Instagram : @peejburhan

Melaporkan

Melaporkan diri daripada hospital day 4.
Lebih tenang bila x de masuk notification kat hp ni.
On data bila nak communicate ngan mama je. Pastu cepat2 off balik.

So bila tenang i can really enjoy my stay here.
Rehat sungguh rasa.
Terhibur tengok macam2 ragam.
Ragam pesakit yang satu wad ni.
Ada makcik yang sangat peramah satu wad dia tegur n sembang n macam2 gossip ada.
Ada yang asyik perati kau, sampai tak senang duduk.
Ada time aku rasa macam aku kat wad mental sebab baju kami semua sama.
Pastu kul 1lebih pagi semua duduk atas katil termenung tak leh tidur.
Lawak. Buat aku tergelak sorang. Memang mental.

So far ok la.
Nurse semua baik n sweet sangat. Lembut je.
Doktor2 pun semua sweet.
Even pakcik cleaner pun kemain peramah.
Selama ni orang cerita kan hospital kerajaan gitu gini la. Ntah aku rasa mcm ok sangat dorang.
Kecuali sorang la. Cheng cheng cheng cheng *effect bunyi nak tikam orang*
Staff nurse dia. Eh ye ke eja gitu. Ala yg dah tua sikit n pangkat besar tu.
Hoo saiko makcik tu. kerja nak memali nurse je. Ada je dia nak carik kesalahan. Siap marah jerit2 lak tu.
aku dok 4m jauh leh dgr.
Ada satu tu elok nurse tengah catit apa depan pesakit ni. Agaknya ada la silap. Siap maki hempas2 fail cakap bodoh bodoh! Eee saiko ke apa kau.
Sian adik tu nangis dia.
Apa salahnya kau tegur elok2 tarik ke tepi ke kan. Ni depan org buat mcm tu. keji gila.

Tu je la. Lain ok.
Duduk ward ni takda apa kau leh buat.
So perati je la sana sini.
Tetiba tengah tidur datang bau perfume lelaki. Wah harummm. Rupanya nurse lelaki tengah kemas katil sebelah. Kahkahakah.
Tetiba ada doktor bengali yang sungguh lebat buli tangan yg x tentu arah. Sesikit check hp dia yg bunyi twitter sana sini.
Pastu ada doktor houseman yang hamagaddd ada sikit rupa shamsul yusof hokayyyy.
Cecepat aku capai cermin mata buat nak tengok sekeliling padahal nak tengok kasi clearrrrrrr. Fuhhhhhh.

Tak tau lah bila leh keluar ni.
Tadi dorang kata petang aku tukar wad.
Masuk ward stabil. Eh selama ni tak stabil ke? Tak tau pulak.
Patut la aku nak tukar 1st class hari tu tak bagi sbb nak monitor. Rupanya tak stabil .

Pagi tadi aku macam dizzy gila.
Mlm je selalu demam.
Dah la last semalam aku makan petang ada la 5 sudu je.
Lapar woi. So makan biskut la bape keping.
Pastu mintak panadol sbb sakit kepala sangat sampai takleh tidur.
Bangun je check darah boleh tak gula aku 2.2 je. Kelam kabut dorg bg milo.
Sodapppppp. Kalau x asyik minum air masak je weyh.
Tak pun sarapan dpt air kopi apa ntah aku rasa mcm air jamu je. Eeeeeekkkk.

Ni masih pening.
Ok la nak rehat.
Buhbye

P/s: ho mai ni br kejap nurse suruh timbang. Aku turun 8kg. Memang aku ni sakit bebenor ke?

16 Comments:

Capt Lalok said... [Reply to Comments]

cepat sembuh peej...

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

get well soon beb. jaga diri elok2. gila gula ko rendah gila.. naseb x pitam.

Ms. Whoda said... [Reply to Comments]

kak peej, get well soon ya...:)

NorMala Bahar said... [Reply to Comments]

Adik take a good care of u'r self.. semoga cpt baik.. jgn jd burung hantu lg tau lps ni.. hehe.. tido on time.. bgn on time.. biar natural beauty gitew.. ape2 pon.. anggap yg terjadi ada hikmah d sebaliknya.. allah nak ambil sesuatu.. sbb dia nak bg sesuatu yg lbh baik.. lps ni kena jg diri lebih2 lg..

linda said... [Reply to Comments]

Pija. Lawak tau tang nurse lelaki bau harum ngn houseman hensem tu. Gelak sengsorang aku baca blog ko ni. Moga2 ko cpt sembuh ye...

Nirwana A. said... [Reply to Comments]

oh myyyy... kuat nya semangat kak peej ni.. sy baca pun rasa macam kalau sy d tmpt kak peej mmg akan merengek2 da.. hehe.. tp kak peej tak rasa diri kak peej sakit pun kn.. that shows that u are a strong wamannn.. mentally, physically and emotionally.. that's what u need if ur doing business.. apa2 pun.. gud luck!

JunAina said... [Reply to Comments]

Semoga cepat sembuh, tentu untie dan uncle risau-risauan.

intandayani said... [Reply to Comments]

Peej ni kat wad bpe?baru tau rini u msk wad..I kje kt HKL ni je

Mrs Ariena said... [Reply to Comments]

Salam peej..jaga kesihatan baik-baik..bestnya da turun 8kg..eheheheh...

Ikin Gomez said... [Reply to Comments]

get well soon peja!!!

rohayaroy said... [Reply to Comments]

peej... semoga cepat sihat ye... demam mlm tu tak elok ... makna ur infection lom sembuh tu... mkn ubat n rest k.. In sya allah ..

Kniedaz said... [Reply to Comments]

Take care sis..rehat banyak-banyak

pjotlee said... [Reply to Comments]

che ni leh dikatakan tiap2 tahun tdo spital. paham sgt boring dok spital tu..baik swasta or gomen..mmg nk sgt balik cpt2.. hehehehe...get well soon..

Lenna Menggong said... [Reply to Comments]

Kalau baju biru muda pangkat dia Sister
Kalau baju biru tua pangkat Matron...
Get well soon sis Peej
-silent reader...hehehe-

sya mansor said... [Reply to Comments]

get well soon kak Peej :)

liyana said... [Reply to Comments]

salam kak peej. i have been your silent reader for a while now. i've read your mom's blog too! love her stories! cant wait for the next chapter actually. :)

saya pun keguguran 2 minggu lepas. i was very upset. tapi, dah ketentuan Allah kan. bukan rezeki saya. InsyaAllah ada hikmahnya. i was following your update about your health, and i'm really hoping that you get well really really soon!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...