#sayajual

Tabita Skincare
-Tabita Exclusive Set RM280 -Tabita Regular Set RM250 -Tabita Trial (repack) Besar RM150, Kecil RM120

- Premium Box (30sachet) RM197 -Trial Box (10sachet) RM68

-30g RM55 -50g RM65

-RM96 (SM) -RM99 (SS)

Dr. Glow
- 1 set (Cream & Serum) RM150 *Promo

macam-macam rasa

*disclaimer - entry ni mungkin tak sesuai budak2 or lelaki baca. so read at your own risk ok. jangan nanti ngeri ke jijik ke apa pulak.

ok aku ni period tak menentu.
kejap cepat, kejap lambat, kejap lambat melampau.
so aku memang malas nak expect apa-apa sangat.
layankan je.

memula kahwin dulu bila lambat sikit ada la rasa macam-macam.
so bila lewat melampau sangat siap beli upt la apa bagai.
pastu nanti check kekecewaan je.
rasanya pernah 3 kali kot try.
semua mengecewakan. so aku memang tak kuasa dah.
tak suka rasa kecewa tu.
kecewa bukan sebab aku. aku rasa aku ok lagi.
tak sanggup sebab mengecewakan suami, parents aku, adik beradik.
semua kan nak anak, cucu, anak buah la apa.
perasaan tu yang tak sanggup tu.

so memang malas dah nak letak hope.
belum part aku sakit apa sikit semua pun komen memacam.
membuatkan rasa, eh ye ke. tak kot.
eh ke memang ada ni.
tapi tu la bila check memang takda apa la kan.

nway, last aku period was early march.
april memang takda.
tapi memandangkan aku kan memang biasa la lambat ke apa.
aku pernah lambat sebulan tapi elok lepas tu period je.
so kali ni pun aku sama je la.

tapi paling tak tahan laki aku ni suka la asal jumpa family ke, kawan2 aku ke.
kata dalam perut ada baby. bla bla.
eeeee tak sukaaaaa. sebab masalahnya takda. yang nak kata ada kenapa.
buat sakit hati tau.

hidup ku teruskan macam biasa.
sampai la few days back tetiba period.
ok fine. same ol same ol.
as usual Mr.B ngan kekecewaan dia.

period la macam biasa.
memula darah sikit sangat. then baru keluar.
sampai hari kedua malam ke ketiga aku lupa.
aku rasa macam zruppp keluar.
still tak rasa apa rasa macam biasa.
aku dulu dpd kecik suka gurau ngan noy.
kan ada lagu tlc tu ,"don't go chasing waterfall".
so bila jadi macam tu kita orang akan cakap macam tu.
so masa jadi tu aku gelak sorang2 n cakap, wah waterfall.

then later tu nak kencing kan.
masuk la toilet.
tengok kat pad tu ada something pelik.
ok kan kadang2 ada la macam darah beku2 sikit.
tapi of coz kau tau rupa dia macam mana.
tapi yang satu ni lain.
sebab dia quite big. memang tak pernah la aku nampak seumur hidup.
pastu dia bukan darah ke apa.
dia macam isi n warna gelap sikit. rupa ada sikit macam hati ayam mentah tu. tau kan.

aku dok la belek perati macam orang gila.
ye la apa benda ni.
then i swear, aku rasa bentuk dia macam kepala kat atas tu, then isi, bawah macam ekor sikit.
aku tak tau la aku yang paranoid ke apa.
siap aku rasa tang kepala macam nampak bentuk/corak ada mata.
berderau rasa. tapi still clueless.
sebab tak mungkin kot.
then tak puas hati aku angkat tengok.
dia macam pejal. if darah kau tau la. kau sembur pakai air dah hancur kan.
ni tak.
tak tau nak rasa apa. still rasa aku saiko n hallucinating.
so aku just buang n flush.

keluar daripada toilet rasa tak sedap hati.
apakah yang aku nampak tu.
takkan kot aku mengandung pastu gugur ke.
macam2 la aku google. boleh ke janin keluar dpd period la apa.
satu hapa tak jumpa.
then aku google image fetus apa bagai.
then jumpa satu tu. omg samaaaaaaa!!!!!
tapi pic tu punya macam besar sikit la.
then aku baca yang tu 6 weeks kot.

kuat gak kat hati ni kata maybe sama la.
tapi still tak rasa apa.
maybe aku paranoid.
ku abaikan.

then sampai today aku macam rasa tak sedap hati.
asyik la teringat.
so duduk-duduk tadi aku google lagi.
n yesssss. aku jumpa yang sebijik n hampir sama sangat.
rasanya 98% sama kot.
ni la yang aku nampak semalam. HERE.
terus tak tau nak rasa apa.
tak tau nak cakap kat sapa.

so terus contact geng whatsapp.
cerita la itu ini. bagi sekali pics tu.
dia kata ye la tu.
ye ke? aku sendiri macam takleh percaya. rasa macam takkan kot?

then dia tanya ada tak aku sakit melampau.
aku kata aku memang jarang period pain.
tapi kali ni memang sakit melampau. tapi aku rasa normal la kan.
tapi then terfikir yang aku makan panadol pun tak jalan.
noy bagi pain killer yang katanya sekejapan hilang sakit pun aku punya sangat lambat la nak jalan.
memang sakit la. tapi again. ku pikir biasa la period pain memang sakit.

then dia tanya takda ke sakit2 badan. orang kata if gugur sakit badan.
aku cakap memang la sakit badan.
tapi aku pikir kan 2-3 minggu ni aku macam busy sangat ngan ephyra.
selang sehari amik stock la. then angkat berkotak2. masuk umah. sekotak dah 12kg.
then post pulak. sekali post angkat bag puluh kilo lagi.
if Mr.B ada dia tolong. if takda memang aku buat sendiri semua.
so normal la kan sakit badan semua.
ada la kelmarin kot. masa yang aku jumpa benda tu.
aku macam sakit sangat la pinggang n badan.
mintak Mr.B urutkan. dia kata ok.
tapi sampai subuh tak masuk bilik tolong.
sampai aku merajuk la.
see bila cerita ni baru teringat macam2.
masa jadi tu serious pikir sakit badan sebab tak cukup rehat lately ni buat memacam.
ngan aku buat makan2 kat rumah apa bagai kan. mau tak sakit badan.

then sembang tadi ngan geng2.
terus dia tanya takkan aku takda rasa beza apa.
aku kata ok memang la aku demam hari tu.
tapi aku ni kan lately asyik demammmmmm je.
mmg aku now kurang makan buah n sayur ke apa.
takda vitamin c apa semua. so memang pikir takda apa.
then ada la rasa mual la apa la.
tapi kan aku ni malas makan. semua kata sebab angin.
so aku pikir gitu la.

hmmpphhhh. entah la.
tak tau la memang betul apa ku nampak tu adalah fetus.
or adakah aku ni saikosis. tak sure.
tapi if betul la itu adalah fetus. tetiba rasa emo lak tadi.
ye la sebab aku if lambat period memang malas check sebab dah biasa sangat macam tu kan.
teruskan hidup macam biasa.
ngan rokok aku, ngan tak makan ikut masa, ngan angkat benda berat sesuka hati semua.
if la tau. maybe aku akan lebih hati2 ke kan.
everyone akan happy. especially Mr.B.
hahahhahahaha.
*motip gelak tetiba. tu nama coverline sebab tetiba sebak* hahha bongok tau.
padahal benda cenonet je yang aku nampak tu.
pastu tetiba aku saiko if betul tu fetus, sesuka hati aku flush je.
cissss.

if la betul. its ok. anggap takda rezeki kan.
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita orang suami isteri.
tadi aku bagi tau Mr.B, ok je dia tenang.
siap kata, "takpa nanti kita usaha lagi yea"
:) ok.

akan lebih semangat lepas ni. hua hua *tetiba*
Doakan kami ye.





21 Comments:

elle said... [Reply to Comments]

Peej, one of my friend keguguran baru2 ni. Situasi almost mcm yg u experienced. Lepas tu bila pergi klinik, doktor 'cuci' rahim dia, sebab takut ada sisa yg tak keluar habis later on mungkin akan efek kat rahim dia. I think u can try to refer or check at any clinic also either nak kena 'cuci' jugak or not. Tapi lepas cuci tu, my friend kena berpantang la. Just sharing...

Zarina Dan said... [Reply to Comments]

Alaa...sedih plak baca entry ni..sy doakan moga niat kak peej akan tercapai..moga lebih kuat..usaha lg ye..go go chaiyok!! (^__^)


me is ur silent reader.

Zanira Noh said... [Reply to Comments]

tak tahu nak komen apa sebenarnya, tp nak komen jugak, hahaha... aku kan tak pandai berkata2 and nak bagi semangat kat orang. Cuma aku nak cakap, mungkin bukan rezeki mu. Takpe, lain kali cuba lagi dan hati2 ok. Nanti ko cek utp senyap2 je jangan bagitau orang... kalau +ve baru cek bersama2 lagi sekali, hehehe

Mrs. Bogus aka Pn. Syirah said... [Reply to Comments]

hai peej, ni my first time komen sini..i pun penah gugur 2 kali berturut dlm masa 3 bulan...i pon mcm u period x regular and bila check hormon dgn doc, due to PCOS..u boleh google to check the simptom..after 3 yrs married( 2 yrs consult doc) baru dpt 1st baby.. u maybe miscarriage and try la jumpa doc scan ur womb kot ada yg tak keluar habis..and doc ada bgtau pompuan after miscarriage or after deliver baby mmg tgh subur so boleh la work hard pasni..hehehe..tp pls consult doc ye..

Myne Khalid said... [Reply to Comments]

Btol tu...try la g clinic...

yatie nur said... [Reply to Comments]

kak peej..1st time comment here,tapi sy memang follow blog akak almost everyday=) Allah knows best..tapi kan,better kak peej gi jumpe doc/gynae coz kawan sy pun lebih kurang mcm kak peej,tapi die simpan apa yg keluar tu tnjuk kat doc..besenye kene cuci,takut ade yg tertinggal,nnti infection,bahaya..then kene pantang mcm org lepas bersalin,tapi sekejap je,rasa mcm 2 minggu je kot,nak bagi pulih dalaman..pape pun kene cepat jumpe doc ye..

promises_promises said... [Reply to Comments]

Ye peej.seram dgr cerita kau.kalau betul..why not cepat2 jumpa gynae n get consultation.take care tau.

Dils said... [Reply to Comments]

I pon pernah gugur and die keluar exactly as ape yg you describe. But I scan doktor afterwards and ade lagi (fetus? janin,,? aku pon tak tahu nak describe), so I kena buat dnc. I punye advise pon sama macam Elle, better jumpa doktor just to make sure.

Insya Allah ade rezeki nanti and take care of yourself.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

drp cerita ko tu, mmg itu tanda miscarriage. sbb ada kwn2 kta yg baru kahwin and x aware diorg pregnant, diorg kerja lasak2, travel jauh2, or excessive sex ms awal2 pregnancy.. tu atr pnyebabnya. if ko miscarriage, ko g klinik biar doc check & cuci bersih kt dlm spy xde infection. then pantang mcm org bsalin jgk la.. biasa klau org kerja dpt cuti 2 weeks. & org yg miscarriage kne pantang dlm 6 months tu baru betul2 badan (& rahim) dh ready for the nxt pregnancy. tp klau pregnant lg skali lebih awal, rezeki ^^ cuma better after 6 months utk badan sembuh spenuhnya.

if yg baru2 kawin ni, even tho xpregnant lg, kne dh start ambik berat kesihatan like start minum susu etc. my mom ckp gitu. spy badan ckup zat utk pregnant nnti. kira get ready dr awal, even b4 pregnant. and ko jgn risau2, sbb org sekeliling kta yg prnh miscarriage tu, lps tu pregnant balik and ada yg dh bersalin pun :) just tk care and jgn buat kerja berat2 aight.

kUyacUmi said... [Reply to Comments]

Hurmm...sabo ye kak...if true, maybe blom ada rezeki untuk kalian...we always pray for ur happiness...

shuweet said... [Reply to Comments]

Huhuhu sedih nye...aku pun alami yg ko alami ni peej last nivember...takpe. Insyaallah ade rezeki untuk kita kita ni nanti..take care

A.I said... [Reply to Comments]

Alamakk..sorry, aku baru baca entry kau ni. sabar bebanyak ye beb. Insyaallah lepas ni ada lagi rezeki kau laki bini..

take care..

farra8979 said... [Reply to Comments]

get well soon... insyaallah, Allah knows best. ^^

akiss. said... [Reply to Comments]

get well soon kapeej. doa yg baik2 aja utk uolls berdua :*

IeYzA azmIEy said... [Reply to Comments]

alahai... kesiannya.
bukan rezeki mungkin. takpe usaha lagi ya lepas ni.
and jangan buat keje berat2 dah.... angkat kotak berkilo kilo manalah tak misscariage...
moga lepas ni peej akan betul betul ada rezeki nak dapatkan cahaya mata. pray for u =)

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Bederau bc post kau kali ni peej.
Ye lah kan..aku kalau xtau pun aku akan buang benda tu, sb ada sekali dgn darah. Aku ada gak period mcm tu..warna brownies, aku cucuk nk tau lah rasa mcm mana kan..sekali sentuh hangat je. Terus jirus sb geli huhuhu.
Kau jgnlah buat kerja angkt brg berat sgt. Tau tu punca rezeki kau, tp kesihatan kau kne jga. Kalo rs kau tak sayang diri kau, tp sayanglah org sekeliling kau yg menyangi kau. Take a good rest. Jgn pikir bukan2. Redha n tawakal ok. Insyallah, ada yg menanti untuk kau akan datang.

Dee Yana Dee said... [Reply to Comments]

Hai kak. Baca ur entry. U same like me. Tapi u dah jadi fetus. I baru nak jadi ketulan darah. Ade la dalam usia seminggu. Sebab tak lekat kuat kat dinding rahim dia jatuh sendiri.. Betul kate u, mase bende ni berlaku kite tak tahu apa benda yang keluar tu. Confius, cuak.. Semua ade. Sebab kita tak penah pregg. Macam mane nak tahu tanda-tandanye kan?! Bila dah research sane sini baru tahu ape benda tu. Tipu la kalo kate kita tak sedih ngn ape yg berlakukan. Lagi-lagi kalo kite memang menunggu saat tu. Redha. Mybe belum sampai mase kita tuk jadi ibu. Insya Allah akan tiba masenya nanti. Be strong kakak..

ms. apple said... [Reply to Comments]

Get well soon kak peej.
In shaa Allah yang lebih baik menanti. Take care. :)

Anne mahli said... [Reply to Comments]

Amin...try harder peej! chaiyok2! ;)
moga cepat sembuh..

R.R.Z said... [Reply to Comments]

peej..sama la, lepas kawen period tingtong sikit.
kejap kang 28, kejap 30 tiba2 sampai 40 hari..

bulan 9 last year la..x period2..agak lama, malas nak mengharap..wahh enjoy sakan..teringin minum coconut shake la..coke la..jus nenas..esok tu period..ok la, but 2nd day..keluar mcm yg peej ckp tu..dgn sakit perut mcm org gila..setiap 5 minit..bpeluh2 satu badan..siap nangis2 bwh bantal..7weeks gugur..kena drip kat spital.sakit..wuu

apa2 pon, peej rest2 ok?tuam2 sikit..elak benda berangin..dah sihat nnti..g berurut tau
<3

zalina zakaria said... [Reply to Comments]

Same mcm kite jg..kite 5 weeks ms tu...igt period jg...tp mmg rasa lain mcm sgt dh time tu....sakit pinggng2 melampau2.....darah pulak byk....sekali nk cuci sekali terjelepuk...naluri kuat mgatakn itu janin....terus bgtau suami pastu g klinik bw benda tu n doc sahkn tu mmg janin...tak cuci pun sebb doc ckp kuar habis...xpe kak peej...inshallah lepas ni ada rezeki kite ye.....aaminn

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...