Instagram : @peejburhan

dorang memang dah cantik kot.

hari yang malas sikit hari ni.
patut ada 2-3 benda nak buat. tapi rasa malas.
terus rasa, ah baik duduk rumah je.
esok baru mula kerja.

lepas basuh baju jemur apa semua.
then aku tak puas hati.
sebab mana perginya spec aku weyh?
aku suka gila spec tu.
beberapa hari pakai spec lama ni, rasa lain je.
paling tak tahan siap ada komen rupa aku macam cikgu.


not that rupa cikgu tak bagus. bagus la kan.
tapi rasa macam sangat tak sesuai ngan aku.
rasa macam aku sangat berdisiplin n terpelajar sangat. *tangan di buah dada*
so operasi mencari.
hari tu cari tak jumpa.
puas tertonggeng2 tengok bawah sofa.
memang takda.
Mr.B siap angkat sofa nak bagi tengok.
dia baru angkat satu aku dah kata takyah la.
aku dah carik memang takda.

so tadi kita cuba lagi.
tau kan bawah sofa selalu ada macam kain.
after awhile kain akan lendut.
so sebelum ni aku check aku tak macam angkat kain tu.
sebab tu bahagian tengah. dok berpikir takkan la kucing main sampai kedalam ke apa.
so tadi tak kira. kena angkat apa bagai.
n wellll. jumpaaaaa...

paling hujung spec tu dah ke arah dinding.
siap di sorok pulak di sebalik kotak rokok kosong apa bagai.
hebat gila kekucing kat rumah ni.
tak sure dorang ni memang kucing ataupun secret agent sebenarnya.
so welll. akhirnya kami dipertemukan semula.


pose mintk sepak.
almaklum muka lebam woih dok umah je.
harus alihkan pandangan orang ke arah nak sepak dpd telek2 pic kau.

dah lega hati.
baru kita mulakan aktiviti online.
tengok facebook dulu.
nampak mama ada update. baca. ok done.
then kak senduk pulak update. terus cecepat click.
kak senduk tau kan?
tak kenal kak senduk memang saje je la kan.

dia ni pemalas update blog.
hazab gila nak tunggu dia update.
mementang la sekarang dah celebrity sangat kan.
but takpa. di maafkan. sebab sekali dia update entry memang terbaik.
menusuk2 ke jiwa kau. ada dia kisah kau nak terasa ke apa.
so entry today adalah ini CLICK HERE

pasal bedak tanaka ke apa yang sekarang heboh tu. haha kelakar.
ok aku memang tak tau pasal ni.
tau about last week macam tu la.
still aku blur apakah benda ni. nampak macam scary je.
tapi lantak la.

then balik jumpa mama.
mama kata pasal bedak tu. n ada one blogger kata memang dia tak teringin nak pakai.
sebab terbayang orang myanmar sambil berkemban, sambil ada songel sireh kat mulut, sambil kepala junjung guni ke apa.
pastu kebetulan yang komen pun orang yang jual. dia kata jangan bayangkan macam tu. bayangkan la nora danish pakai.
oh btw, nora danish adalah yang keluarkan produk ni. dia n adik beradik dia.
gituhhhhh.

yang aku lagi tak tau. memang orang myanmar pakai ke?
mama kata ye la. daripada zaman dulu lagi.
aku tanya la bagus ke. sebab aku ada baca orang kata tak sanggup pakai sebab busuk bau dia.
bau apakah? sbb dia dpd pokok eyh? so bau pokok kah?
aku suka je pokok. haha tetiba.
tak kisah la bau apa. aku tak pakai pun. so tak tau la kan.

tapi apa kak senduk update tu so trueeee kan.
aku sokong.
no aku takda la sokong kata memang tanaka tak bagus ke apa.
takda kena mengena.
aku sokong part duta produk tu.

daripada dulu aku memang kurang percaya advertising macam tu.
contoh lisa surihani. dia garnier kan.
garnier bukan untuk putih2 ke kulit?
masalahnya dpd memula lisa berlakon, dia memang putih kot!
so macam mana itu?

macam kak senduk kata.
orang beli n pakai dengan harapan jadi nora danish.
masalahnya aku rasa nora danish pun pakai benda tu agaknya ada la 2-3 kali je kot.
dia memang dah lawa. kulit dia kau nak nampak seketul jerawat pun payah kot.

dorang ni dah la kayo, takdanya dorang nak pakai produk yang macam ni.
ok maybe sekali dua. tapi bukan main produk dorang la.
contoh simplysiti la.
ada la kot siti pakai make up tu.
tapi aku rasa mungkin 15-20% of the time je.
lain dia akan pakai make up high end.

tapi memang tu je la cara marketing n nak buat sales.
ada ada muka glams sikit semua orang nak ikut. dengan harapan.
idola n impian masing-masing.

macam last week.
aku, noy n jonet keluar.
so dok la sembang memacam.

jonet : saya tak boleh la lipstick pucat, teruk betul nampak.
me : memang la. tapi ke kau make up mata smokey eyes baru lawa. aku pernah gak make up simple pakai lipstick pucat nampak macam sakit. tapi mata smokey. lipstick pucat, terus kardashian ok.
jonet : hahhaa over.
me : betul ok.

noy : tolong la saya nak beli handbag celine tu.
me : kaannnn suka saya.
noy : tu ada bukak baru celine.
me ; eh takda pun handbag kita suka tu.
noy : mesti ada la. tak kira saya nak.
me : saya pun. eh taknak la. baik aku beli benda lain.
jonet : lawa sangat ke? saya handbag jenis tak kisah janji practical.
noy : lawa la. saya check dalam rm4500 je.
jonet : je?? je?? memang tak la aku beli.
noy : lawa jonet. ada macam2 color. saya tengok kardashian pakai.
jonet : whattt? kau ni memang suka sebab lawa ke sebab kardashian pakai?
us : hahahha sebab kardashian.

noy : i nak anak nanti nama rasoul.
bf noy : hah? macam pelik je.
noy : tak pelik ok. best la. rasoullll. rasoulll.
me : macam rasul la tapi ejaan la lain.
noy : yeszzz.
jonet : pelik2 korang ni.
noy : tak pelik la. tu nama bf malika dulu. sedap saya rasa. nama anak pija rashad.
me : rashad. sedap kan
jonet : siapa malika?
noy : malika tu bff khloe kardashian tu.
jonet : omgggg. korang ni tolong la. obses kardashian. semua benda korang nak buat mesti ada kaitan.
us : hahahahaha.
me : kau tau tak rashad tu nama siapa?
jonet : siapa?
us : ex bf khloe dulu. hi he hi hea *gelak macam white chicks*

omg. then i realise.
lain orang lain idola.
idola dorang maybe tu semua.
idola kami kardashian tu.
aku pun sama je terpengaruh lebih.
padahal kau pakai la apa pun, beli la apa pun.
kau tetap la anak burhanuddin. gendang gendut.
sampai bebila takkan jadi kardashian ok.

kak senduk quoteakhir kata...kalau muka ko dah bisa cam bisa ular tedung selar..ko sapu 3 tahun Thanaka ni pun muka ko tetap bisa ok.. tetap pandang cermin retak."

menusuk ke jantung.

dear cermin,

dont u give up on me.

love,
keej kardarshian.


10 Comments:

Miss arfisa said... [Reply to Comments]

serius lawak la kak peej.

strawberi said... [Reply to Comments]

omaigod..klaka..aku pun tatau bab2 kardashian tu..haha...
kdg2 kita ni cepat terpengaruh..so kena la ade org sedarkan kita...hehe
gud job kak senduk..tros follow

miszme_ieda said... [Reply to Comments]

haha....kan. itu hari cakap dengan member nak kurus macam kim k. pastu dia jawab, kim k tu gemuk tapi with strategically allocated fats. hahahahahaha.... cer kalo tengok BMI dia, mesti kategori obese punya.

gituh. tapi sebab si kim k ni memang hot, kalau dapat kurus cam dia mesti happy je. padahalll tak sedau diri. DNA memang jenis peha besar, bontot besar, rangka besau. memang payoh la nak kim k bagai.

maybe mindset kita berputar dekat apa yang kita suka, kita percaya. that's why. definition kurus and hot is macam kim k. hahaha.

that's what marketing people realise and manipulate us all guna psycholgy. guna model yang sedia cantik, sedia hot, sedia vogue the vass. cuba kalau kak ton yang model handbag celine, harga rm450 pun belum tentu orang beli.

so, berbalik pada produk, muka jawa tapi pakai bedak simplysiti memang takkan pernah berubah muka jadi siti (mungkin perasaan la kot boleh berubah. perasaan hot. haha)

maka saya setuju je bahawasanya beli barang biarlah kerana faedah bukan sebab terpengaruh dengan model =)

n a said... [Reply to Comments]

Haha...dok trgelak2 baca part mirror ...pls dont give up on me....:)

AkUFiZA™ said... [Reply to Comments]

Aku tak pakai bedak. Ni 1st time tau pasal bedak thanaka. Jadi, tak kisah sgt la. Haha.

doll said... [Reply to Comments]

yea.jgn terpengaruh dgn iklan semua nie..model iklan semuanya dah naturally lawa dari azali..ditepek bedak sponsor, lagik menyerlah..

kita nie kalau takat rupe2 kuali sangkut kat dapo tu, carik laa produk yang sesuai dengan diri sendiri dan boleh 'unleash your true beauty' from within, giteww...

kak senduk mmg kelakar abess dan apa dia ckp mmg betul sgt!!apapun, keej kardashian bunyinye adalah seksi jugak...

farra8979 said... [Reply to Comments]

hahaha... best entri ni. ade bau2 kak senduk dah...

me suya said... [Reply to Comments]

well said neh..hahahaha selalu nak amik duta produk..kompem yg cantik melepak.. ce bagi nabila huda tu jd duta produk tuk memutihkan kulit.. cer kita tgk..

fathen yaya said... [Reply to Comments]

pecah perot gelak okk!

intandayani said... [Reply to Comments]

aah best kan kardashian tu..suke berangan kalau aku ade adik-beradik pempuan lain mesti best..ni aku je sebuah peti besi

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...