Instagram : @peejburhan

#aqiqahleecha

teringat nak update.
since ada pic lets update.
panas memancar kat luar tu.
nak keluar pikir berapa kali ni.
tapi kena jugak keluar jap lagi.

so sementara tu mari update blog. keh keh.
ini je la hiburan ku pun khen.
so mari update aktiviti last weekend.
last weekend memang dah plan nak ke aqiqah leecha anak bongsu si filla.
bongsu ke? ke lepas ni ada lagi sorang filla?

sehari sebelum tu duk whatsapp ngan elly.
dia tanya aku datang kul berapa la apa.
aku kata petang sikit la.
dia kata nanti aku sampai caterer dah balik la apa.
eh filla tulis majlis 10.30 sampai 4 ptg ok.
so ok la kan. aku budget kul 2 gitu.
dia kata dia sampai 12-12.30 macam tu.
if sempat jumpa la. tak sempat takda la.
oit awal.



punya la malam tu gigih aku pack barang nak post la apa.
sebab aku memang post sabtu.
tidur pun dah pukul berapa.
bangun pukul 9.30 pagi weyh. gigih gila kan.
tapi gila kau bangun. tapi menung lebih.
dah siap tinggal nak make up baru aku kejut laki ku.
tapi dia siap mengalahkan perempuan.
plan 11.30 keluar umah.
last 12 lebih baru keluar.
aku post kejap.
then terus ke rumah filla.
jauh bebenar rasa.

aku sampai kul 1.10pm macam tu la.
dok terjenguk2 cari elly. aik takda. adakah dah balik?
tanya pak radie, dia kata tak sampai lagi. boleh????
rupanya dia baru otw.
kong jaq sangat.
dia kata saje je kenakan aku, kalau tak aku bangun je dah kul berapa. eeeee.
pastu dia kata tengok aku instagram siap morning apa bagai dia dok gelak je.
nyampah kan.

sampai terus makan. hua hua.
baru nak amik makanan si filla sibuk ajak amik pic.
sebab dia kata tengah lawa ni. nanti kang lambat amik dah comot.
apa yang dia cuba sampaikan ni?
kenapa aku comot ke di kemudian hari?
tapi memang pungggg.
sebab panassss. aku kan ratu peluh. hahah.



eee kepala like kekura. pastu besar pasu kan muka. nyampah.
perangai aku orang amik pic tak suka nak tengok balik.
patut aku tengok dulu kan. tak lawa delete. sila amik lagi. hahha.
tapi aku nyampah orang gitu. so sebab tu aku jenis malas amik kisah.
haaa rasakan. pastu baru padan muka pic rupa gini.
oh ni pic aku cilok dpd instagram filla.
tengok la tangan leechaa tuuuu. ketul2 leecha.



hidangan pada hari itu.
gila kau banyak betul lauk kau macam confuse gila rasa semua nak.
ada masak lemak daging salai, ayam goreng rempah, sayur campur, ulam, gulai kambing korban tu, tempoyak daun tu (mak mertua ke ipar filla buat) ada sambal belacan, ikan masin.
macam mana la gegirl tak keliru kan.

:: candy table DIY oleh filla. kelas uolls. ::

patut dia kelam kabut.
kata kenapa penanda berpusing la apa. gila.
pastu sibuk nak alihkan la apa.
dia kata bebudak tak sampai nak amik.
nanti tak nampak la.
alaaa bebudak ada mak budak. biar mak dorang amikkan n layan anak dorang.
takyah nak kalut.


:: tamak kan ahkak makan. lapar weyh. aku ngan tak sarapan apa pergi umah filla. sebab kerja elly la suruh gi awal la apa. so sampai harus tamak semua nak ::


:: mmmmmm dappp ::


:: siap ada goodies bag. pak radie masa bagi garang gila, "kau nak jugak ke? ke taknak?" e eh dah hulur tapi tanya. bagi je la kan. ::

dalam 15 minit lepas tu elly datang ngan en win n anak2.
boleh ngam pulak MrB ngan en win.
rupanya sebaya. tu takpa. birthday selang berapa hari je ok.
patut perangai lebih kurang.
seronok la sembang sebab katanya remaja sezaman kan.
yang aku dah cakap kat elly," ni kejap lagi ada yang dorang tukar no phone ni".
sebab rumah kita orang pun takda la jauh mana pun.
sekali betul. tak sampai berapa minit lepas tu tukar no. gelak kitaorang.
yang elly kata if nak jumpa ben, make sure bawak dia. dia boleh lepak ngan aku.
ok boleh je.


:: elly n i ::

:: suraya - elly - filla - me ::

panas weyh hari tu.
bergelas2 minum air sirap. sejukkkk.
ada teh terik n filla kata sedap. aku tak pandang.
sebab aku dah la tak berapa air panas ni.
pastu tengah panas lak tu. memang tak la weyh.
nasib ada cendol gak.
panas2 tu hirup2. sedap.

aku memang tak bergerak weyh.
kosser.
ni pics bawah ni ada pun sebab laki ku rajin amik pic.
berjalan n ramah sana sini.
siap tolong angkat pinggan mangkuk la apa. eee over.
so yea mari tengok pic.




haha amani eksyen gila.
sebab dia baru bangun tidur. suruh tukar baju pun taknak.
kehulur kehilir ngan seluar kontot. eee comel.
pastu orang panggil nak amik pic kena jeleng ok.
laki aku ni kan suka bebudak.

:: anak suraya, shein ::


:: lagi sekali tak dilayan. haha ::

:: nasib leecha layan kan. tapi dia takleh buat apa pun. orang letak kat buai dia kena pasrah je la kan. ::

ramai gak jumpa sana. ada hotmama.
walaupun memula memasing segan je nak tegur. haha.
then ceera n sepet sampai.
macam tetamu vip sangat kemain lambat sampai.
nak kul 4pm dah.
laki aku dah teleng2 kepala ajak gerak. ye la berapa lama dah kot kan.
so gerak la. tak sempat nak amik pic ke apa.



amboi baru aqiqah anak kemain memacam filla ni bagi dalam bag tu.
kalau anak dia kawin agaknya dia bagi luggage kot sebab segala nak bagi.
haha.
tapi aku suka je. makan jelly, makan cloud nine tu. makan keropok tu.
best.

eh ok la.
kul berapa dah ni.
aku kena keluar amik barang.
ta-ta.

6 Comments:

HaniShaklee said... [Reply to Comments]

eeee..geram tgk amani..suke tgk dia

WaniGhani said... [Reply to Comments]

jelingan amaani xleh tahannnn....

cik chinta said... [Reply to Comments]

waaa...byknye mknn. Kt rtu biasa je bg ms kikah

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

betul la kalau nk tgkp gmbr baik tgkp ms baru keluar rumah. time tu make up xcair lg ahax. cuaca skrg panas kan. best weh goodies dia.

kumbi said... [Reply to Comments]

Sape hot mama ituuu

hOtMaMa said... [Reply to Comments]

Peej aku tak sangka dapat jumpa ko betul2!! huhuhu.. mcm mimpi pun ada.. hehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...