Instagram : @peejburhan

hari paling kelam kabut rasanya.

serious aku dah sampai tahap tak boleh buat kerja sorang la.
aku perlu carik assistant. cea poyo benar bunyinya.
bukan la assist apa pun.
tapi aku memerlukan bantuan untuk buat trial set tu la.
nak tanya if noy or ayol willing to help.
aku bagi upah.
if takda kena carik orang.

serious since buat trial aku sangat la tak menang tangan.
kucar kacir hidup rasa.
trial aku kan by day 1 tu dah abis semua.
tapi kemain orang order aku aku ada je.
sebab memang benda tu ada je.
sama ada kau rajin buat or tak je.

semalam baru aku dapat bottles.
kawan aku bagi 50 set terus.
siat ada bottles yang dia bagi 200 terus.
supaya takyah sepuluh kali dia hantar.



so semalam pukul 11ish aku start la buat.
hanya larat buat 9 set je. itu pun dah makan masa sampai 3am ok.
aku dah tak larat sebab semalam seharian busy ke sana sini ngan urusan memacam kan.
then masuk bilik. tak larat sangat dah.
online kejap kat phone. tau-tau phone terlepas dpd tangan. nasib jatuh atas katil gak.
eh dah penat sangat ni.
simpan semua. tidur.

bangun around 10ish.
sebab seriously hp aku bunyi sana sini.
orang call tanya nak order macam mana.
sebenarnya kat blog semua aku dah terangkan.
wonder why masih ada tanya macam mana nak order.
aku letak no phone untuk yang nak whatsapp/ sms n call time nak pick up barang.
tapi ada yang rajin call tanya macam mana order. call inform dah buat payment. call tanya dah post ke barang. call tanya bila barang akan dapat? walaupun dah sms ni no tracking. *urut dada*
things yang aku kena face bila ni line kerja yang kita pilih kan.

ok la dah alang terganggu tidur.
terus bangun la.
bangun je check phone.
reply semua orders, confirm payment bla bla.
huiks. makin ramai order trial.
terus lepas reply email semua kena tambah buat trial set.

duduk kejap je bunyi door bell.
rupanya orang unifi datang.
bagussss. nasib tak amik masa lama untuk fix.
rupanya cable dah jahanam lubang2.
dia kata kucing kot gigit. huahuahuahaua.
bila unifo datang tu terus cakap Allahuakhbar.
sebab benda yang aku rungut kena jawab phone awal sampai ganggu tidur aku.
yang buatkan aku bangun n bad mood.
sebenarnya ada hikmah.
if la takda call tu, aku mesti masih tidur kat belakang.
tekan la bell macam nak meletop pun mesti aku takkan dengar.
Allah dah susun semua.
So now unifi dah ok boleh online macam biasa.
if not tah bila la dia nak reschedule n fix masalah ni kan.



then balik je dorang aku sambung buat kerja.
ahhh hari ni extra susah.
sebab facial soap likat semacam. menangis rasa nak buat payah nak mampuih.
tapi tetap gigih.
dah set pukul 3pm kena stop buat sebab nak kena start packing barang untuk post.


now trial kami dah ada label. hihihi.
cari yang transparent tapi kedai tu takda.
ni pun dah ok sangat kan.
yang 1st batch jual takda label. huhuhu.
kawan aku tanya aku nak special label ke by peejburhan la apa.
tak payah. alah ngada. pakai je apa dorang provide.
ibu desi bagi kebenaran untuk buat trial tapi kena tulis by siapa.
so boleh monitor lepas ni.

nway,
gigil weyh siapkan.
by 3pm stop.
aku sempat buat lagi extra 9 set je.
pastu start isi segala borang pos laju.
then packing pulak.
hari ni Mr.B balik awal sikit.
aku mintak tolong tapi apa pun dia tak tau.
tak pernah amik tau apa aku buat.
so bila mintak tolong dia macam tak tau nak tolong apa.
i is so penat, sangat bad mood, rasa nak nangis, ngan mengejar masa lagi.
mintak tolong dia tuliskan details kat envelope.
dia kata tulisan dia tak elok.
pastu dia dok mengadap je aku.
pastu tanya, nak main game boleh tak.
uwaaaaaaaaa. aku mcm nak gila ni dia nak main gain.
aku cakap suka hati la.
dia gi main. agaknya tak sedap hati lepas 5 mins kata nak tolong apa.
terus aku bagi tugas.
simple. ceraikan consignment note.
ok settle.
pastu masukkan dlm pocket tu n stick kat envelope.
1st contoh aku tunjuk.
ok paham.
pastu dia buat.
sambil2 tu aku jeling tengok. tengok elok dia tampal kat bahagian yang aku dah tulis kat envelope.
tak rasa nak menjerit kau?
aaaaa. simple task je.
sebab tu aku jenis tak caya nak bg orang buatkan kerja

tapi lepas tu ok la.
dah ada momentum kan.
pastu aku ajar dia.
ok tengok kat borang aku tulis apa.
so masukkan barang. aku percaya trial je la.
yang lain dia tak tau lagi.
bayangkan aku dah jual berapa lama ni.
dia still tak tau jenis2 barang yang aku jual.
selalu if aku mintak dia pass kan barang kat customer time aku takda.
kena call n bagi tau details. amik ni, bag dia ni.
dia kat rak belah atas kiri, belah bawah kanan bla bla.
papa selalu bising.
sebab kadang if aku kat rumah dorang. ada customer aku nak amik barang.
n quite a few.
aku kena bergegas balik.
sebab nak pesan kat Mr.B dia tak tau.
what to do.
takpa lepas ni aku paksa dia amik tau.

by the time settle pack semua n masukkan ke bags ikea.
terus bergegas ke poslaju.
dah la sampai line panjang sampai ke pintu depan dah. sobs.

so settle tu, singgah makan jap.
ada reader tegur.
sorry dik if akak macam blur.
satu segan pun ye.
satu lagi its been a lonnnnnnngggg day n penat n bad mood.
balik rumah.
duduk kejap. check hp. tengok dah ramai tanya tracking number. T____T
penatttttttt...
later la aku bg semua.

dalam kereta tadi Mr.B tegur aku.
sebab petang tadi aku penat sangat n rasa macam rushing.
time tu la nonoy nak facetime bagai.
aku lak time tu tengah guna phone nak tgk alamat nak isi borang.
rupanya sebab papa nak tanya customer yang nak amik barang tu berapa ringgit?
padahal aku dah pesan dpd semalam. aku dah bagi berapa bag.
dia kata kurang. tapi sebenarnya papa tak check pun cukup ke tak.
time facetime tu baru dia jenguk n cakap cukup. T____T
pastu mama pulak ceria2 bagi tau dia buat asam pedas.
ok di hari relax aku mmg happy n terus akan ke sana.
i guess aku tadi stress to the max.
so aku mcm garang2. n macam malas nak layan sembang ke apa.
aku nak siapkan kerja kot.

so dalam kereta Mr.B tegur la.
dia kata jangan la marah2 papa n mama.
sian dia tengok papa n mama.
dorang selalu doakan business u. u garang2.
uwaaaaa. now i feel bad.
bila kau lapar, penat, bad mood kau selalu mcm tak fikir kan.
ni rasa nak ke rumah sana. nak makan asam pedas mama.
mesti sedap.
tapi serious aku macam terlalu penat.
ni tadi ada yang order trial set 6, 4, bla bla bla.
nak kena siapkan ni.

i need a vacation.
wahhahaha tetiba.
tapi betul la. penat n stress.
tapi takleh. sebab tadi orang electric datang.
walawei bill elektrik umah aku mahal gilaaaa woiiiii.
time tu terus aku tutup a/c. hahaha
sebab panas kan siang tadi n aku buat kerja on la.
tengok bil tau menggelupur.
cissssss. duit tu memacam aku boleh buat.

ok la nak rehatkan badan sat.
later nak sambung buat trial set.



2 Comments:

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah, makin maju.. semalam ku g ambil barang kat admin terjumpa satu parcel daripada Peej Burhan, terus happy walhal bukan ku punya tp ku happy sbb ramai kenal u...

apa2pon, jgn kerja kuat sangat, ku bace dah fening.. jaga diri bebaik.. rest secukupnya n paling penting jgn angkat barang berat.. g pujuk mama cepat, sian kat mama u...

LaLaLOLa said... [Reply to Comments]

1 tip dari aku peej, nnt ko g buat stamp address. nama ko, address lengkap ko & no fon ko. senang ko stamp je kat borang pos tu di kala senggang i.e tgh tgk tv ke tgh lepak2 ke. soh Mr. B pon dia boleh buat sambil korek idung. ok acah je part korek idung tu. so nnt bila nak pos tinggal tulis address customer je. mudah. murah je pon. kalo nk extra senang, buat jugak stamp tulis TABITA ke ape2 la produk yg ko jual so that nnt part item tu pon ko boleh stamp je xyah tetulis dah.
another thing is better ko bukak satu account dgn puslaju. i heard that chrge dia lg murah since ko pos sekali 2-3 guni kan. tp yg ni ko kna tanya info dari poslaju sbb aku pon x buat lagi acc ni.
harap membantu :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...