Instagram : @peejburhan

bloggers day out.

filla minggu ni dah start kerja.
setelah 3 bulan cuti bersalin.
tu yang last week melayan dia je.
sebab ye la aku je kot kawan dia yang tak kerja n boleh di katakan tetiap hari free je.
jadual boleh atur sendiri.
hari rabu dia datang rumah aku n lepak sembang je.
khamis dia ajak aku ke KLCC pulak sebab dia nak jumpa sorang lagi blogger.
tanya aku kenal ke.
aku kata tak kenal.
gigih malam tu google tau tengok siapa yang bakal aku jumpa. haha.

khamis tu memang aku takda apa.
kecuali post barang.
tau sangat if filla tu nak jumpa mesti awal.
gigih malam tu aku pack barang.
esok pepagi before keluar kena post barang.
siap berkata kat diri sendiri ok tidur awal.
kang ada tak boleh bangun.
pesan kat filla pukul 10am kejut aku, mana tau aku tak bangun lagi.
sekali hebatttt. pukul 9am aku dah bangun. vah vah vah.
walaupun malam sebelum tu takdanya aku tidur awal.
kul 4am gak tidur.

so siap apa semua.
keluar rumah pukul terus post barang.
by the time filla call tanya aku kat mana, aku dah otw daripada post office ke klcc.
dia pun dah sampai kat area tabung haji dia kata.
takpa aku naik akleh. so sekejapan je.
sekarang ni aku suka lak keluar sorang.
sebab klcc kan ada yang parking single lady driver tu.
zup zap zup zap sampai.
kebetulan sebelum wujudnya parking tu, me n noy memang suka parking area tu.
so memang senang la.
cuma lepas ni if pergi berdua ngan noy tak dapat la parking situ.
or aku suruh noy nyorok ke. hahahaha. gigih gila.

sampai terus jumpa filla then teman dia shopping sikit.
sementara tunggu sorang lagi sampai.
oh ye yang fillaajak aku jumpa ni pun blogger.
nama dia suraya sulatin.
siapa kat sini kenal? angkat tangan.
aku memang tak pernah tau or kenal.
aku ni bukan blog hop sangat.
pusing2 yang sama je blog aku baca daripada 7 tahun lepas.
so tu debar sikit nak jumpa.
aku ni kan mana reti sangat.
macam filla ni pun dulu aku tak reti.
tapi dia jenis peramah n banyak cakap, lelama macam biasa dah. gituh.

suraya sampai lambat sikit la.
maybe 15 ke 20 minutes lepas tu.
aku dah lapar menggila ni.
menunggu dia.
dia nak ajak makan sushi.
aku dah macam, uwaaa lapar ni makan sushi je kenyang ke.
ok memang kenyang la.
tapi dasar melayu kan.
kalau lapar mesti kau bayang nasi.

sampai je dia pergi ke restoran yang memula plan nak pergi.
sekali non-halal. nasib filla suruh tanya dulu.
so tuju ke tempat lain. yuzu tak silap nama.
waiting time 20 minit. stressssss.
sebab by the time suraya sampai tu memang elok orang tengah lunch hour kan.
merasa la kau menunggu kan.
ada rasa nak ajak tukar pergi madam kwan ke apa.
dah tentu ada nasi. (hahah agenda utama) plus takyah la tunggu.
takda makna ok. sana pun aku tengok berderet orang. macam lagi ramai je.
tak caya tengok pic bawah ni.
nampak back ground tu.
ada orang ramai2 kat belakang tu kan.
ye tu tengah tunggu giliran nak masuk madam kwan.


:: suraya - filla - me ::

dah la memula tunggu kat depan ni.
dah rasa macam kat pulau ni. sebab atas tu kan bumbung jenis sky light ke apa nama.
so memang memancar la cahaya matahari.
memang la ada a/c tapi duduk 20 minit tengok tak panas kau.
punya la lama duduk depan tu seronok sembang dorang.
aku time ni malu2 lagi.
tak tahan terus cakap eh dalam tu ada tempat tunggu jugak tau. apa kata duduk situ. nak terbakar dah aku ni.
terus semua kelam kabut pergi.


pastu suraya sibuk tengok menu depan ni.
pastu kecoh2 kata nak order apa la apa.
tamak gila dia nak order setiap page.
aku dah macam eh kau gila ke. tak abis nanti.
tengah lapar jangan ikut perasaan sangat.
pastu mana yang mahal tak masuk akal cecepat aku n filla bangkang. hahaha.
haha kata bil nak bahagi 3 orang.
so kena dapat persetujuan ramai baru boleh proceed.
tension je suraya. kah kah.
eh macam pelik lak aku dok sebut suraya suraya. betul ke tu panggilan dia.
sebab time hari tu aku takda sebut nama. sembang pun stock, "eh kauu".

bukak menu memang mahal la daripada biasa aku makan.
ye la selama ni aku makan pun sushi king je.
zanmai ke, semua yang seangkatan ngan tu la.
ni lain macam kan.
memang takda la satu plate 4, 5, 6 ringgit ke.
semua main puluh je.
ada yang sampai ratus. tebiat betul.
tapi best sebab ada bento.
aku memang tak pernah makan bento. tapi tau la.
sebab aku takut tak masuk tekak aku set dia.
tapi setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia sushi.
tekak boleh terima 80% of makanan jepun ni. so ok lets order.
plus like i said, aku lapar nasi!!!!

so memasing order bento sorang satu.
then tambah 2 set sushi.
aku snap satu je. satu lagi lupa.
kata dah jumpa makanan apa yang kau ingat.

:: salmon ::

sampai je aku ngan filla ternganga kejap.
suraya relax la dia dah biasa.
ye la overnya kauuuu.
kau nak serve 5 keping salmon je pun.
presentation kemain hahaha.
tak silap semangkuk rm30+.

filla : 5 keping je tapi sampai rm30.
me : filla kau tengok ice dia, ice dia je dah rm10 ok.
filla : betul. ranting dia pun rm10.
us : hahahaha

pastu dia n suraya dok kecoh kata ada ada 5 keping.
mana cukup. macam mana nak bahagi 3.
eh aku tak kisah la. aku satu pun takpa.
sekali masuk mulut. hamagaddd. ini sedap terlampauuuu.
lain macam rasa dia. makan gila slow weyh sebab sayang n sedap sangat.
menikmati betul.

pastu tengah sedap makan waiter datang hantar bento.
quite besar kan.
so dia sibuk alih2 kan barang.
time tu aku letak kejap chopstick n salmon aku.
aku dah macam risau je dorang langgar n jatuhkan.
terus cakap kat filla, "ni kalau jatuh, aku sanggup kutip n makan balik. rugi woihh. sedap gila"
hahaha buruk perangai kan.


bento.
tak silap mine rm28 kot, ke rm32. lupa la aku.
tapi best la lengkap semua ada.
aku amik salmon set sebab ku suka salmon kan.
tapi salmon dia tak macam kat sushi king.
sebab dia pakai sweet sauce. so manis. aku kan manis kepantangan sikit.
pantang la sangat. padahal licin gak aku bedal. ahahah.
semua aku kenal kecuali yang dalam cup putih corak garis2 tu.
terus tanya suraya apa benda ni?
dia kata ni egg custard. aku macam ooooo. macam ngeri.
terus dia kata nak sedap campur ngan sweet sauce n mayo. pastuh bancuh. sedap.
semangat dia terus amik buatkan.
layankan. walaupun dalam hati time tu terasa ngeri.
siap terus dia hulur n suruh aku rasa.
aku macam ok.
sekali makannnnn, sedap tak terhingga.
dia still panas2 suam tu.
aku dok ngadap tu je.
orang dah sibuk makan nasi aku still ngan benda tu.

sampai filla tegur, "amboi senyap je kau. sedap sangat ke sampai tak berbunyi langsung."
"Sedap gila weyyyy. serious. sila rasa"
muka dia pun berkerut je macam takleh terima. ye la nampak rupa memang mcm tak menarik.
pastu suraya buatkan dia.
dia makan. haaa kau. terus dia pun kata sedap. lepas tu dia lak senyap je mengadap tu.
hahaha. damn la tengok balik pics ni rasa nak makan lagi situ.
takpa nanti ajak noy lak la.

then ada sepinggan lagi sushi.
lupa snap pic. rajin gi tengok kat blog filla. dia rajin snap pic CLICK HERE.
pastu suraya ajak order desert lak.
aku dah kenyang gila sebenarnya.
aku kata kongsi la. taknak la sorang satu.
sekali tengok menu rasa macam tamak terus memasing nak order sorang satu.
aku amik creme brulee je. RM12 tak silap.
tapi dia creme brulee green tea. ok la. tak sedap macam normal creme brulee la.


settle makan n sembang sakan
lepak kejap kat luar then ke apartment minum pulak.
tengah syok sembang filla kena gerak.
sebab nak amik acih balik kafa
rumah dia jauh kang jam pulak jalan.
aku n suraya takpa sebab naik akleh je.
rumah dekat.
tapi still taknak la after 5 keluar. malas nak rempuh jam.
so elok filla gerak, after 10 mins kita orang pulak gerak.


gambar kenangan. wah kenangan katanya. macam nak sepak lak ayat macam ni.
curi daripada instagram suraya.
aku ni bab amik pic memang malas ok.
bengang je dorang aku kerja senang amik pic dorang je. hahaha.
ye la. maknanya aku menumpukan sepenuh perhatian kat dorang.
ni dorang kejap orang ni pegang hp. kejap orang tu pegang hp, camera.
hoii...seronoknya keluar macam ni. aku melanguk sorang-sorang.

tapi best la.
aku memula tak banyak cakap sebab tak biasa kan ngan suraya.
sekali kau. haa tak stop cakap.
tapi minah tu senget ok. kecoh gila.
suara tak la kuat gila nak bagi satu restoran dengar. tak coverline lansung.
dah la lawak.
siap dia n filla berebut2 nak bercakap.
suraya ni perangai suka potong orang cerita.
yang filla lak asyik nak kena bagi dia cerita dulu nanti dia lupa, perangai macam noy sebijik.
pastu paling aku tak tahan dia ni cerita macam cerita tergantung tak bermotip.

macam tengah lepak nanti dia kata.
"tengok mandarin oriental ni teringat aku gi makan sini ngan family aku...."
cara dia stop kan ayat tu pun macam takda fullstop.
macam aku n suraya dok la tertunggu apa sambungan cerita.
tapi dia senyap je.
kita orang dah macam, "ok lepas tu?"
dia kata takda la. tu je.
whatttt??? pastu dia gelak2. dia kata tu je dia nak cakap.
mana boleh. ayat dia macam dia nak cakap, "...teringat aku makan sini ngan family aku...best tau. sedap makanan dia. tempat pun lawa..bla bla..."
ni tak. tetiba je abis cerita. gila ke apa.
banyak kali ok. tapi aku takleh ingat apa.
suka cerita tergantung macam tu.

balik aku singgah lepak rumah mama.
lama tak lepak sana.
tapi elok sampai. duduk sembang sekejapan je terus aku tertidur. haha.
mak tak biasa bangun awal pagi uols.
bangun sebab berpeluh panas. berminyak muka.
tapi itu tidak menghalang untuk cam whore ye.
itu harus diteruskan.

sekian cerita untuk kali ini.
rajin ku sambung.
busy day ahead.
buhbye.

3 Comments:

Chooyaya! said... [Reply to Comments]

Hi Peej. I peminat U. I kenal suraya senget tu. I dah baca entry dia pasal u all outing tu. Ni link dia.

http://surayasulatin.blogspot.com/2013/05/lunch-dekat-yuzu-dengan-filla-peej.html

serius i nak bgtau u muka flawless nak mampos. itu jer i nak bgtau. take care.

Mimy Hamid said... [Reply to Comments]

aku dah pernah jumpa dan kenal Filla dan Suraya...Peej je aku tak pernah jumpa...ehehe ko glamer mak malu okay huhuhu..

oh ye si Su tu memang sengal kelakar...hihi

Faerie_Princess said... [Reply to Comments]

tgk makanan jepun tu, harus kena pegi makan bulan depan.. jeles jeles jeles :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...