Instagram : @peejburhan

menarik topik primodana today

aku tak ikut primadona ni.
tapi today ni tengok pulak sebab aku suka tengok keek eira syazira.
sebab keek dia n laki dia lawak nak mampos selalu.
so dorang kata dorang ada.
kemain mak semangat tengok ok. hua hua.

topik hari ni ialah adakah betul lelaki selepas berkahwin tak romantik.
aku tak tau la orang lain.
tapi ntah aku rasa aku bab ni sangat lucky.
sebab Mr.B ni romantik gak la.
ok tak tau la definasi romantik orang macam mana.
maybe untuk some people romantik maknanya laki kena bagi bunga selalu, kena bawak makan mahal2, kena selalu surprise bagi hadiah ke apa.
well kalau tu definasi orang tu. yang tu memang laki aku tak reti la.
plus aku pun tak nak. sebab pernah je masa memula bercinta dulu dia beli kan memacam.
tapi taste tak sama uols. nanti barang dia beli semua aku tak berkenan.
bila tak berkenan aku lak jenis tak reti nak coverline n tipu ala2 wahhh sukanyaaa.
tepat je aku kata tak suka. kang dia lak kecik hati.
so better dia takyah beli. nak bagi aku duit belanja, nanti nak apa pandai2 la aku beli sendiri apa aku nak. gituh.

tapi bagi aku romantik dia lain.
contoh daripada 1st day kawan ngan dia, until now dah kawin setahun.
dia tetap akan call aku sehari lebih daripada 5 kali.
walaupun conversation tu hanya seminit pun n cakap benda2 bengong je.
kadang ada rimas, tapi bila dia tak call aku lak jadi risau.
bukan risau apa, risau macam eh dia ok ke, selamat ke, kat mana dia.
so kat situ aku kagum la.
bayangkan daripada 2004 sampai now dah 2013 dia macam tu.
even masa break setahun tu pun sama ok. tu lagi banyak dia call n message.
every single day! even aku tak pernah angkat or reply message dia.
dia tetap message macam aku ni gf dia. so hati mana tak cair kan.
bak kata pepatah kerak nasi kalau lama2 kena air lembut jugak kan.
so ni jugak antara penyebab macam mana dulu cinta lama bertaut kembali. huhuhuhu.

selain call dia kemain la rajin bagi message.
walaupun bini dia paling la pemalas reply kan.
dia bagi je. memacam la.
kadang tergelak je baca.
kadang lawak, kadang manja, kadang drama melayu dia ngan kata2 puitis.
kadang dia forward mms yang segala love2 la apa semua.

kadang2 aku rasa romantik dia tu sampai aku ni spoil gila.
contoh bab rumah ni la.
kemain la rajin dia ni.
semua dia buat ok.
aku ni hampir takda apa sangat la nak buat.
aku cuma buat bila aku rasa hasil kerja dia tak memuaskan.
contoh maybe macam meja dia pakai feather duster je.
aku rasa macam tak best, if rajin aku akan pakai kain basah la lap.
or cara bersihkan kipas ke.
kebersihan toilet tak capai piawaian aku ke.
lain memang dia je buat.
ni aku dok menaip mengadap laptop n tv.
dia tengah mengemas.
tengok menyapu lantai la apa. huhuhu.
ni lepas keluar hospital lagi la weyh.
dah apa je aku buat. baru angkat barang sikit cecepat dia yang sambut n buatkan.
tadi dia tau aku angkat bakul baju buat laundry pun dia kata nak beli trolley bagai supaya aku takyah angkut barang.
hoi melampau tau.

lain-lain yang buat aku selalu thankful sebab ngan dia sebab dia manjakan melampau.
terima je seadanya.
tak kisah la aku ni gemuk ke, huduh gila ke, berminyak ke, masam masin ke, dia tetap rasa kau la paling lawa, paling terbaik la apa.
senang kerja. xyah nak bekerja keras sangat. hahah.
tapi tak bestnya nanti lupa diri la.
tu yang pernah gemuk melampau sampai 90kg tu. gaagaggaga.

banyak lagi la.
nak sebut semua kang ramai lak muntah hijau. huhuhu.
kadang tengok cara dia layan parents kita, family kita pun rasa romantik n sweet je.
untung rasa kadang2.
sebab pernah jumpa ngan lelaki jenis sombong.
jenis datang rumah mertua jenis duduk luar je. masuk pun taknak.
jenis mertua datang siap2 dia kata nak tidur boleh tapi jangan lebih daripada 3 hari. amboih.
lain lak ngan laki aku. siap bagi cadangan kat aku suruh family aku semua tinggal sekali sini.
itu pun amboih gak. amboih over kau kan.
kalau macam tu baik daripada awal aku takyah pindah.
kita je duduk umah mama. merepek2 je. huhuhuhu.

sekian bebelan iolls.
sibuk buat kerja.
aku tak reply lagi email orang yang order daripada minggu lepas. huhu.


3 Comments:

Teena Tna said... [Reply to Comments]

Smoga berbahagia selalu (tersenyum je baca entry akk) hehe..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

insanbiasabiasa.blogspot.com

Nuraz said... [Reply to Comments]

Mr B mmg romantik..mmg terserlah masa akak dan intandayani visit peej kat HKL hari tuh...heheheh... - K.nur

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

bagus la, sebab mr B tu romantic and caring, drp cerita ko. kta pun xtau apa definisi romantik yg artikel2 skang ni selalu ckp lelaki malaysia xromantik.. haha. mungkin maknanya macam xselalu meluahkan perasaan cinta tu or tunjuk dgn perbuatan (bg hadiah, bunga, etc). kot.
me&husband, kitorg pulak mcm gile2 camtu. xde la nk malu keluar pegang tgn semua. haha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...