Instagram : @peejburhan

berjaya sangat ke business tu?

kan aku mengalami masalah ngan saving account maybank aku.
account not authorised la apa.
so atas nasihat rakan-rakan than setelah call customer service tu.
so last tuesday aku ke maybank.

konon nak buat current account n kasi bukak balik savings account aku yang dia block tu.
so ke sana takleh buat current account tu sebab aku takda introducer la apa.
so dia kata boleh apply online je.
baiklah. 
so aku suruh check savings account aku yang takleh nak buat apa tu
dia kata ok dah takda masalah.
ok legaaaaa.

ye la macam mana nak hidup sementara ni kan.
nak bayar sana sini. orang nak masuk duit semua.
sebab current account pun amik masa berapa hari baru ok la apa.
balik terus aku apply online untuk current account tu.
ok settle.

then meneruskan hidup seperti biasa.
petang tu aku nak purchase tiket wayang online.
elok semua. pakai m2u.
sekali again. dia kata account not authorised. what the hell.
bengang je. apa ni tadi kata ok.
so terpaksa la pakai credit card.

tu yang siapa beli kat aku few days ni.
aku pinjam pakai account noy kejap.
alang-alang dia kata current account aku siap khamis.
baik aku gi khamis je.
kosser nak pergi berulang kali.
dah la parking payah situ.

so tadi pergi. ok current account dah ok. yeayy. yippaaa.
then aku cerita la masalah pasal saving account aku ni.
ye la. awal bulan. aku nak bayar bil unifi, bil api ke apa semua la.
transaction boleh guna current account yang baru la.
tapi stilllll dalam tu ada du du duittttt.

dia pun check la. dia kata kat system memang tengok dah ok.
dorang akan clearkan apa tah. so usually lepas tu memang boleh guna.
unfortunately aku punya tak boleh.
pastu dia nak suruh aku call customer service.
e ehhh kau la call bagi sampai boleh.
kang tak boleh aku call dia tetap suruh aku datang sini.
bagus. nasib dia call.

call customer service. cakap la bla bla bla.
dah buat bla bla bla.
tetap tak boleh.
pastu jawapan dia. memang takleh buat apa.
kena tunggu la. tunggu sampai bila tak tau. e eh.
abis macam mana kan.

then dapat no lain untuk dia refer.
dia call.
orang tu kata memang takleh guna ok account tu.
sebab transaction terlaluuuuu banyak.
katanya.
terus aku macam, e eh berjaya sangat ke business aku ni sampai terlalu banyak transaction katanya.
ok la lately memang berlebihan la dpd sebelum ni.
tapi takda la sampai terlampau2 ke apa.
but takkan kau takda solution.
abis macam mana?

pastu dia tanya aku ada try withdraw duit ke?
aku kata takda la. tapi yang pasti orang nak masukkan duit pakai cdm pun takleh gak.
so dia suruh aku try.
tapi kalau tak boleh.
apa aku boleh buat ialah keluarkan duit kat kaunter.
then dia suruh kosongkan savings tu transfer semua ke current account tu.

aku dah macam. 

me : abis kalau saya nak pakai duit macam mana?
officer : ada cheque book tu.
me : ok tapi let say saya keluar. duit takda. takkan nak kena pergi bank waru boleh keluarkan duit.
bukan semua tempat boleh pakai cheque book.
officer : a ah memang macam tu. terpaksa la sebab account ni memang ada problem.
me : sampai bila?
officer : haaa tu yang kita tak tau tu. 

agak2 la. menyusahkan aku tu.

me : current account ni memang takda card ke?
officer : takda.
me : sigh
officer : eh tapi personal kan. kalau personal ada. so nanti kita isu card kejap lagi.
me : ooo. then ok la. kalau macam tu. kalau tak gila leceh.
officer : ok try guna atm dulu boleh ke tak. tu saje.

so aku try withdraw. Alhamdulillah boleh.
happy tepuk2 kaki.
so current account siap. so tadi senang la just aku transfer duit dpd saving masuk current tu je.
tapi tak semua lagi la. ada limit kan. eh ke takda. aku pun taktau.

anyway, dengan ini nak cakap.
bagi regular customer aku. tolong jangan terus masukkan duit kat no account aku macam biasa tu yea.
sebab ada yang suka terus bank in. pastu baru bagi tau.
so please email aku untuk new account number ye.

fuhhh lega dah.
kalau tak kusut betul aku rasa.
lepas ni nak bukak current account cimb pulak untuk company.
kesian customer ku asal mintak cimb aku takda. tapi dorang tetap beli. huhuhu.
bila aku nak buat tu entah.
kena paksa diri la. ikut malas sampai bila tak gerak ni. ;p



3 Comments:

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

peej, apa kata g bukak current acc ngn bank lain. contoh cimb n public.. senang sikit, mana2 kastemer yg hanya ada cimbclicks boleh terus je bank in dlm cimb.. so kurang sikit kesesakan kemasukan duit dlm akaun mybank u.

intandayani said... [Reply to Comments]

ade sorang membe laki aku dulu pun same gak la kes camni..byk sgt transaction account die kene block..tu tanda rezeki murah...aminn

pizet said... [Reply to Comments]

dasatnya...try la buka akaun cimb plak..sebagai alternatif..rasa cimb kurang sikit problem

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...