Instagram : @peejburhan

kecik ati kita tau.

hari tu kan balik melaka untuk wedding izza.
aku tak update lagi sebab aku memang malas amik pic kan now.
Mr.B pulak kemain ke hulu ke hilir amik pic sana sini.
seronok aku. bagus rajin.
tapi bila tengok pics yang dia amik amatlah kecewa.
sebab ada ke tetiba muka aku half kena cut.
dia kata ok. kau geram tak geram la kan.
paling tak tahan masa reception kata banyak pic dia amik.
aku pun balik tengok la.
memang banyak. tapi sibuk dia amik pic wartawan melodi la apa semua.
gambar aku satu pun takda ok!
aaa stress.
nasib ada few terselit kat camera mama.
so biar mama update dulu. nanti aku corik pic dpd dia. huhu.

nway, masa malam nikah tu.
makanan adalah super sedap.
kita orang dah la lapar.
last makan pukul 2ish pm sebelum bergerak daripada KL.
makan pun sikit gila alas perut katanyer.
pastu since traffic jam nak ke sana.
sampai pun dah kul 6pm. bersiap apa. tak sempat la makan.
sebab aku one of the dulang girls.

matiklah nak kul 10pm baru dapat makan hoih.
gila aku n noy amik makanan macam gunung.
n makan licin ok.
dah la sedap lak tu lauk.
nasi putih, asam pedas ikan tenggiri, sayur campur, ikan kering, ulam2, sambal belacan.

kau jangan.
dia kata je tetamu sila menjamu selera.
aku n noy pecut ok!
aku rasa kita orang orang ke 5 beratur kot. hahahhahahahahah.
lapar rasa nak pukul orang dah.

lepas je makan Mr.B datang ke meja aku.
sedappp gila. ni asam pedas kan ja.
tak pernah la i makan asam pedas sesedap ni.
ni betul asam pedas melaka.
yang kelakar dia tak abis2 kata sedapnya asam pedas mak ngah (mak izza)
masalahnya tu asam pedas catering buat. bukan mak ngah.
tu nama lembu punya susu sapi dapat nama. huahuahauahaua.

ok aku ingat ia akan berakhir di situ.
no no no.
he rave about the assam pedas selama kita orang ada kat melaka tu.
tak abis2 sedap gila assam pedas mak ngah.
tak pernah rasa sesedap tu la. assam pedas melaka terbaik la apa.

semua dia nak bandingkan ngan asam pedas tu.
bawak gi makan ikan bakar.
"biasa je. baik makan asam pedas mak ngah tu"
tetiba je.
then ada makan kat bandar hilir. makan asam pedas gak.
"takda la sedap mana. takleh lawan mak ngah punya. tu terbaik"

eee malas aku nak layan.
bukan nak appreciate orang bawak gi makan. condem pulak.
paling aku tak tahan later tu lepak la umah mak ngah.
ramai lak ada sedara mara.
so kita orang lepak luar.
ada la pengantin baru, sepupu aku, ayol, aku n Mr.B.

dia dok la puji kata sedap2.
serious tak pernah dia makan asam pedas sedap.
aku sentap la. hoi aku masak tak sedap ke.

me : abis asam pedas i tak sedap ke?
him : tak modip(sedap) sangat.

pastu semua gelak.
aku dah macam whattttt?
semua orang suka. dia kata macam tu.
maybe sebab aku suka buat asam pedas pekat.
yang hari tu punya jenis cair.
but stillllllllllll!!!!!! tumbuk kang kutuk masakan aku.

pastu dia kata la sambal ikan bilis kentang aku memang terbaik la.
tapi jangan la selalu sangat buat. muak. buat la masakan lain
sumpah aku bengang gila.
woiii kau yang kalau boleh hari2 or selang sehari request.
pastu leh cakap macam tu.
eee bengang.

malas aku layan dia.
tapi lepas tu aku pikir n emo.
memang tak sedap ke aku masak.
ke aku je syok sendiri. siap share resepi kat blog.
sekali orang follow sebenarnya hampeh.
tapi mostly orang yg makan kata aku masak sedap.
ke orang tu semua puji tak ikhlas n nak jaga hati aku je.

terus rasa tak semangat ok.
n macam malu je nak jamu orang makan.
mungkin aku kena panggil juri pastu masak2.
suruh dorang judge ala2 masterchef. hahaha.
tak pun masuk pertandingan masak ke.
wahahha tetiba.
tapi aku ni reti masak untuk makan sendiri je.
tak reti pulak nak fancy2 poyo2 hias2 ke apa.

ahhhh biaq pi la tak sedap.
lepas ni biar aku masak aku sorang je makan.
*flips perut*

5 Comments:

Adila Hassan said... [Reply to Comments]

hahaha takyah nak emo2 sangat la peej... asam pedas pekat la terrrbaik hehe saya suka saya suka...
ko layankan je, sok lusa dia lupa la tu rasa asam pds mak izza tu hehe pastu nnt mintak ko buat asam pedas lg. nnt satu hari aku nak ajak laki aku g rmh ko la nak mkn asam podeh

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

Ben nakal sungguh. Piat je telinga dia peejaaa :)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ala peej, lain org lain selera. kta sendiri ni guna resepi asam pedas ko (frm blog) utk masak, sedap ok memenuhi seleraku. kta suka asam pedas pekat mcm resipi ko tu.. may be mr B jenis suka yg cair. taste masing2 subjektif. walaupun begitu, inginku tekankan di sini yg resipi asam pedas ko adalah sedap sbb dah try masak sendiri sejak dulu ko post entry resipi tu lagi.. haha.

jd xyah ambik hati la mr B tu, tekak dia lain la tu kot. lolx

aNNe bOo said... [Reply to Comments]

Ok 1st time komen ni....heee peej npk mr.b u kat melodi wiiiwitttt.... Mse tu dia ngah sibuk amik gambar pengantin lelaki mase nk akad nikah. Ok lah tu je nk bgth babai!

Jojet said... [Reply to Comments]

ayat yg last tu mmg wat gelak! wakakakakaka

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...