Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Rumah Kuarters

Salam,

Kak peej, saya silent reader blog akak & ur mom sejak bertahun yg sudah...
saya nak kongsi citer time saya muda2 remaja dulu dalam tahun 1997 kot pasal rumah kuarters yg kita org satu family duduk.
Abah saya keje ngan Jabatan Pertanian, so kita org dapat dok satu rumah dalam kuarters kat negeri Kelantan.


Bilik 2
Tandas
Bilik 3
Dapur
Bilik depan
Ruang tamu


Rumah ni mmg agak besarla, ada tiga bilik.
Saya ngan adik beradik tido bilik depan sbb bilik depan agak besar jd bolehla memuatkan dua katil bujang dan satu katil double decker bg kami empat beradik.
Saya share katil dua tingkat tu dgn adik pompuan yang setahun je beza umur dgn saya.
Saya tido katil bawah, adik saya pulak tido katil atas. 

Satu malam tu, dalam kul 12 lebih kot, saya takleh tido sbb panas.
Punyala pusing kiri kanan tapi mmg takleh tido.
Dalam samar2 cahaya lampu tido tu, tetiba pintu bilik kita org terbukak padahal kita org mmg tutup rapat je pintu tu.
Kejap je, dlm beberapa minit, pastu pintu tu tertutup balik. Nak tengok takut.
Saya sedapkan hati, my parents yg bukak pintu tu coz nak check kita org adik beradik. (time kecik2 slalu abah atau mak check kita org adik beradik tiap2 mlm). 

Tp tiba2 saya teringat yang abah mmg xde malam tu coz lawatan kerja, jd my mom suh kunci pintu dari dalam. Bila ingat je bnda tu saya mula menggigil.
Saya tengok adik2 yg lain lena je.
Dalam tak tau nak buat apa tu, saya dengar adik pompuan yang tido tingkat atas tu berbisik, " sis, ko nampak tak tadi pintu tu terbukak?? bukan kita da kunci ke? ".
Dengar je suara dia, saya bingkas bangun jenguk tingkat atas, adik saya tu pon dah terbangun dan turun ke bawah.
Kita org amik keputusan nak tengok sama ada pintu tu betul2 kunci atau tak.
And guest what, pintu tu mmg berkunci!
Kitaorg mmg menggigil giler time tuh.
Sampai pagi xleh tido n juz dok je atas katil sampailah kitaorg dengar our mom bangun barulah kita org bangun. 

Bila tanya abah, abah ckapa xpelik coz dulu2 belakang umah kita org tu tempat pemujaan.
Jadi benda tu mmg ade lagi. Juz dia xkacau je dan kadang2 usik camtu je.
Lama jugakla kita org dok umah tu dan mcm2 benda yang kita org kena.
Pernah kita org tido kat ruang tamu and kita org nampak ada something merayap masuk dapur.
Ada jugak time pintu terkunci sendirik sampai kena tendang baru boleh bukak.
Macam2lah....Last2 kita org pindah coz abah kena tukar ke tempat baru.
Dekat tempat baru ni pon kita org dok kuarters.
Rumah yg amat besar coz dua bijik rumah dijadikan satu.
Ingatkan oklah rumah ni, tapi malangnya lagi teruk gangguan kita org kena. 

Oklah, utk kuarters kedua ni citer lenkalilah plak.
Sorry kak peej kalau bahasa tunggang langgang, saya taip time jaga bebudak exam....hehe....curik tulang. 

OK kak peej, till then...wassalam.

-che nur ain-

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...