Instagram : @peejburhan

random post.

random update.
ada pic n tak share memana lagi.
so update je la kan.

this was few nights back kot.
aku kelaparan.
nak makan nasi ayam tapi dapat rasakan kedai kat atas umah aku ni mesti dah abis.
so ingat nak makan kat tat nasi ayam.
tak pernah try tapi tengok kedai sentiasa penuh je.
laki aku pun ok je.

sekali sementara aku bersiap tu.
dia layan masterchef.
ada lak orang buat mee goreng ke apa kot.
tetiba dia kata nak mee goreng.
then aku kata pergi papparich la.
situ ada mee goreng n banyak choice makanan.
ok je. so lets.



sekali sampai mee goreng rupa ini.
aku tak sure dia nak tunjuk sepinggan mee goreng atau kebun sayur di situ.
tak tau la sedap ke tak. tak tanya laki aku.
aku bukan penggemar mee goreng. aku prefer mihun.
tapi lately aku teringin mee goreng.
tapi taknak sebarangan je pergi beli.
sebab tau nanti tak sedap sebab ada rasa pelik tu. me not loike.
aku suka mee goreng if mama buat je.
if yang jenis color orange n basah sikit.
tu aku suka. sedap pitam.
sekaliiii semalam kat blog dia dia tayang pic mee goreng. CLICK HERE.
aaaaaaa tengok pun tau sedap.
kau tengok la bahan banyak gila menangis.
tapi since aku ni bukan bangun pagi kan.
baca pun dah petang. confirm dah lesap la.
kalau dia update je aku terus aku baca. ada harapan aku pecut gi sana weyh.


sampai sana aku order mihun curry je. sodapp.
tak rasa nak nasi ayam papparich sebab tah bagi tekak aku tak sedap orgasma sangat.
lagi orgasma mihun kari ni.
terbaik. tapi if ayam dia bagi ayam carik lagi best la.
kalau tak jenuh gila.

ni pulak aku makan kat sweet bowl ngan noy.
kita orang ke wangsa walk.
sebab aku nak beli earphone n portable speaker tu. eh tu ke nama dia.
ala yang kecik gila sesuai untuk phone or laptop ke apa.
beli sebab aku nak layan website viooz tu.
sebab kalau tak mampos tak dengar sebab sound dia slow kan.
so memang kena ada benda tu.
so mari ke sana.
lapaq tak makan lagi so singgah makan.

noy ajak ke sweet bowl.
tak tau nak makan apa sebab yang tau assam laksa dia sedap.
so order la tu.
noy order nasi lemak.
aku jenis malas nak order nasi lemak sebab susah nak dapat nasi lemak sedap.
sekali makanan noy sampai aku terkesima.
nampak lazat gilaaaa. aku lupa snap pic.
tapi guess what memang sedap nak mampos ok.
terbaik la. sambal sotong tak manis.
ikan bilis rangup. nasi dia lemak sungguh. ayam goreng biasa la.
tapi memang terbaik la.
menyesal tak order nasi lemak. dah la lapar.
tau kan perasaan yang macam kau lapar gila, kau rasa apa-apa selain nasi akan mengenyangkan kau.
tapi sebenarnya bila laksa aku sampai tu kenyang gak nak abiskan.
n sedap meletop gak.



haih tengok pic ni rasa lapar ku kembali.
ok tak kira karang nak makan sini lagi la.
eh jap confuse. patut ke order nasi lemak ke nak laksa lagi ni?
oh mann.
ada yang tamak kejap lagi ni.


sweet bowl ni kat belah hujung area tgif tu.
sesiapa nak try sila try.
nasi lemak ayam goreng dia sedap.
assam laksa pun sedap.
aku rasa yang lelain pun sedap kot.
aku pernah try jugak dulu nasi goreng tomyam dia pun sedap.
cuma jenis tak banyak lauk2 isi dalam tu je.
*telan air liur*

satu yang aku memang kalah.
aku takleh nampak ini.
memang rasa nak beli.
rasa apa. memang beli punnn.


*makan pejam mata*

eh ok la. aku nak pack barang.
ada few customer purchase barang
malas nak simpan lama.
so kita post hari ni.
tapi tetap next week baru dorang dapat sebab cuti kan.
ok bye.


2 Comments:

BEA.Xaeren. said... [Reply to Comments]

saya slalu lepak kat sweet ball..asal lepak sana je mesti order nasi lemak dan roti bakar apa ntah(tak ingat nama) yangletak peanut butter pastu letak coklat cair atas tu.. slurpppp..meleleh ailio bila teringat... hahahha...

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

woih menariknyaa gambar assam laksa tu!! dah lama x makan assam laksa yg pekat2 mcm tu. dlu suka sgt mkn assam laksa kat lemongrass, tp xdpt dah skrg. bilalahh kan kutemu lg dgn assam laksa best pekat. tsk.
:P

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...