Instagram : @peejburhan

4th - 9th

Ok belum masuk 9th la time menaip ni.
Tp its already 11ish. By the time abis menaip 9th la.
Ni ada some pics pedd amik masa aku admit hari tu.





Aku dah tukar ward.
Wad stabil katanya.
Dimana ngan girangnya sampai senyum meleret2 aku cakap bye kat teman satu ward.
Tukar ward yg lebih sunyi.
Tak ramai pun patient. Tak sampai 10 orang pun. Nice.
Dapat bilik. Semua ok selesa bla bla.
Satu je slack sbb takda main plug kat kepala katil aku.
Tapi katil tengah sampai dua ada.
Bungok.
So nak charge hp payah. Tu je tak suka.



Semalam aku emo.
Menangis sepanjang malam.
Sebab aku homesick sangat2.
Aku rindu fam aku, suami aku, kucing2 aku, business aku.
Takleh tido until 3 am. Bengkak mata nangis bawah selimut.



Pastu pagi berkobar tunggu doktor round. Dengan harapan kata leh discharge.
Well well well. Doktor tak bagi!
Dia nak observe la apa.
X suka keputusan yg doktor ward sebelum buat, dia nak try cara lain.
Kat situ gak aku nangis ok. I wanna go homeeeeee!!!!
Tapi ada dia kisah ke apa kau nak.

Setelah berapa hari kat sini.
Kau bayang dah pindah ward n ward stabil katanya baru kau nampak kerja berjalan.
Baru tadi aku check up sana sini.
Jumpa gynae, scan apa semua.
Kalau tak tertongok je 4 hari. Grrrrr.

Yang letih ialah there's too many doctors.
Masing2 ada pendapat masing2.
Yang ni nak lain. Ok so start all over again n monitor. Monitor atleast amik sehari ok!
Pastu petang dtg specialist lak garang2 kecoh2 kat doktor2 lain, kata asal aku dah lama sangat ni. Apa selama ni dorg buat.
Dah dia lak bagi pendapat lain, n arahan lain lak.
Paling baru aku tau by pagi jumaat pun aku masih dalam keadaan dorang nak monitor tu ye. Syabasssssss.

Aku dah pasrah.
Tapi boleh tahan mental la.
Sangap kot!
Hiburan aku hanyalah radio dpd station nurse dpn bilik ni. Sayup2 je dengar.

Online tak sangat sbb aku stress everytime org tanya bila aku nak start meniaga. 
Siapa taknak. Tapi dah aku terkurung sini apa boleh aku buat.
Dengan tak tau bila leh keluar. 
Dah 6 hari ok dalam ni.

Best layan youtube.
Tapi ada ke wifi.
Bayangkan aku layan dalam 10 video je.
Data aku dah nak 200mb jalan. 
Kims betul.
Aaaaa stressss.

Hoiiii nak balik. Bape lama la kat sini. 
Nasib mlm tadi noy n p.g datang. 
Aku suruh noy belikan shaver.
Sbb sendiri tak dapat beza ni kaki sendiri atau landak. Amazon sangat.

Oh sini makan sadis betul.
Mati kebuluq mak nak.
Bayangkan last meal petang kul 6 dpt makan nasi, ayam goreng cenonet n sup su'un. 
Malam kul 10 dia bg la susu panas n roti n butter.
Ngan aku xleh tidur nya.
Lapar gila n excited tunggu breakfast!
Sekali dtg menu sama mcm supper tu. roti n butter. Tak kau rasa nak angkat tray tu hempuk balik kt kepala org tu. uwaaaa.

Sebab makan bercatu begitu.
Berat aku turun lagi 1kg.
Dalam masa sehari.
Tu aku tweet, aku rasa agaknya by the time aku discharge nanti terus badan khloe kardashian kau. Hahahahaha.
Matiklah verangans kan.

Banyak bebel kan.
Sangap weyh. Apa lagi pun boleh buat.


Ni latest amik petang tadi.
Amazon sangat dah. Comot toksah cerita.
Paling comot kot kat ward.
Sbb aku tgk makcik2 sini rajin la. Lepas mandi berbedak bercelak bagai. Amboihhhh. Aku kosser.
Berlengas n berminyak muka. Berapa lama x basuh muka ni.
Sbb tau la harap org pack kan barang mmg x lengkap la peralatan.

Ok la tu je.
I nak minum. Later kena puasa esok pepagi dorang nak amik darah bla bla. Layankan.
Tata.

P/s: untuk customers, selagi aku tak inform kata aku dah discharge maknanya im still here ye. Jangan tanya dah sihat ke? Sbb if sihat pun tp dlm hospital nak buat kerja mcm mana kan? Takkan nak bawak semua kerja aku ke sini pulak kan. Kahkahkah. If nak urgent sangat, barang aku jual ramai orang lain jual. Boleh try beli ngan yang lain2 dulu ke. Aku pun tak menjangka lama macam ni warded. Ye la kita merancang , Allah yang tentukan segala. ;)

16 Comments:

Cherrina said... [Reply to Comments]

get well soon pija n takziah for the lost.

LurvlyTruly said... [Reply to Comments]

Get well soon.. :)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

dah ko jgn fikirkan sgt hal2 len, yg penting sihat dulu.. dah discharge nanti kena rehat jugak tau. puasa kerja berat :) take care ye.

elle said... [Reply to Comments]

lamanye u kena warded peej... takpe la, take it as relax time. lagipun before ni u terlalu busy kan.. for the time being, tolak tepi dulu bab business tu. nanti dah sihat baru continue semula okay? ada la hikmah di sebalik u kena warded lama2 ni. mana tahu, nanti keluar ward jadi slim macam kim kardashian versi putih gebu. wewitttt! anyway, wishing u semoga cepat sembuh. jangan stress2 okay?

doll said... [Reply to Comments]

sabar laa yea sayang...doktor tahan kat spital lagi untuk make sure you'll get the right treatment n sakit x berulang lagi...

take care yea!

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

ku bukan kastemer tp ku peminat..
get well soon peej

ishy77 said... [Reply to Comments]

cepat sihat kak.
...pnh jgk warded about 3w..but they do nothing within 2w..smpai nangis2 satu ward dengar..xmalu dah sbb stress terbaring n xde ape 2minggu.doc dok gado2 lg..haihhh..tp skrg bila teringat kekadang best jgk dok ward...huhu...mintak jauh..
byk bersabar ye kak..~~get well soon.

annapeje said... [Reply to Comments]

get well soon peej ...ok gaks tue makin kurus makin cun nanti leh lwn ngan noi hehe

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Peej, aku doakan kau sembuh dan dpt bekerja semula seperti biasa.
Tp kau tak payah lah memikir sgt psl kerja kau tu. Apa yang penting sihat mental n fizikal.

Aduhaii...baca apa yang kau tulis ni pun aku dah boleh rasa sengsara duduk hospital. Xde makna heaven nya stay sana.

Lya Colours said... [Reply to Comments]

get weel soon sis =)
kita dapat bayangkan doc ramai2 yang masing2 ada keputusan dia sendiri. ayah saya selalu keluar masuk wad dalam setahun dua ni. dia cakap pagi dah boleh discharge. dia punya proses tu, hambek, kadang2 petang baru dapat keluar. sadis gila. belum masuk yang doc2 pelatih yang setiap hari datang tanya macam2. doc yang scary pon ada.

haha tapi teringat 1 kisah lawak. alkisah doc pelatih. Hospital di negeri Melaka. dia nak cucuk amik darah. dia nervous kot sebab ramai kawan sama2 praktikal tengok dia nak cucuk amik darah ni. Sekaliiiiiiiiii dia cucuk, hah kau tertembus, jarum terkeluar kat kulit. Bapak saya punya hangin. Haha tapi lawak la sebab budak tu beria2 minta maaf. Yela orang tengah sakit, kau plak time2 tu nak buat nervous

Zara Zainudin said... [Reply to Comments]

smoga Allah SWT permudahkan segalanya...

ummisara said... [Reply to Comments]

get well soon peej!

pink.plate.liyana said... [Reply to Comments]

get well soon lalik..dont tensi tensi..tamo tamoo

miszme_ieda said... [Reply to Comments]

Get well soon kak. U may want to consider hiring an assistant / agent / PA (haha. retis nau PA) but anyway, dengan business yang expanding, mmg kena ada orang tolong. kalau tak merasa jadi lipas kudung.

arda said... [Reply to Comments]

get well soon peej..

dkt HKL ke? ak pernah 2 minggu ok duk cna sbb infection. doc2 slalu bertelagah.ak kdg2 pening tgk..

btw, doc dkt cna blh tahan ensem. hahaha.

zaizaluvme said... [Reply to Comments]

peej, moga cepat sembuh ea... dpt discharge cpt2
rindu nk baca cita peej yg hepi2 tu...

sementara ni lau nk beli tabita dgn ai pon bole uolls... nnt peej dh buka biz balik uolls blh amek balik dgn dia....





Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...