Instagram : @peejburhan

aik badan je besar.

laki aku ni memang tak takut amenda la.
berani tak kena tempat kadang.
tapi ada satu benda aku rasa dia takut la.
dia aku rasa macam takut hantu. hua hua hua.

entah la.
aku dah perasan dia ni penakut since zaman bercinta dulu.
if tengok cerita hantu mesti nak bukak lampu apa bagai.
gila tak feel.
aku lak dulu memang la terpaling suka cerita hantu ni.
tapi sejak dah tinggal sendiri ni memang tak la aku tengok.
aku jadi penakut n seboleh2 akan elakkan tengok.
kalau aku sorang kat rumah, keluar lak iklan cerita hantu cepat2 aku tukar.
siapa sangka aku dulu yang berani kemain. sekarang adalah penakut.
hahah. ok takda la penakut. boleh je tengok.
tapi tah. now dah taknak tengok. ;p
wah alasannnn.

nway, kan hari tu aku ada beli dvd.
kita orang keluar makan.
so sementara tunggu makanan sampai tu.
aku n jonet gerak gi kedai dvd.
memang taknak laki aku ikut sebab aku nyampah nanti aku pilih. dia sibuk nak pilih gak.
bukan apa, aku suka beli package kat situ. amik 3 murah lagi. amik 6 murah lagi.
tapi laki aku sukaaaaa sangat nak amik cerita melayu.
dah la tetiba nanti kedai tu, cerita melayu takleh masuk package. tu harga asing.
e eh macam tu lak.
aku memang menyampah tengok cerita melayu ni.
sebab mostly mesti macam membodoh2kan kau je tengok. tak berbaloi betul tau beli.

sekali tengah aku pilih tengok laju je laki aku masuk.
pastu seperti yang di jangka.
dia terus tengok kat cerita melayu. pastu pilih memacam. grrrrr.
pastu sempat cakap, sampai hati aku tinggalkan dia.
dia nak beli dvd gak. eeeee sibuk je.

tu takpa. nanti beli dia tak tengok pun.
unless aku pasangkan. pastu nanti kena tengok sesama. padahal aku tak suka cerita2 tu.
so baru-baru ni kami sangap.
pastu aku cakap la, u hari tu sibuk nak beli dvd tok chai la apa. tak tengok pun.
dia kata lupa. pastu jom tengok sama.
aku malas sbb time tu memang ngantuk awal.
tapi if tak tengok sama memang dia takkan tengok nanti.
aku la bengang nanti. sebab bazir beli tak tengok.

so bukak la cerita kecoh hantu raya tok chai ke apa macam tu la.
cerita seram komedi.
aku rasa takda la menakutkan ke apa. bongok adalah.
ok la masa pocong tu tak suka la.
tapi jenis movie yang lawak2 so takda la kau takut ke apa kan.

since cerita idok le best mana.
sambil tengok tu aku tertidur.
bengang gila aku laki aku asyik kejut aku.
tanya-tanya apa jadi la apa.
aku dah marah2 kata aku tidurrrr. aku mana tau.
nak masuk dalam dia tak bagi.
so biar la aku lena.
ni asyik kena kejut sakit kepala ok.

pastuuu dia buat lagii. dia kejut2 aku nak sembang pasal cerita.
kena sergah ngan aku.
cecepat aku gi belakang.
tujuan aku nak buat nescafe ke apa kasi hilang ngantuk.
kalau tak pening aku tidur asyik kena kejut ni.
sebab memang takda ciri-ciri boleh tidur ni asyik kena kacau.
so aku bancuh la air nescafe panas.
then aku ke depan.

sekali tengok tv dah tukar channel tv. dia bukak raja lawak tak silap.
aku dah macam. what

me : apesal u tukar?
him : ingat moling tu tido.
me : i buat air la.
him : ye la. bukak balik la.
me : u tukar kenapa? u takut eyh tengok sorang.
him : hihihihihi. haaaaaa.
me : cerita hantu bodoh je kot. takkan tu pun takut.
him : takda la takut. tapi taknak la tengok sorang.
me : alaaa takut tu mengaku je la. patut la sepuluh kali u kacau i tido. sebab u takut sorang je tengok?
him : hihihihihi.
me : eeeeee...

bengang tak?
macam takleh blah je tau takut tengok cerita hantu.
tu belum lagi dia merepek.
dia suka la kata aku ni tak tau. rumah ni ada apa la.
aku tak nampak la.
kong ajar kan. aku duk lama takda apa. dia yang paranoid.

paling cannot go nanti tetiba dia akan bukak youtube bacaan ayat2 ke apa tu.
stock yang baca ala-ala imam mekah punya melampau.
bukak kuat2 time nak maghrib.
nanti aku marah, dia kata aku yang banyak setan n rasa terbakar dengar ayat2 tu.
bukannn. bila kau bukak macam tu, elok aku takda apa. aku jadi takut.
macam kau tengok movie melayu tetiba ngaji2 macam tu sebab ada hantu.
takut laaa.
kalau dia bukak slow or biasa2 takpa.
ni kuat ok.
macam bebetul nak halau hantu ke apa.
aku tak suka la.

tapi dah laki sendiri tu.
terima je la kekurangan dia kan.
takut hantu pun takut hantu la sayang.

tadi ada customer nak amik kat lrt.
sebab dia takda transport nak pick up.
aku kata ok la. aku hantar sana. tak jauh pun.
dulu ada gak adik tu amik barang situ.
aku naik kereta. petang. memang jenuh la banyak kereta orang baru balik kerja.
so tadi bila ada nak amik kat sana.
ku mintak Mr.B bawakkan naik motor je. senang.
sempat keek uolls.
lawak woih tetiba nak naik bukit motor macam mintak nyawa. bencikkkk.



7 Comments:

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Hahahaha...tukar channel raja lawak, memang lawak~

Tp betul lah peej, kdg2 cerita lawak ni ada selit seram terasa betul2 seram..mcm suatu malam kubur berasp tu...tutup mata jugaklah aku laki bini. heheh~

Yasotha said... [Reply to Comments]

Peej...u look alike doraemon...hahahaha...cute aje

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... [Reply to Comments]

kelakar sangat ni ! takleh blah, tajuk sangat sesuai ooohhh

Jojet said... [Reply to Comments]

cuteeeeeeeeeeee!

intandayani said... [Reply to Comments]

sme la..dgr je ngaji camtu mmg xtkut trus jd tkut..dlm kete pun xbrani psg sbb rse lg takut

intandayani said... [Reply to Comments]

tp lawak okeh kalau naik motor bile smpi nak naik bukit motor mintak nyawa..penah kene kat diri sendiri..pstu rasa cam org yg nmpk masa tu dok gelakkan kita

AziniMZ said... [Reply to Comments]

peejaaa.. awat comel sgt pakai helmet naik muto.. hihi

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...