Instagram : @peejburhan

family gath makan-makan

aku ni dah setahun pindah.
in laws tak pernah datang rumah.
ok takda la tak pernah langsung.
ada la. tapi maksudnya tak semua.
some je la.
tak pun ada yang datang time aku takda.
tak pun ada yang lepak depan je tak masuk.
n tak pernah kumpul ramai n semua ada la.

mama banyak kaliiiii sangat suruh aku buat makan-makan n ajak family sana.
dia lak risau lebih-lebih.
aku relax sebab aku tau la mak mertua aku macam mana.
dia paling la relax. takda pernah bising ke apa.
takda apa la.
mak aku yang kata tak baik la apa. cehhhh.
so punya la malas aku ni kan. dok la tangguh.

sampai la tak tahan sangat.
aku kata ok fine, setahun kawin ni kita buat la makan-makan.
memula plan nak buat bbq. ajak family n close frens.
tapi bbq leceh nanti nak kena bakar la apa.
plus nanti berasap la apa. kang kena pikir jiran lak.
macam la aku larat sangat nak layan orang.
then fikir balik better ajak family je la.
kang ada kawan tak tau nak layan sapa.
tak pun kang orang ni kita ajak, orang tu tak ajak.
kang ada kecik hati ke apa kan.
so strictly family je la.

plan nak buat weekend time wedding anniversary tu.
tapi adik Mr.B ada yang plan nak balik kampung la apa.
so taknak la kan. tak semua ada tak best la kan.
so since ada cuti labour day tu.
aku kata buat time tu la.
makan lunch simple-simple.
tanya in laws semua kata ok set.
ye la cuti kan. takda alasan.

so last minute plan.
isnin aku bagi tau mama.
selasa aku pergi rumah mama pass duit.
papa n mama beli bahan-bahan kat pasar malam.
then tunggu dorang balik. kemas itu ini.
angkut pinggan n peralatan nak jamu orang bagai.
ye la umah aku mana ada semua tu. kata hidup berdua je kan.
then bawak bahan apa yang aku masak.
me n noy balik.

mama masak main dish.
aku masak simple punya.
then cakes, buah, air semua aku buat la. hohoho.
senang2 sudah.

paling takleh blah.
aku ajak dorang datang kul 1.30 or 2pm la.
punya set jam aku n noy ni nak bangun kul 9 pagi start masak.
kau tau bangun kul berapa?
11.30pm kau!!!
tu pun sebab papa call, kata dorang baru nak gerak ke rumah aku.
melompat aku bangun.
melompat sebab tak buat apa lagi ni.
n melompat takut mak aku sampai tengok tak siap apa lalu di maki. hahahahahahha.

ngan rumah tak habis kemas.
pinggan mangkuk yang mak aku bagi suruh basuh n tiarap tak buat lagi.
ngan dapur sepah, vacuum belum. kemas belum. syabasssss.

apa lagi bangun terus kejut noy.
relax kejap bagi hilang mamai.
terus bergegas ke dapur.
pastu kejut laki aku bising2 suruh dia kemas umah n basuh pinggan ke apa.
aku start masak.
ambill. masak lak banyak. nak makan dalam 20+ orang.
pitammm.

mama sampai nasib dia lepak depan dulu.
uruskan susun2 meja la kerusi ngan ayol n Mr.B.
mama kan mandor. huhuhu.

by the time sampai dapur aku sibuk menggoreng lagi.
noy potong buah n cakes.
telur tak goreng lagi. sayur tak potong lagi.
bebel la dia. tanya kul berapa bangun.
pastu bila tau marah sebab nak buat makan2 tapi tak bangun. hahaha.
takut tak sempat. daripada nak buat telur dadar. tukar jadi telur mata je.
sonang cepat mudah n confirm semenggah.

tapi yang bestnya.
risau gak orang sampai aku tak siap apa.
rupanyaaa family Mr.B ni samaaaaa macam aku.
mostly geng burung hantu ok.
takda yang jenis bangun awal pagi ke apa.
semua siang bongkang lebih.
last2 tau dorang sampai kul berapa? 3ish ok.
aku dah sempat makan dulu. lapar nau menunggu.
tapi ok la. by the time sampai semua siap dah.


May 1, 2013 | Keek menu lauk by peejburhan on Keek.com

berikut adalah menu hari itu.
hasil tangan family ku.
puas hati sebab takda yang bazir.
semua makan bertambah n siap aku dapat bungkus kan sorang sikit. :)


;; telur mata hasil tangan ku yang boleh tahan kemain laju buat takut tak sempat ::

:: sayur campur mama tolong masak. patut aku yang masak. tapi lembabs kheeennn ::


sambal ikan bilis kentang.
aku sebenarnya saspen ok nak masak ni.
tapi Mr.B suruh.
tau la dorang kan family minang. ni antara menu wajib.
bila dia nak tu aku ok la. sebab dia memang asal aku masak suka.
tapi ni aku nak masak banyak n nak hidang kat mak mertua n adik beradik dia.
dah la semua terel masak kot. tak takut kau.
tapi takpa. buat je n tawakal je. buat macam biasa masak kan.
Alhamdulillah it turn out nice. walaupun masak super banyak daripada kebiasaan aku masak.
paling best bila dorang semua makan semua tanya siapa masak. pastu kata sedap.
wah terus laju mengaku aku masak. kalau tak risau gak.
paling terharu siap dorang tanya resepi.
sebab dorang kata lain orang lain cara masak. so dia nak try cara aku.
sedap katanya. kembang2 bontot hoih.
walaupunnnnnnn...hanyalah ikan bilis kentang. keh keh keh.
eh orang minang kalau kata orang KL punya sambal sedap itu sudah bagus kan. ;p

:: kurma daging and kentang ::

:: ayam karipulay ::

dedua ni mama masak.
lepas subuh mama dah start masak.
tinggal bawak ke rumah aku je.
thank u mother.
hoi tengok balik pic ni tertelan-telan air liur aku.
sedappppnya.
nakkkkkkk.

pun semua licin.
kurma daging tinggal sikit.
aku simpan dalam fridge. esoknya panaskan n makan ngan nasik.
terbaik wokkkkk.

:: buah-buah hasil tangan noy potong. heheh. ada tembikai. tapi tak muat lak platter aku. so abaikan. lusa tu aku bedal tembikai sejuk2 sorang yang aku sakit esoknya terus gi hospital tu. huish seksa. mak insap ::

:: kek pisang n kek gula hangus ::

:: air sunquist mangga ::






meriah je ramai-ramai.
sorry tak amik pic sangat sebab sibuk melayan apa patut.
yang tak datang adik ben najib n family.
sebab tina kata anak2 dia 4-4 demam ke apa.
gituh la.
aku ajak ye. dia yang tak datang.
jangan nanti ada yang takda kerja bincang kat forum buat cerita aku buat makan-makan ajak family tapi tak ajak dia ni ke, dia tu ke.
kaji lebih korang ni.
then adik Mr.B sorang tu datang lewat petang bila semua dah balik.
so layan dia je la.

seronok lak buat makan-makan ni kan.
meriah je rasa.
tapi sekali sekala boleh la.
kalau tak pengsan penat.
tapi ni takda la penat apa sangat.
aku penat masak je la.
sebab kemas semua Mr.B uruskan. daripada kemas barang-barang ke basuh periuk belanga semua.
takda apa kita orang buat. dia kan rajin.
then kata semua family.
dorang makan, siap basuh pinggan memasing.
huahuahuahaua. senang kerja aku.
so memang relax.
best dapat kumpul ramai.



bila next nak buat entah.
tapi if lepas ni kena la ajak few friends pulak kot.
tapi aci tak aku ajak, tapi kalau boleh dorang pun basuh pinggan sendiri. hahaha.
kalau tak aku bagi pinggan polystyrene je. hahah keji gila.

ok whatever la kan.
yang pasti lepas buat entry ni.
aku macam lapar tahap gila n aku nak balik semua lauk-lauk ni.
nak masak tapi takda bahan.
ok rajin kang aku pergi beli barang kat JJ la.
nakkkkkkkkkkkkk!!!
laparrrrrr!!!!!!!


4 Comments:

strawberi said... [Reply to Comments]

wahh..kurma daging siap ade hiasan..tapi bestla menu..ade kuah..ade sambal..ade sayur..kira balance la tuh...

sambal kentang tu..ye lah..mmg menarik...

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

aku taknak nak cakap apa.
Cuma satu je....



aku leleh air liur tgk smbal tumis minang kau tu peej~~~

shuweet said... [Reply to Comments]

wah best nyer wat makan2...kira ok la tu mertua ade datang..aku ni dah 3 taun kawin mertua tak pernah sudi nak datang..umah pun deme taktau katne..yang die tau kat ampang jek..hehehe

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

walaupun xmakan sambal, tp sambal ikan bilis kentang ko tu nmpk menyelerakan. haha. family belah my mom pun kadang ada buat mkn2 camni. port dia adalah rumah makcik kat taman melati. mmg meriah la kalau buat, lg2 kalau tok2 turun KL dari kampung. mcm2 lauk-pauk ada. fuh mmg drooling =P~

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...