Instagram : @peejburhan

bangun awal masa terlebih-lebih kan

aku kan selalu bangun kul berapa weyh.
tak matahari atas kepala memang tak la aku bangun.
tapi since duduk hospital ni.
kau bosan kan situ.
kerja memang tidur je la.
awal dah tidur.
setiap dua jam dia kejut kau check bp la, bagi ubat la, masuk drip la, itu ini la.
tapi sekejapan kau akan tidur balik.
then pepagi kul 6 dah kejut lagi.
pastu nak tidur balik payah time tu la dia nak kemas katil, doktor nak buat round, pepagi dah breakfast, bagi ubat la apa semua.

so bila dah balik rumah ni hampir nak terikut timing sana.
awal dah rasa ngantuk.
tapi bagi kekalkan imej burung hantu. tahan2 gak la mata.
still tidur awal la daripada sebelum ni.
then tak kisah lewat ke awal tidur.
mesti pagi dah bangun.
ok takda la pagi melampau tapi kul 10 gitu dah jaga la.
untuk orang macam aku kira pagi ok.

memang la ada bestnya.
tapi tak bestnya bila macam semua benda kau dah buat.
pastu kau tak tau nak buat apa dah.
takkan nak tidurrrrrr je kot.
buhsan woih rasa macam oit banyaknya masa ku yang terluang ni.

macam tadi pun bangun awal.
bangun je tunggu suami gi kerja.
sebelum tu mintak tolong dia turunkan langsir.
dia tinggi senang. aku ni terjengket2 macam ke hapa. letih.
terus basuh langsir.
berkeladak sangat dah. ni rumah togel.
akibat takda langsir spare. ;p

semangat ni basuh n nak jemur tengah panas terik.
elok siap basuh tengahari tadi.
keluarkan. eh apesal keladak lagi ni.
takda beza pun sebelum n selepas basuh.
what to do ni. aku mana reti.
adakah kena letak clorox.
tapi macam risau sebab langsir ada bunga2 kuning. kang bertukar warna kang.
lagi langsir ni macam off white. kang bercapuk kang ada putih ada tak kang. risau nihhh.
takkan nak aku sental basuh tangan lak. gila apaaaa!
nak kena rendam ke?
oit malas.
hahah. dilema perempuan malas kan.

terus kacau mama kat fb tanya nak buat apa.
mama suruh bancuh clorox kat baldi n rendam.
tapi by the time mama reply tu lambat.
aku dah basuh again pun. plus if sempat pun ada ke muka aku rajin nak rendam apa segala bagai?
tak kosser.

basuh again. before aku basuh pakai normal punya je.
kali ni kita try guna course soak. so macam rendam2 la kan.
still tak berani letak clorox. takpa kita cuba.
taraaaa. siap. n aku rasa bersih. kot.
rasanya la. macam takda keladak dah. tak tau la kalau perasaan aku je or mata aku dah berpinar sangat tak nampak sebab luar panas melampau.

tu takpa.
basuh n rasanya sempat kering sebab ni day curtain je. so nipis.
tapiiiiiiiiii nak mengiron tu aku tak kuasa tu weyh.
dah la besar n panjang macam tak berkesudahan.

semalam mood rajin.
kemain kemas rumah.
alih2 barang itu ini.
laki aku ni ku mintak buat lain, lain dia buat.
mintak alihkan barang. dok la kejappp. kejappp.
dia sibuk vacuum la sapu la.
haaa kau. selamba aku angkut sorang sofa ni hah.
yang dia dah bising kata jangan buat.
eh tak boleh la nak duduk sesaja tak buat apa.
pastu slowwww je. i is cannot ok.

settle kemas depan.
aku kemas bilik pulak.
suruh dia drill kan tempat curtain n gantung curtain yang dah beli berapa bulan tapi tersadai tak buat.
akhirnya bergantung gak.
wah happy. dah la semalam sempat beli bedsheet kat festival city. huhuhu.
semangat sangat tukar langsir, tukar bedsheet n pasang scented candle. wahhhhh. hahaha.


muka harus ceria walaupun lebam besar talam.
tapi elok masukkan pic kat fb mak ku terus komen, tak gosok ke langsir tu.
hua hua hua. mata mak aku ni. nampak aje.
dia tu memang perfectionist sikit.
aku ni pun ada sikit2 gitu tapiiiiii malas kosser.
n dalam bilik je pun. sapa nak kisah pun kan. heheh.

ni pun ada barang sampai 5 kotak besar.
aku beli padded envelope tu 500pcs terus.
borong so murah. memang guna kan.
selalu tak sampai sebulan kena beli lagi.
sometimes sampai lambat. envelope dah abis ni.
so ni beli terus banyak.
n beli tempat baru. sebab beli banyak lagi murah n quality wayyyyy better dpd before this n size pun besar lagi. excited.



satu lagi aku beli plastik courier tu.
tu untuk ephyra.
sebelum ni ada beli gak tapi quality menyedihkan.
yang ni memang best quality dia.
so senang beli semua.
yang tu dah angkut n simpan.
tapi 5 kotak atas ni biar depan ni dulu.
penat angkat dpd porch ke dalam.
nak masuk bilik nanti2.
sebenarnya angkat tak berat pun.
nak menyusun tu aku macam letih.
n dapat ku rasakan tak muat je nak susuh semua kat rak. hua hua.
so nanti kita pikirkan.

eh serious ngantuk tapi tahan mata taknak tidur.
tapi tak tidur sangap melampau la pulak tak tau nak buat apa kan.
ada cadangan nak buat apa?


3 Comments:

Dils said... [Reply to Comments]

Main Sims. Sekejab je masa berlalu. Haha

Shiela Rahim said... [Reply to Comments]

tirai sama mcm bilik aku..hahaha

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

comel senyum suka hati..weeeeee... :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...