Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : pengalaman2 seram.


assalamualaikum kak peej...

dah lama x share cita mistik kat blog kak peej.. 
last saya kongsi EXPOSE MISTIK : SEEKERS.
ok, kali ni saya nak share banyak cerita. sorry la kalau boring sikit ye.. :)

1st
saya baru lepas habis SPM 2012. 
so dah lepas SPM, layan movie aje la kan kerja saya.
selalunya saya layan movie Korea sampai pagi. 
kadang-kadang sanggup tak tidur. 
lepas subuh baru tidur sampai tengah hari. hehehe. 
abang n kakak saya dah kahwin, so tinggal aje la saya kat rumah sorang2 bila abang dah pindah rumah lain kan? 
hujung minggu aje dia balik lepak sini kejap. 
selalunya dia balik hari Jumaat and kalau dia balik tu mesti nak main futsal waktu malam lepas tu dia akan stay kat sini. 
nak dijadikan haritu, kalau tak silap saya hari khamis kot. 
kakak saya balik rumah mak mertua dia, ayah dan mak saya dah tido. 
waktu tu dalam pukul 12 tengah malam, masa tu saya tengah layan funny show Korea. 
dah kalau funny show, tak gelak mesti tak sah kan?
Tergelak-gelak la saya sorang2 masa tu tengok show tu. 

bilik saya dekat tingkat atas, depan bilik saya bilik parents saya. 
tingkat bawah, bilik abang n kakak saya. 
so, bilik saya dengan tingkat bawah ni kalau orang tekan suis, orang tarik kerusi, bukak tv, saya boleh dengar la dari atas. 
dah jadi habit abang saya tengok tv sampai last-last tv yang tengok dia. 
k, sambung balik, bila gelak-gelak tu (gelak slow aje sebab saya tahan dari gelak kuat-kuat), saya dengar macam ada orang tekan suis lampu kat tingkat bawah. 
saya stopkan kejap show tu, saya fikir," hari ni hari khamis, takkan abang balik dah kot? sebab jumaat dia kerja. mungkin balik nak main futsal kot". 
macam-macam saya fikir n last-last saya yakin abang saya balik rumah. 
saya dengar macam bunyi ada orang bukak tv, so lagi la saya yakin abang saya dah balik sebab kakak saya dah cakap dia akan balik lusa.

saya punya style, tak takut nak keluar bilik turun bawah minum air kalau saya tahu ada orang tak tidur lagi dalam rumah saya tu. 
so, at that time, dah saya yakin abang saya tak tidur lagi, saya pun bangun dari katil then turun bawah. tapi saya rasa pelik sebab tingkat bawah gelap aje n tv tak bukak pun. 
mula rasa tak sedap hati, saya beranikan diri (buat-buat berani sebenarnya) turun bawah sambil dalam hati saya cakap "abang mungkin dah tidur dalam bilik dia.". 
saya pun bukak la lampu ruang tamu, bagi terang sikit kurang sikit rasa seram tu. 
saya nak pergi dapur kena lalu bilik abang n kakak saya. 
masa saya lalu depan bilik abang saya tu, saya rasa muka saya memang pucat dah waktu tu, coz bilik abang saya terbuka n gelap. 
so saya nak make sure kan abang saya balik rumah atau tak, saya pun masuk bilik dia bukak lampu, KOSONG! 
tak ada sesape pun dalam bilik dia. 
masa tu la bulu roma saya meremang. 
sah, memang ada benda nak kacau saya malam-malam. 
saya rasa macam nak menjerit aje masa tu, tapi saya tahu, 'dia' lebih suka kacau kalau kita takut, so saya coolkan diri kejap, saya tutup lampu bilik abang saya n tutup lampu ruang tamu, saya terus naik bilik. masuk-masuk bilik terus saya tutup laptop saya n terus selimut satu badan. 
n then saya bukak balik selimut tu sebab saya terbayang 'dia masuk dalam selimut.' (sempat lagi berangan.) 
saya terus pejam mata n paksa diri suruh tidur. 
5 minit macam tu, saya dengar macam bunyi orang naik tangga nak naik tingkat atas, sebab tangga saya mcm ala-ala  kayu + besi, so boleh dengar la kalau ada orang naik or turun. 
"dia" nak kacau lagi. 
saya terus paksa tidur lagi sekali. 
n then, saya dengar bunyi orang ketawa mengilai. 
aihhh.. serammm masa tu. 
ketawa sebijik macam dalam cerita hantu. 
dalam 5 minit macam tu, terus hilang n saya pun tidur. 
esok tu, bangun sambung balik cite Korea yang tak sempat nak tengok. 
tapi serius kalau ingat balik memang seram. 


2nd 
benda ni jadi kat cousin lelaki saya n terjadi di kampung saya, Pahang.
kalau kat kampung kan, malam-malam memang sunyi, orang tak keluar rumah sangat n jalan pun gelap. 
kampung saya ni kawasan pantai n banyak la pokok2, semak-samun sikit. 
jalan dalam kampung saya ni kiri kanan penuh dengan pokok kelapa. 
so, sempadan nak pergi kampung sebelah ada la pokok besar n semak sangat kat situ, pokok besar ni kiri kanan jalan ada, kalau lalu jalan tu redup la kan sebab pokok tu lebat. 
so, satu malam tu pak lang saya ni tak kahwin lagi, umur dia dalam 29+, ajak la cousin saya ni, Razif teman dia pergi mana tah tapi lalu kawasan kampung sebelah la n lalu la pokok besar tu.. 
henfon pak lang saya bateri low, so dia pinjam henfon si Razif ni yang kebetulan pakai dua fon. diorang pergi kedai telefon kalau tak silap, pak lang saya nak beli charger fon sebab yang dia dah rosak. 
diorang naik moto masa tu and yang bawak moto tu pak lang saya. 
waktu tu tak silap dalam pukul 11 lebih nak masuk tengah malam dah, diorang on the way nak balik rumah. 
n diorang tengah nak lalu kawasan pokok besar tu, entah macam mana pak lang saya pegang henfon si Razif ni sampai terjatuh betul-betul kat kawasan pokok besar tu. 
pak lang saya berhentikan moto atas jalan kat pokok besar tu. 
Razif pun turun la moto nak cari henfon dia satu lagi, dia guna torclight dari fon dia, cari henfon dia yang jatuh kat kawasan tu. 
waktu tu kawasan memang gelap n lampu jalan memang tak de, ada pun jauh dari pokok besar tu, pak lang saya tunggu atas moto cari guna lampu kat moto tu. 
Razif dan jauh sikit dari pak lang saya, sampai dia tak sedar pak lang saya dah tak dak kat situ, khusyuk dia cari henfon dia sebab jatuh dekat dengan semak kan? 
so terbongkok-bongkok la dia cari. 
n then dia kata, dia dengar suara pak lang saya tanya dia "Zif, cari apa tu?" suara yang macam garau sikit. 
dia ingtkan pak lang saya yang tanya, so dia pun jawab la "Cari henfon la pak lang, kan jatuh tadi. pak lang tolong Zif cari sama." Razif jawab tanpa toleh belakang. 
suara tu pun diam. 
sunyi aje Razif rasa masa tu n tiba-tiba bulu roma dia meremang. 
dia rasa seram sejuk. 
dia panggil pak lang saya sambil toleh belakang tempat pak lang saya berhenti tadi n KOSONG. 
pak lang dah tak dak. 
masa tu dia tak fikir apa dah, dia terus pecut lari balik rumah. 
jarak dalam 250 m la nak sampai rumah dia. 
dia lari tak pusing belakang dah. 
sampai-sampai rumah terus masuk tidur. 

oh, lupa nak cerita, rumah Razif dengan rumah nenek saya selang sebuah aje. 
pak lang duduk rumah nenek so malam tu Razif tak jumpa dengan pak lang saya.
esoknya, dia bangun dia pergi rumah nenek saya.
kebetulan saya dengan pak lang tengah sarapan kat luar rumah tegur si Razif , "Kau pergi mana semalam? pak lang panggil tak menyahut pun, kau tinggal pak lang n balik rumah eh senyap-senyap?" 
Razif yang baru nak duduk atas kerusi terkaku n terus tengok saya n pak lang. 
"Biar betul pak lang? saya ingat pak lang yang tinggal saya? saya sampai rumah 12.30 mlm." 
pak lang terkejut. 
razif cerita balik apa yang berlaku semalam. 
saya yang dengar dah meremang bulu roma. 
selepas sarapan, kami bertiga jalan kaki pergi ke pokok besar tu, payah kalau nak naik moto 3 orang lagipun saya yang nak ikut sangat. 
so kami pun pergi la ke pokok besar tu, cari punya cari henfon si Razif ni, ada kat tepi jalan. Razif terkejut n dia cakap dia dah cari kat kawasan tu banyak kali tapi tak dak. 
kami pun balik rumah cerita pada nenek dan yang lain. 
nenek cakap, kat kawasan tu memang ada benda pun. 
so sekarang, suara siapa yang tegur Razif malam tu???
 *:-/ confused hishh.. syeraaammmm..*:-? thinking


3rd
Kembali ke alam persekolahan saya balik. 
benda ni jadi waktu form5. 
waktu tu saya jadi salah seorang fasilitator sebuah kem ibadat. 
kem ini untuk budak form 1,2,3. 
buat di sekolah la kan, waktu tu nak maghrib, diorang bersiap nak solat maghrib la kan. 
kebetulan waktu tu saya PMS n ada 2,3 orang fasi yang PMS macam saya, so kitorang pun tolong la bina khemah kat padang sekolah. 
lepas siap khemah, baru la azan maghrib. 

kem ni memang cikgu tak masuk campur langsung, cikgu just datang, jadi pemerhati n kalau kami perlukan bantuan cikgu, baru cikgu masuk. 
cikgu nak tengok kebolehan kami menguruskan sesuatu event. 
so kami uruskan semua. 

masa azan maghrib, kami kena kumpulkan budak2 masuk surau sembahyang jemaah. 
cikgu suruh kami kira berapa orang pelajar, cukup atau tidak dengan bilangan yang daftar. 
so kami pun buat, kira punya kira terlebih seorang, ingatkan salah kira or apa kan, tapi kami dah kira lebih 10 kali seorang. 
stil lebih seorang. 
tak nak kasi budak2 takut, kami just hantar isyarat antara satu sama lain. 
cikgu pun tak tahu masa tu sebab cikgu tengah ambil wudhuk.
waktu tu just seorang cikgu aje sebab cikgu-cikgu yang lain akan datang tengok lepas isyak. 
kami panik sikit, n then ketua fasi kami pun azan. 
budak2 hairan la sebab azan dua kali, kami pun kasi alasan mcm2 sampai diorang diam.

lepas tu, kami kira balik bilangan pelajar n alhamdulillah cukup n tak lebih.
lepas tu kami ada ceramah sedikit n bacaan yassin lepas maghrib. 
waktu tu saya n beberapa orang yang PMS n lelaki siapkan makan malam. 
waktu tu kami dengar bunyi bising dalam bangunan kelas. 
so, kami pelik la. kami ingatkan ada budak2 yang nakal masuk dalam bangunan. 
pintu tangga bangunan tak berkunci untuk spare part kalau hujan kami tidur dalam kelas.

so, dua orang budak lelaki, Syah dan Naim pun naik la cari budak2 yang nakal tu. cari kat mana sumber bunyi macam kerusi di tarik, meja di tolak, sampai saja depan kelas tu, mereka rasa seram sejuk n meremang bulu roma. 
mereka baca ayat kursi n segala jenis ayat yang diorang hafal. 
mereka nampak satu lembaga hitam ada dalam kelas. 
Syah dan Naim ni berani sikit orangnya so si Syan bacakan ayat-ayat yang dia hafal kuat-kuat, n si Naim call ketua fasi kami, Hakim yang menjadi imam n pemberi ceramah kepada budak2. 
Naim call suruh pendekkan ceramah tu, n terus baca yassin kuat-kuat kalau boleh satu kawasan sekolah dengar. 

saya yang tengah bakar ayam terkejut bila dengar Hakim baca Yassin dengan volume kuat. 
masa tu, saya rasa tak sedap hati dan seram sejuk, terus saya call Naim tanya macam mana bunyi bising tu. 
Naim kata tak ada apa-apa. kucing aje. 
Naim just tak bagi saya dan yang lain-lain takut. 
so, waktu tu, lepas aje Hakim bacakan yassin, lembaga tu pun hilang dan tak de dah bunyi bising-bising tu. 
Naim dan Syah turun dari bangunan dan pergi ke tempat siapkan makanan dengan muka yang slumber macam tak ade apa-apa yang berlaku. 
selepas solat isyak, kami adakan aktiviti sampai pukul 1 pagi. 
Alhamdulillah, tak ade apa-apa yang terjadi lepas tu. 
semuanya berjalan dengan lancar, cikgu pun puas dengan hasil kerja kami dan budak2 happy. 
saya dan rakan2 fasi yang lain tak tahu cerita ni sampai la habis kem baru Naim, Syah dan Hakim cerita. 
kami semua terkejut. 
Hakim kata, dia ada dengar bunyi bising dalam kelas dan dia dapat agak apa yang terjadi. 
tapi dia teruskan sahaja memberi ceramah sehingga Naim suruh baca Yassin. 
diorang cakap benda tu marah sebab kitorang adakan kem ni.

4th
ni terjadi di sekolah juga. tapi benda ni terjadi pada budak lower form. budak form3, Syifa. 
nak dijadikan cerita, dia ni period masa kat sekolah, so dia nak tukar pad n dia tak cuci pad dia tapi dia terus letak macam tu aje kat tempat nak flush tandas tu (pengotor n pemalas kan?). 
tak tahu la macam mana keadaan pad dia masa tue. 
dia pergi tandas dengan kawan dia. 
so bila dia keluar tandas, budak-budak lain tengok dia pelik aje. 
muka pucat semacam, ada yang dah histeria, menjerit macam kena rasuk.
so dia terkejut dia tanya kawan dia, kenapa dengan budak tu, histeria kenapa? 
kawan dia tengok dia, kawan dia berubah pucat n terus lari pergi jumpa cikgu. 

budak-budak yang lain dah banyak yang histeria, cikgu-cikgu terkejut la bila jadi macam tu. 
kawan dia cakap, dia nampak lembaga hitam ada kat belakang syifa. 
lembaga tu ikut aje syifa pergi mana, seolah-olah bayang-bayang. 
ustaz dan ustazah semua pergi tengok tempat kejadian. 
budak-budak yang histeria semua dah ditenangkan oleh ustaz, ustaz baca ayat quran dan renjis air di muka diorang. 
si syifa ni tiba-tiba nangis n then meraung. 
ustaz terus baca ayat quran then renjis muka dia. 
ustazah sapu air ke muka syifa. 
lembaga tu pun lesap. 
lembaga tu boleh dilihat certain people aje n kebanyakkannya budak pompuan yang boleh nampak.
syifa macam tersedar, dia tanya ustazah apa yang dah jadi,. 
ustazah tanya syifa balik, "kamu ada buat apa-apa tak tadi?" 
syifa macam tengah berfikir n then dia terus cerita pada ustazah tentang pad yang dia tinggal macam tu aje. 
ustazah geleng kepala bila dengar. 
ustazah terus arahkan dia cuci pad dia. 
esok tu pula, kecoh satu sekolah fasal benda ni. 
saya macam tak percaya bila dengar cerita ni tapi cikgu kaunseling buat perjumpaan untuk semua budak perempuan sahaja. 
cikgu cakap soal period, soal pad tak boleh letak macam tu saja dalam tandas, barulah saya percaya cerita tu. 
ya la, lagipun benda tu memang suka darah kotor pun kan? 
hish, jadi risau pula bila time period, tambah-tambah bila ingat cerita ni.

p/s:-
panjang pulak cerita kali ni. sorry ye kak peej. :)
banyak lagi cerita ni, tapi nanti2 la yer saya post kan.
btw, thanks for publish my story.

-Farah Finas-
..............................................................................................

lambat sikit aku post hari ni.
sebab terlalu busy n keletihan.
tadi around 9ish aku tertidur.
terjaga around 11ish.
lepas buat kerja bagi tracking num n all.
baru teringat hari ni patut share expose mistik.

seronok baca cerita ni.
seram2 meremang gak aku.
seronok baca sebab teratur betul adik ni cerita.
ejaan semua ok. mostly cerita expose mistik semua aku kena betulkan ejaan sebab banyak guna ejaan gaya baru tu kan.
bukan apa. aku memang faham tapi pembaca aku ada yang golongan berumur.
risau dorang tak faham.
so bila tengok karangan adik ni elok je, seronok. baru habis SPM katanya harus la cara penulisan pun baguih lagi. BM dapat A1 ke dik? hihihi.
dia buat gaya karangan perenggan. tapi aku jenis if baca macam tu mata al julings.
so aku yang edit setiap ayat bagi barisan baru. senang baca kan.

terkejut aku bila adik ni kata dia baru abis SPM.
tak sangka aku ada pembaca muda.
ingat semua lingkungan 20an or lebih. :p

siapa nak share cerita expose mistik boleh email aku ye.



2 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

seram ceritanya.. serius, macam baca buku cerita seram tu. pastu ada scene2 kat tempat berbeza pulak tu kan. betul, sebenarnya kita xboleh takut sgt nanti lg teruk kena kcau. tp berani sgt mcm ckp bsr pun xboleh jgk.

peanut said... [Reply to Comments]

tp mmg serius, aku suka cara dia tulis.. tak serabut macam sblm2 ni punya expose mistik..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...