarat budak perempuan umur 9 tahun dah mengandung. get it? get it?

terus kecemasan aku whatsapp kat iz yahya.
dia kan crazy cat lady.
so apa2 berkenaan kucing aku akan tanya dia dulu.
Insyallah dia tau la selok belok segala.
pukul 4 pagi aku kacau. ahaha padan muka.
dia jawab sebelum subuh gituh. bagus.

dia kata memang ada yang on heat by 4 bulan.
tapi sangat jarang.
n berita paling gembira aku dengar adalah dia kata 4 bulan dah boleh spay kucing.
as long as berat dia dah lebih dpd 2 kg. fuhhhh lega weyh.
dulu aku spay kucing pertama kat hospital kerajaan.
so syarat kena 6 bulan n berat lebih 5kg ke apa. lupa la.
yang kat vet biasa dulu memang tak tanya.
sebab tau umur kekucing dah lebih.
n takda lak dia check lelain. so ok la kot.

so esok aku akan bawak 2 ekor tu jumpa vet n tengok apa boleh buat.
cukup la apa yang ada ni weyh.
settle tu. nanti aku nak bawak ceceh n mochi pulak.
biar semua spay.
yang Mr.B bising, dia kata kesian la apa.
aku kata takda la, dalam islam pun hukum dia harus.
terus dia diam.
bagus.

tapi pitam kejap iolls membayangkan kos nanti.
sekor kucing dah berapa kan.
belum masuk lagi ngan charge dorang boarding.
takpa la janji bahagia.

aku bahagia tengok muka dorang hari2.
bahagia tengok kerenah dorang.
walaupun kadang ada rasa nak tempeleng n bisa bagi aku high blood pressure.
anything for u kitties.
lepas sapay harap semua debab seperti tuan ye.

ni pics dorang aku share ye.



:: ceceh's baby ::


:: mochi the menace. seboleh nak gak masuk kat plastik sempit. time ni aku busy mempacking barang nak post. dia pun busy body kemain ::

:: nasib reti letih. kalau tak penat aku nak packing barang sambil berkungfu menepis kucing2 ni mengacau tau ::


salah satu hobi dorang.
orang sibuk nak beraks.
dorang sibuk nak meneman.
everytime!
ada yang tanya apesal aku tak tutup pintu.
well aku sorang kot kat rumah.
pedulik hapa terbukak pun kan. hahaha.
kadang aku rapatkan. tak selak la.
pandai lak tu tolak. hahahha.
suka kot. amik bau katanyer. hahahahahahahhahaha.

:: RiRi n milky ::

ni la sumbang mahram tu. hahah.
tolong la milky ni manja sangat.
dulu masa memula amik dia la paling penakut.
laju-laju dia akan lari nyorok bawah tv cabinet ke, sofa ke.
now dah ok.
dia takda la manja datang meleseh ke apa.
tapi if dia datang dia pandang je.
then kau amik dia peluk macam baby tu.
dia akan baring je situ tak bergerak. dia lembikkan badan dia lagi ada. manja gila.
pastu penat aku letak kat peha time bersila tu.
dia baring je la situ sambil kau buat kerja.
nanti aku yang penat kaki. alihkan dia.
dia akan duduk serapat mungkin ngan kau. awwww melt.


eee comel kenit geram penyetkan dia.


Ephyra Promo CLICK HERE
Pre-Loved clothes CLICK HERE

3 Comments:

linda said... [Reply to Comments]

Hahahhah... kami pun kalo ade persoalan pasal kucing pun suke refer Iz Yahya a.k.a vet jadian. Dia mmg superbbbbb

NenetPenne (NP) said... [Reply to Comments]

ha ah i pun dok sorang, pintu bilik air memang terbuka jer..tak kisahlah nak mandi ke nak buat apa...

apsalll laaa kucens2 tu semua homel2..gerammm jer...

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Aku suka betul dengan keharmonian rukun damai kucing-kucing mu peej.
Murah rezeki kau membelanya. Jga mereka baik2 ya.
Insyallah disana, akan dapat
pulanggan yang berlipat kali ganda.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...