Instagram : @peejburhan

1 year anny.

sekian lama baru reti update kan.
busy-busy poyo la katakan.
aku tak pernah lagi share dalam blog ni pic kawin daripada official photog aku kan?
malas weyh.
konon aku plan sempena 1st year anniversary nak buat entry n share la pics tu.
tapi takda maknanya, tetap tak buat sampai sekarang. hua hua malas.
bayar memahal pic beratus tapi tak share. gilo.
kat fb ada aku masuk kan sikit. itu pun pic nikah je.
pic reception tetap tak masukkan lagi. huhahuha.

ni pun pic berapa minggu lepas masa anniversary tu.
takda apa pun.
keluar makan n spend masa sesama je.
keluar ngan noy ngan boyfriend dia.
tapi makan lain-lain tempat.
dia nak makan nasi ayam.
aku lak tekak teringin pasta.
so aku n Mr.B ke dome je.
punya la slow service hari tu.
tensi.
makanan sampai kau makan nak habis dah. air tak sampai2.
gila lembabs.





masa serve wedges ni pun bengong je.
ada ke serve ngan dua mangkuk kecik ni kosong. gila kah.
serve gitu. mayo n sos dia tak isi dalam tu.
tak pasal kena mintak.


lepas makan tu kita orang shopping lak.
takda shopping apa pun.
belikan hadiah kecil-kecilan untuk memasing.
then aku beli benda-benda merepek lain.
pastu dah settle shopping baru jumpa balik ngan noy kat starbucks.
laki aku lawak.
elok dia minum tetiba dia macam kagum kat cup tu ada nama aku.
aku dah macam memang laaaaa.
pastu terkejut nama noy pun ada la.
molinggg, jangan buat peghak sangat plissss.


:: teruja lebih ::





then ingat nak balik.
sebab nak pergi rumah mama.
aku janji nak datang sebab dia nak mintak tolong Mr.B alih2 kan barang.
sekali tak datang rasa tak sedap hati.
yang noy kata bebila pun boleh.
dia kata anniversary takkan nak balik awal.
so kita orang ke karaoke later tu.
ok lets.
sekali boyfriend noy belanja. awww so sweet.
sempena anniversary katanya. huhuhu.




tapi tak lama pun.
sebab esok tu semua kerja kan. except for me of coz.
so before 12 dah gerak.
terus balik n belek hasil belian. hehehe.


aku suka body wash ni.
wangiii. tak best sebab bau tu takda la kekal lama.
tapi kata body wash kan. lama mana kau nak pun.
tapi best nanti toilet pun wangi je.
selalu beli chocolate je.
tapi sebab anniversary beli 2.
chocolate tu Mr.B. aku vanilla.
ewahhh perasan. macam la vanilla sangat kau tu kan. ;p
kalau banding ngan dia kira vanilla la kan?
tak caya tengok pic atas tadi. hahahahahahahah.
eeee kong jaq aku ni.


perfume for him.
aku sekarang takleh terima if dia pakai perfume yang musky.
dulu suka. now rasa mencucuk2 je.
tu suruh tukar lain. dia sedap sikit la.
tapi noy tu harus potong stim.
dia kata , "eh dah macam bau bapak kau je. perfume papa selalu macam ni".
boleh? menyampah kan dia tu.
whatevaaaaaa.

:: garret popcorn for me. beli untuk mama. aku menyelit satu. mintak gourmet. nak try. tapi dia bagi caramel je. bengong tau. yang aku pun balik baru tengok. cisss ::


boyfriend noy bagi dia kata sedap la apa.
aku lak kata kita orang punya sedap.
so dia sanggup beli nak bagi rasa.
fine sama sedap la.
tapi ni mahal ah. 25 pcs rm17.
tapi memang sedap. ish patut semalam gi klcc aku beli lagi.
so niceeeeeee.


mana boleh laki aku je ada perfume.
harus aku nak jugak.
so beli ini.
plus perfume masa hantaran dah nak habis pun.
aku ni ada satu perangai if benda liquid ni, belum abis aku dah taknak.
aku ada banyak perfume yang ada tinggal sikit la lagi.
sikit tak sikit la boleh je pakai lagi.
tapi bagi aku dah tak best guna.
so aku stop. tah apa-apa.
nak buang sayang. tapi simpan pun tak guna.
saiko gak la. so now kadang aku buat spray katil ke, langsir ke. hahahhaha.
sama macam air ok.
air mineral ke botol ke apa.
aku minum habis.
nanti tinggal sikit, aku geli dah nak minum.
bodoh kan.
tapi perangai aku macam tu.
so now mana aku tak minum tu aku tuang kat tempat kucing. hehheheh.
if air mineral la.
air lain memang aku buang. me not loike.
me so pelik.

ok sekian cerita.
rajin i is update lagi.
ta-ta

3 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

sama la klau tgk air tinggal sikit dlm botol mineral, xtergamak nk minum. lg2 yg tinggal dlm kereta. last2 buat air basuh tgn je. haha

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

woweeee.. nonooyyyyyy baru nampak bofieenye :P

wangi2 ler pasni ben tu :D

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Oh my.. tart tu memang sedap. Tp nk beli selalu memang tak lah. Sb 25 = rm 17. tunggu orang bagi je lah...

Dalam semua gift kau beli tu peej aku suka CH men tu. Ohhh~ bau dia shaduuuu...huhu. Emangnya brand CH memang harum baunya.

Happy anniversary ya peej N molling nya. Moga2 kekal hingga syurga.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...