Instagram : @peejburhan

me lobster me assistant.

bangun tadi dengan berpuluh email, whatsapp n sms.
jarang begini. maybe sebab orang tengah gaji kot.
comelnya sebab ada banyak jugak adalah daripada reader ku.
yang lepas baca entry lepas aku, menawarkan diri nak jadi assistant.
ramai lak tu. sampai keliru aku.

prob ngan aku, aku ni susah percaya orang.
no offence. bukan sebab apa pun. memang aku macam tu.
tengok la dah berapa lama aku blogging. kau boleh kira berapa kerat je yang aku rapat sikit yang aku kenal thru blog ni.
aku memang macam tu. tak reti buat kawan baru. selesa ngan yang aku dah bebetul kenal ke apa.

so sama macam kes assistant ni la.
semalam aku meluahkan perasaan kat Mr.B kata aku nak assistant.
aku akan bagi la satu set sekian ringgit.
terus dia cakap adik dia boleh buat.
terus capai phone nak call.
aku stop kan. cakap, nanti la duluuuu aku pikirkan.
dia coverline kata nak mana ada nak call, dia nak check tgkk ada tak hp dia kat poket. ecehhhh.

then balik rumah aku pikir.
sebelum aku bukak ke orang luar baik aku tanya noy dulu.
kang aku tak tanya dia padahal dia nak, kang sentap lak.
dia taknak aku offer ayol, ayol taknak aku offer p.g
which aku doubt p.g nak buat. kang aku yang pening dia tu asyik merungut je.

so semalam tanya noy, amazingly dia nak.
gigih malam semalam gak datang umah aku.
n siapkan few set.
gila perempuan tu laju buat.
aku pun masih terkial2.
tapi orang otak tak center buat kerja ada gak la silap.
ada yang terang2 toner dia gi tampal sticker cleanser. eee sabar je la.
tapi betulkan la lepas tu.
then bukak botol facial soap tu. dia tak reti.
aku je kena bukak.
aku kata ok aku potong seringgit.
aku memain kot.
sekali dia taknak potong rm1 dia bukak sendiri.
to p orang bukak botol ada liquid mesti la botol mengadap atas.
dia tak. botol melintang. tak pasal tumpah sikit.
eeee sabar je la budak tu.

dia boleh gelak2 happy.
aku dah la semalam extra stress.
so benda kecik macam tu pun aku stress.
ye la aku kan ada isu nak pass kerja ke orang.
so bila jadi tak macam aku nak memang aku stress lebih. hua hua.

tapi ok la. now tengok dia dah ok.
ni dia sambung buat.
rajin gila.
siap ada target tu nak dapat berapa ratus.
aku lak juling dengar, sebab if dia dapat siapkan aku kena bayar ni.


buat pun ceria.
laju lak tu.
sejam dia dapat siapkan 9 set.
aku sejam 3 set kot. tah apa aku kebek pun aku tak tau la. kahkahkah.
lega sikit ni aku leh concentrate reply email n mengadap blog jap.
kepada yang offer diri tu.
thank u yea. sorry buat masa ni since noy nak tolong. will stick with her.
kalau tetiba dia dah jemu buat.
aku akan bebel2 lagi sini. :)

oh satu lagi.
bagi customer yang nak beli barang.
tolong gunakan 1 medium je untuk order n communicate ngan aku.
if email, emailllll je.
if sms, continur ngan sms,
if nak whatsapp then stock with whatsapp.
jangan kat semua kau nak hantar.
sumpah aku keliru nanti.
esp bila nama kat email lain. nama kat sms bg lain. nama kat whatsapp lain.
okeyh?

ok bye. nak sambung buat kerja.

1 Comments:

Iz said... [Reply to Comments]

Aku pun kompius kalau place order kat sms/whatsapp/email/fb. Pehh.. last2 aku yang bengong hahahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...