Instagram : @peejburhan

Izza'a nikah at rumah melaka.

agak-agak dah basi sikit baru aku nak cerita kan.
haha memang perangai sangat sekarang ni kan. pemalas terlampau katanyer.
eh tapi takda la basi lagi. masih pengantin baru kot.
inai di jari masih merah. ewahhhh.

so last week. eh last 2 weeks kami ke melaka.
sebab cousin aku izza tu kawin.
aku tau cuti sekolah n cuti panjang kan
mesti ramai orang balik kampung la, bercuti la, apa la.
hari sebelum tu call papa tanya nak gerak kul berapa.
dia kata gerak lepas solat jumaat.
aku dah macam. eh macam lambat je.
memang la melaka tak jauh.
tapi kalau jalan jam macam mana?
aku kata gerak awal la. solat jumaat kat melaka la.
papa kata ok.

aku ni kau tau la mana reti tidur awal.
pagi tu kul 4am baru tidur kot.
tapi gila kau tidur berapa jam je sebab pepagi dah bangun.
sebab nak uruskan apa-apa sebelum tinggalkan rumah kan.
siap semua. pergi breakfast. bergegas aku ke rumah papa n mama.
guess what. aku sampai semua masih tidur terkangkang lagi. cisss.
yang dah bangun mama je. whattttt???

last memang lepas solat jumaat baru gerak.
apanya ada almost 3 ke 3ish baru gerak.
pastu ambilll. memang traffic slow gila weyh.
nasib bukan aku yang drive. keh keh keh.



pergi dua kereta je.
papa, mama n ayol satu kereta.
kami berempat 1 kereta.
takda la lambat sangat sampai.
tapi macam cukup2 je masa untuk bersiap.
tak sempat nak singgah makan ke apa.
lapar tuhan je la tau. rasa nak amukan.
breakfast tosai 1, sebelum gerak makan nasi goreng mama masak dalam sesenduk gitu.
alas perut konon. amik kau, alas la sampai ke malam.
konon relax sebab ingat nak singgah makan memana.
abis dah lambat gitu nak singgah apa kan.

izza kawin kat rumah melaka.
lawa gila tempat tu aku suka.
tak pernah sampai situ.

:: Mr. & Mrs B ::

oh gambar daripada various camera.
ada dpd phone aku, daripada camera papa, ada aku amik dpd instagram izza yang project2pi punya.
pic banyak tapi aku cilok yang mana ada pic aku je la. haha aci tak? aci tak? aciiii laaaa.
mana taknya. aku mengharapnya Mr.B amik pic aku.
kemain dia ngan camera phone dia.
sekali hampeh ok. tah apa benda dia amik.
if ada pun pic pecah la sebab sibuk zoom.
tak pun ada pic aku ngan pengantin sekali ngan noy.
kemain amik sampai 3 pic.
guess what. pic aku sebelah je. separuh badan lagi ter crop. grrrrrrrr.
aku dah la bukan jenis lepas amik nak check apa bagai.
esoknya baru check. kekecewaan iolls




sampai pengantin tengah make up.
so apa lagi. kerja kami camwhore je la.
rasanya banyak pic syok sendiri je. huhuhu.









:: the dais ::

ni adalah dulang girls izza.
ada lagi sorang tapi dia sampai lambat so not in the picture.
masa tempah baju ni pergi ngan noy.
masa ukur aku. aku kata nak kebaya moden.
so dia kata ada pinggang yea?
aku kata ye la. tapi taknak ketat. biasa2 je.
dia kata ye loh, nanti ketat pun takdak cantik.
ye aku pun tau. sebab berdiri memang ok weyh. tapi if duduk nanti horror rupa. so baik buat biasa je.
bila sampai turn noy, terus noy kata, "saya punya nak ketatttt yea."
fineee. tau la boleh ketat. tapi kemain kan eksyen tu.
sekali amik kau. kain ketattt.
ketat stok nak duduk simpuh tak boleh.
dah tentu nanti kena duduk bawah kan.
siap dia kata kalau duduk atas takleh ke.
ewah kau pengantin ke siap nak duduk special.
last dia kena bukak zip tepi baru leh duduk. hahaha. tu pun cara duduk pelik gila nak adjust. huhuhu.







tengok la laki aku tu.
kemain ke depan mengalahkan official photog.
tapi gambar sendu.
takpa nanti beli camera baguih. suruh dia amikkan.
tapi kena make sure pic aku lebih plissss.
tu takpa. betapa sibuknya dia kat depan.
siap few peeps kata kat aku hari tu masa masuk melodi siap muka dia ada je kedepan tu.
kita orang tengok la.
pastu dia, "sikit tu je masuk. banyak la sikit."
e ehhhh. kau pengantin ke? motip tetiba nak kau banyak dalam clip tu.










settle je nikah.
mc announce je kata tetamu di jemput menjamu selera.
tak tunggu. aku pecut weyh. hahahhaha.
ye la. lama kot kelaparan. rasanya time tu dah 10pm macam tu.
orang sibuk nak amik pic ngan pengantin.
kita orang serbu makanan. huhu.
time beratur tu aku orang ke 3-4 amik makanan. kelasss.
amik macam gunung. siap amikkan untuk mama sekali.
senang. kang dah berderet orang naya je.
amik terus aku carik mama kat atas.
n ajak makan. tau dia pun lapar tu.
by the time turun mmg dah panjang barisan. la la la.
dah la sedap kemain makanan malam tu.
tu la ' asam pedas mak ngah' yang Mr.B dok puji tu.
walaupun bukan mak ngah yang buat. hahaha.
bayangkan kita orang bertiga makanan macam gunung tapi licin pinggan.
betapa lapar n sedapnya lah.




oh untuk wed ni tessa yang buatkan baju izza. untuk semua nikah, n 2 reception.
make up pulak amik faressa. :D
tessa dah sarat gak tu.




nasib la ada pic ni kat camera papa.
kalau tak takda pic ngan pengantin.
tengok la Mr.B tu. sampin pun dah terbukak.
dah la lawak. dia sibuk nak amik pic la apa. tengah-tengah tu sampin melurut elok je bulat.
dia bukan sedar. orang semua dah tengok. nasib aku perasan.
ishhh. macam budak nakal. tapi bukan budak pun.

nanti ku sambung cerita reception pulak ye.


7 Comments:

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

peej.. sapa cousin peej tuh smpi masuk melodi.. hihihihi.. ai dah lama tak nonton melodi n tak berapa nk kenal retis sekarang nig..

oshinz said... [Reply to Comments]

cantik je baju dulang girls. nampak klasik. hehe.

farra8979 said... [Reply to Comments]

masa dalam melodi aritu, kalau x silap ada mr b tapi sekali imbas jer la. hihihi...

emy pokden said... [Reply to Comments]

cantik baju tu peej...berkenan aku..

cik ara said... [Reply to Comments]

tak silap macam wartawan melodi je. yg selalu pakai pashmina tu.. hihi

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

Best woah pergi kenduri kahwin sedara mara ni.. meriah2 xD lenkali baik ko standby jgk kamera sendiri klau mr B tgkp x ok.. ada back up lg. Haha

anna hashim said... [Reply to Comments]

iza tu kan mmg wartawan melodi..suka tgk gaya dia..sopan & xdelah tanya soalan yg kontrovesi murahan..

:-)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...