Instagram : @peejburhan

terpengaruh dengan Burger Bakar Abg Burn

[stickypost -scroll down for latest entry] 

eh tak boleh jadi weyh.
sana sini orang update pasal burger bakar abg burn ke apa.
harus aku pun nak try.
dulu kecoh kan pasal burger bakar.
aku memang tak pernah try
aku ni tahap kesabaran bukan tinggi.
dengar kena beratur panjang n siap amik no giliran la apa.
memang tak la aku try.
even now dah macam-macam jenis burger bakar ada, tetap aku tak try.

tapi lately asyik la nampak orang update pasal burger bakar abang burn ni.
mana boleh tahan.
memula filla, pastu ceera, sepet update, n ramai la.
pastu saje nak amik pic kasi meleleh2 cheese la, kuah la.
mana boleh tahan. penat asyik kena tadah air liur sendiri.

terus rasa tak kira. kena pergi jugak.
plus tempat pun tak jauh daripada umah aku.
kita within area yang aku mampu pergi la.
aku ni pantang jauh sikit memang tak kuasa pergi.
tapi tengok dorang kata pergi burger bakar abg burn ni kat Taman Dagang Avenue je.
oh tau sangat la. dulu pernah pergi makan steamboat all u can eat n wong solo pun kat situ.
so tau la tempat tu.
bukak around 5pm until 12.30am tak silap.
so lets.
ajak Mr.B, noy n bf dia. mari makan burger bakar.


senang je nak cari.
sampai situ memang gerai burger bakar abang burn ni kat depan je.
bak kata p.ramlee, kalau tak nampak pendek umur. hahahha.
pastu pulak aku dah baca blog dorang kan.
so tau la what to expect.
nampak je ramai pekerja yang pakai key merah. haaa ye la tu. sampai tepat ke destinasi.
eh key ke nama dia eyh? bandana kan. tapi apesal kita panggil key eh?



ramai jugak la.
aku sampai terus cop tempat duduk.
cakap aku nak apa. so Mr.B pergi order.
order je apa nak. bagi no table nanti dia hantar.
mostly now tempat makan food court macam ni buat style macam ni kan.

sebab ramai orang, ingat lambat.
tapi cepat gak la. rasanya tunggu tak sampai 10 minutes la.
sebab pekerja ramai. so takda la melangok tunggu lama ke apa.
makanan sampai harus teruja.
paling di tunggu-tunggu.....


meatballssssssss.
order sepuluh ketul.
sedapppp weyh. menangis makan.
meatballs homemade katanya. makan ngan mushroom brown sauce. fuuuhh.
paling suka siap ada cheesy wedges. favourite sangat.
paling best murah, RM9.90 sahaja ok.



tengok tuuuu.
tengokkk tuuuuu.
haaa aku pun nak gak amik pic fokus dekat-dekat.
biar orang lain lak meleleh air liur macam aku. hahhahaahahhaah.
serious sedap if pergi sila try.
siap berebut lawan-lawan lidi ngan Mr.B.


:: seeeee. so nice. 100% meat yawwwww. aku penggila daging. so apa-apa berunsur daging aku sukaaaaaaaaa. makan pejam-pejam mata::


tapi apalah maknanya pergi kedai burger bakar tapi makan meat balls je kan.
harus la jugak order burger bakar abang burn.
nak gak rasa, best sangat ke.
maka aku order burger daging ini.
harga RM10.50 sahaja.


siap ada onion rings. ngan cheese meleleh-leleh.
Mr.B order burger kambing. aku sempat rasa gak. so nice.
tapi sikit je aku rasa. kang high blood pressure tak pasal.
tapi sebab kelaparan n tamak haloba nak makan sangat.
aku lupa nak snap pic burger dia. cisssss.
teruja tengok burger bakar sendiri.
siap ada onion ringssss.
memang best. aku suka sebab dia bukan well done.
aku memang tak suka if well done.
so burger ni macam medium.
so boleh rasa moist n all. takda la dry. love love.
tapi dah kata aku ni bedal meatballs je berapa ketul tadi.
aku mampu makan suku je ok.
sebab besar kot burger ni.
so lain Mr.B abiskan.
dia memang suka la burger2 ni kan.

:: siap thumbs up n comot-comot makan ::
:: noy makan meatballs gak. n asyraf makan burger ayam. pun nampak menarik. again lupa snap. cisss. burger ayam dia macam rupa chicken mc duluxe. ::

lepas kekenyangan makan.
tetiba jumpa ada adik ni. reader aku katanya. nama afni tak silap. eh ye ke.
pastu tetiba laki aku siap snap pic.
hish. tengok la hasilnya. ngeri kan.
aku ni dah la pemalu n tak reti ngan orang tak kenal.
dalam pic ni nampak kan kejanggalan ni. hahahah


hahhaa puas hati dapat gak makan.
takleh tahan tengok pic kat blog orang je.
akan pergi lagi next time.
tolong la aku update entry ni konon nak bagi korang terliur.
tapi aku yang sendiri dok tertelan-telan air liur.
pastu menyesal makan burger suku je pastu bagi laki aku.
lepas ni akan make sure aku habiskannnnn.

ok siapa terliur sila angkat tangan.
kalau teringin tahap macam aku takleh tahan.
sila la terjah ke burger bakar abang burn.
check out link ni nak tau mana cawangan paling dekat ngan tempat korang.

http://www.abangburn.com

https://www.facebook.com/abangburn

11 Comments:

Lya Colours said... [Reply to Comments]

memang lately ketara sangat kawan2 blogger update pasal burger ni. nasib baik kat melaka dah ada. so nak p terjah balik keje kang. dah siap simpan perut, tak makan berat dari pagi sebab nak membedal burger abg burn hihihi

pelangi chenta said... [Reply to Comments]

makan meatball memang kenyang dan rasanya mmg terbaiklah

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

nak cari gak weekend ni.. nk tgk leh lawan ikea tak? mmm dappppppnyer tengok uols makan.. geram wehhh

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ohaha xpernah try lg, tp adik2ku selalu la sukanya pergi mkn. haritu diorg nk gi mkn tgh mlm, siap offer nk tapau x meatballs semua tp sbb fikirkan dah tgh2 mlm camtu, xkirim la apa2.. haha. next time mungkin akan try utk pergi mkn xD

Zurina Hj.Zainal said... [Reply to Comments]

mmg terliurrr.....

sitihadiana said... [Reply to Comments]

Hoiiiii keji hokayyy buat org terliuq gila nii....negara penjajah ni nk dpt burger ramli pun hazabbb..sedapppnyaa tgk pics huhuhuhu!
X sabar nk balik!!
P/s: Peej nnt check your email k ;)

nur afni said... [Reply to Comments]

Hye kak peej :) saye la silent reader akak.hehe bye :) ~afni

azrina said... [Reply to Comments]

Jap lagi nak pegi terjah burger bakar abg burn..hehe.. Tenkiu peej, entry ni buat xleh tahan da..

norhayati sulaiman said... [Reply to Comments]

Hi... peej... saya pun mkn suku aje tapi kedekut x nak bg org. Sambung mkn kat hotel esok pgnya, dan tengaharinya.

mantoi said... [Reply to Comments]

Peej .... ko perasan tak .. sayur apa yg dier letak utk burger tuhhh ??

mantoi said... [Reply to Comments]

Peej ... ko perasan tak sayur apa yg dier letak kat burger tuhh ??

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...