Instagram : @peejburhan

carik geng

aku kan layan cerita game of thrones
aku suka cerita macam tu.
aku jenis if tengok cerita, pastu macam best, suka nak cerita-cerita pasal tu.
macam best gila je rasa.

tapi cerita game of thrones ni takda geng pun tengok sama.
so perasan berkobar kau tu macam sorang-sorang je la.
takda sapa nak cerita. tu yang hari tu terus blog tu.
terluah gak rasa terbuku di hati tu.
tapi tu je la pun. takda geng excited bersama gituh.

aku dok paksa jonet dah lama tengok.
lama dah kot dia copy season 1 n 2 daripada aku still tak tengok.
cissss.
nonoy memang aku tak harapkan la tengok.
confirm minah tu tak paham. pastu dia takkan tengok. tau sangat.
dia bukan minat cerita berat2 ni.
dia kalau beli dvd, then later after tengok dia akan letak kat bawah.
orang boleh tau kot dvd tu dia yang beli.
pilihan cerita dia semua sama je.
semua stock cerita ringan yang tak memberi erti je kadang2. hahah.
zaman dah berlalu kot.
satu masa dulu suka la aku cerita macam tu.
dah tua ni tengok mesti nak cerita yang mencabar minda sikit.
ewahhh. konon. hahaha

nway, aku memang dah lama nak mama tengok.
tapi yang download ni kan takda subtitle.
mama kan tak boleh dengar.
so dia memang bergantung ngan subtitles la.
so tu yang kadang kau beli dvd kalau subtitle macam haram, memang aku takkan bagi mama tengok.
kesian kot merepek je.
buat-buat paham je la dia tengok movie tu.

sebab aku tau mama akan suka cerita ni.
so kelmarin aku gigih ok beli box set untuk mama series game of thrones tu.
beli 2 season dulu. tu pun berapa lama nak habis kan.
siap tanya n make sure ngan orang kedai tu subtitle memang superb ke mengarut2.
dia kata semua ok. ok beli.
punya la excited aku tak sabar nak bagi.
so semalam gigih pergi sana semata-mata nak bagi mama.
happy mama.

petang tu gak aku pasang.
papa n ayol pun join tengok. nice.
yeayyyy, now ada geng.
syok gak aku layan sama.
sebab masa memula aku layan tu kan tahun lepas.
so ingat2 lupa. plus masa memula tengok kau macam blur apa ke banyak sangat watak so keliru.
tapi now dah tengok sampai season 3. macam dah kenal most watak.
so layan balik adalah best n lagi paham.

seronok bila memacam reaksi daripada mama.
tu baru tengok 3 episode. kwang kwang.
tak tau la dorang layan sampai kul berapa tadi n berapa episode.
sebab by 3rd episode tu aku dah balik rumah aku, sebab laki ku dah balik keroje kan.
keji lak aku nak biarkan dia sorang lama-lama.
so gerak la.

yeayy. lepas ni boleh sembang2 feeling2 pasal cerita. huhahuhahuha.
nway, ye tau dah subuh ni, apesal tak tidur lagi?
kisahnya tadi lepas balik. tengok tv jap ngan laki.
tau-tau aku dah tertidur.
lama lak tu. sempat terjaga rely message customer ke apa.
pastu sambung tidur.
terjaga kul berapa pagi tadi. hahaha.
terus pack barang untuk post later.
ni haaa buntang je mata cannot sleep.
tengok la. after subuh kita try tidur.
banyak program ni today.
ke sana dan ke sini.

eh aku rasa mcm nak barang coway la.
ada few benda nak tanya.
siapa sini ada kena mengena ngan coway whatsapp aku boleh tak.
few months back someone ada cerita pasal coway kat aku.
tapi aku macam carik balik tak jumpa lak conversation tu. :)
so yeah. tak kisah la email ke, whatsapp ke, message ke apa ye.

5 Comments:

darikacamatai ly said... [Reply to Comments]

Salam,

Kak peej nk tanya apa yg pasal brang coway??kt rumah in law kita penuh dgn brang coway sbb adik ipar keje coway...hihihihi

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kta klau ada kesempatan mmg nk layan game of thrones tu sbb crite zmn2 dlu.. raja2 ni mmg best. tp astro kt rumah, diorg dh cop mcm2 cerita, so biarkan je la. may b later dh balik ke rumah sendiri hjg tahun ni, pasang astro, tgk cerita yg digemari. Haha

HaniShaklee said... [Reply to Comments]

besntye boleh layan citer ramai2..macam dah jadi panggung..hehe

http://akutaksunyi.blogspot.com/2013/06/vivix-shaklee-rahsia-anggun-menawan-dan.html

laila latif said... [Reply to Comments]

bf saya pun minat gila games of throne ni. pastu paksa2 saya tengok. baru layan 1st episode season 1. hehehe

.: yUhAiSya :. said... [Reply to Comments]

kebetulan saya jumpe geng akak... hehe

>> http://idawoks.blogspot.com/2013/06/nak-nangis.html

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...