#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

wahai mata mengapa taknak lelap ni.

ohoi penatnya badan seminggu dua ni.
Alhamdulillah sambutan ephyra di luar jangkaan sangat.
selalu ku jual few dozen je sebulan.
bulan ni banyak sungguh sampai terkejut.
happy n semangat.
tapi tu la bila banyak melampau macam ni.
penat dia pun melampau la kan.

eh ni bukan nak complain.
syukur ngan pemberian dan rezeki yang Allah tetapkan.
tapi saje nak ngomel pasal kepenatan sampai aku rasa terjejas pulak prestasi.
wah gitu prestasi katanya. macam la ada orang nak monitor pun.
tapi memang haywire la.
sebab aku kan buat kerja sorang.
mama banyak kali kata takleh buat sorang.
kata mintak la tolong abang aku ke apa.
bagi la upah packing. bla bla.
aku lak perangai daripada dulu. buat satu2 kerja tu aku tak suka orang lain buat.
biar aku buat. yes im fussy like that.
takut tak sama macam yang aku nak handle. macam tu la.

contoh macam dulu noy uruskan amik barang je.
emails, tulis borang, tulis kat envelope, balut apa semua aku buat.
sebab apa?
sebab dia takda kesabaran. risau aku dia reply email maki customer if customer cerewet.
ada sekali aku suruh tuliskan nama kat envelope.
nanti nama orang lain dia tulis lain. eee sabar je la.
so baik aku je buat.

tapi tu la bila buat sorang.
penat dia kau tau la macam mana.
dulu ok lagi sebab memang aku relax.
sebab pos selang sehari. sehari rehat cukup.
now walaupun post still selang sehari tapi hari lain tu tak dapat rehat.
mesti ada benda terkejar sana sini aku kena buat.
memang penat gila la rasa.
end up so far dah 3 kesilapan ok aku buat.

dah dua kali aku tulis alamat orang salah.
kesilapan 1 nombor je. tapi memang satu pun salah mmg payah la.
satu tu nasib sampai gak umah dia.
satu tu aku salah tulis lorong rumah. patut /14 aku tulis /4
mmg tak dapat la. tak pasal akak tu kena amik kat PPL tgh KL.
nasib akak tu tak maki aku. wuwuwuwu.
bahaya betul.
tu takpaaaaa. tadi post barang banyak gak.
aku memang dah kira stock tabita aku.
kira sold out la if post tadi.
tapi aku tengok ada 1 set tertinggal.
pelik. padahal cukup kot semua nama aku post.
then malam nak email orang tracking number.
time tu akan check ngan log book sekali kan.
haaaaa kau baru perasan orang tu beli 2 set aku post seketul je. syabassss pija.
harap tak kena maki gak tu. pfffftttt.

apa kan daya.
maybe masalah tu sebab kelmarin aku period.
so period pain day 2 baru datang.
hoiiiii sakittt. barang tak abis balut tu.
telan pain killer. relax jap sambung buat kerja.
lately ni if post barang mesti penuh 2 bag ikea tu.
berat woi. kau bayang ephyra tu sekotak dah dekat 1kg ok.
so kadang berat ephyra je kena angkut atleast 24kg. gila apa.
kadang lebih. belum masuk tabita lagi.
usually memang lately ni aku kena tunggu Mr.B balik kerja baru post.
tak larat aku weyh.

tapi tadi aku takleh tunggu dia.
ada kerja lain kena buat.
so dalam hujan renyai tu aku angkut dua bag tu.
kau bayang sakit pinggang cramp tu campur sakit pinggang nak angkut dua bag tu.
nasib bergegas masuk post office tapi takda orang pun kat kaunter poslaju tu. legaaaaaa.

then terus ke rumah mama.
sebab cuti labour day ni plan buat makan2.
takda apa pun. makan tengahari je. masak2.
then ajak family aku n family Mr.B.
mak aku ni dah suruh aku buat  daripada aku mula pindah kot. muahhaha.
now baru buat. buat pun sebab sempena anniversary aku setahun tu la.
ikut memang malas. tau la aku ni. tapi ok la. if ramai2 nanti mesti meriah kan.

tapiii since aku ni mana pernah buat.
so aku memang tak reti la nak beli apa benda semua.
so tadi ke rumah mama. hulur duit. mama n papa tolong belikan bahan basah n kering kat pasar.
tak reti sangat membeli ni. selalu beli simple2 je kat giant ke, jusco ke.
tapi tau la situ barang basah takda la best sangat kan.
kena pasar baru fresh n best.
so biar papa n mama uruskan.
then dorang balik pasar. mana benda takda kat pasar. aku lak gi giant beli. pheeewwww.
then relax kejap kul 11ish gerak.
bawak barang2 macam pinggan mangkuk, bekas itu ini la.
segala bahan nak masak tu. penuh la kereta.
ye la umah aku mana ada segala keperluan nak menjamu orang semua kan.
kena import la daripada umah mama.

ni dah sampai umah lama.
tapi gi keluar makan ngan Mr.B
then balik mengadap email untuk bagi tracking number.
then here i am. termenung depan laptop tak reti tidur lagi.
umah tak kemas abis ni.
esok pepagi nak bangun siapkan bahan nak masak apa semua.
tu pun relax sikit main dish mama masak, n mama akan bawak. hihihi.
aku masak simple2 punya je.

ok i need rest.
tapi mata ni taknak lelap.
ada yang aku marathon pretty little liars ni kang.
esok masak n layan orang macam zombie hua hua.

ok ta.
akan try untuk tidur.
*aku sendiri macam tak percaya ngan statement aku ni*

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...