Instagram : @peejburhan

trauma kembali

aku sebenarnya tak suka travel.
travel yang kena naik kereta la.
sebab masa aku umur 20s macam tu.
aku dulu rajin tengok blog ondscene tu.
eh macam tu ke eja.
tak tau la lupa.
blog tu macam sentiasa melaporkan segala kemalangan yang ada la.
penuh la pic accident sana sini.
memang ngeri tak ingat la.
aku pun tak sure apesal la aku suka tengok dulu.

maybe zaman tu pun aku jenis tengok dvd ngeri macam hostel, saw semua tu pun relax.
semakin lama semakin ngeri.
aku jadi macam takut melampau.
so aku stop tengok dah.
kat blog tu yang accident semua sebab orang bawak laju la apa.
so memang aku trauma.

zaman sebelum tu memang kaki pecut la aku ni.
tapi lepas tu aku la manusia paling penakut laju-laju ni.
siap if nak keluar n nak cepat. memang dorang taknak la aku yang drive.
then if aku tak drive. seelok-eloknya aku kena duduk belakang.
supaya aku tak nampak apa.
sebab duduk depan aku bising kata lajuuu la.
pastu dok, ehhhhh. ehhhhhh.
noy bengang je. suruh aku diam.
ok fine aku diam. tapi kaki aku dok brake sana sini. pastu kemain kuat genggam seat ke.
pegang tepi pintu tu, tahan dashboard la. hahaha.
hua hua. sebab scaryyy. teringat je pics2 accident tu.
memang la orang kata kalau dah ajal kau bawak slow, kau tak salah apa, orang langgar kau. nak mati, mati la kan.
yes betul. tapi ni kereta yang kita sendiri pandu. i mean kalau kau bawak tak laju. if la ada apa2 kan kau sempat nak brake or mengelak.
if laju? memang ngeri la.

now dah kurang la trauma aku tu
aku dah boleh la bawak laju sikit.
if orang bawak pun aku ok.
if aku rasa kelajuan tu melampau sangat. aku just tutup mata aku.
sebab kang kalau aku nampak aku bising. hua hua.

tadi siang dok la laki aku kata accident kat federal highway la apa.
ngeri la. ramai orang mati la.
aku tak rasa apa sebab federal highway tu memang menakutkan.
daripada dulu aku tak suka.
kereta laju nak mampos je semua.
so bagi aku ala biasa la situ accident.
then malam tadi dia dok call adik beradik dia cakap benda sama.
pesan kat dorang bawak elok2. jangan laju bla bla.
ok fine.
still tak rasa apa.

lepas dinner, layan tengok dvd.
pastu ni sangap.
baru la aku online proper.
earlier pakai iphone je. pun kejap2 je jenguk.
so aku nampak la few status kat fb cerita pasal accident tu la apa.
siap ada share video la apa.
pastu gatal aku pergi la tengok.

Ya Allah. ngerinyaaaaaaaaaaa.
aaaaaaa. selama ni tengok pics je.
ni video pulak. pening kepala aku n rasa nak muntah.
soalan seriou.
aku ni tengok pics n video ni pun dah gini.
orang yang rajin sangat time orang accident ni berhenti tepi n tengok ni tak ngeri ke?
sebenarnya apa motip dorang berhenti n tengok tu yea?
ok ada some aku tengok memang la tolong. carik benda untuk tutup mayat-mayat tu.
tapi ada yang dok bertenggek je tepi-tepi tu.
n orang yang amik video ni?
dia dah kenapaaaaa? untuk apa amik tu?
tak takut ke? tak rasa bersalah ke?
cuba kalau ahli keluarga kau ke yang kaki tercabut tu.
mati seluar terbukak apa semua tu.
orang tu tengah nazak berbuih2 mulut tu.
siap dia fokus2 lagi.
adakah kau tak kisah juga orang amik video n share video tu.
:(

aku pernah la few times tengah bawak kereta tetiba jalan jam la apa sebab accident.
memang kalau boleh nak cepat2 la gerak.
siap bila lalu tu tau dalam tu ada orang ke. mati ke. lagi cecepat n nak bagi lepas.
takut la. tsk.
paling tak tahan bila yang accident ni belah satu lagi.
tapi jalan kita yang takda kena mengena ni jam. cannot go ok.
ada yang sanggup lak berhenti belah sini.
sebab nak seberang ke sana nak tengok. gila.

apa-apa pun.
buat masa ni trauma ku kembali. fuhhhhhhhh.
untuk sesiapa yang tak tengok lagi.
jangan tengok.
jangan gatal tangan klik play, pastu now teringat-teringat.


14 Comments:

intandayani said... [Reply to Comments]

tau xpe..smlm pepagi bkk fb org da update pasal accident tu.xtgk pun lg puc ke video tp da terbyg mcm2..Tp kan bak kata harith iskander klau omputih tu traumatization org Malysia ni ape la sgt ngn bende tu sume..siap bole tye suda mati ka?hahaha

Cabik Geronong said... [Reply to Comments]

baca entry ni teringat masa balik dari kpg last month..Setengah jam lagi nak sampai rumah stucked dlm jam..betul2 kat corner accident tu..mula2 ingat takde apa2 since jalan corner n tempat tu memang slalu kemalangan..saya tiba2 terdiam sbb selalunya memang kecohlah nak tahu,bagitahu hubby extra careful..sebabnya saya tengok ada proton saga berlanggar dgn lori..of course lori tu takde apa2,tapi proton tu hangus terok n pemandu dgn penumpang sorang mati hangus...penumpang sorang lagi sempat keluar..yang memang terkejut sangat sebab masa sampai situ,memang masih mayat diorang tapi dah bertutup lah dengan plastik..satau kat tepi jalan,satu lagi dah dlm lori...1st time tengok masih ada mayat kat tempat kejadian..2-3 hari juga asyik terbayang-bayang

strawberi said... [Reply to Comments]

tgk jugak video tuh..ngeri....tgk separuh je...adess..nyesall...

Mrs Ariena said... [Reply to Comments]

Erkkk sama la kita..lepas xcdent dulu terus trauma org bawak laju-laju..tadi ada tengok jugak..tapi tengok gambar je..tak berani tengok video...seram...

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

Al Fatihah buat mereka...

rina mazlan said... [Reply to Comments]

Pun tak berani nak tgk... seram

Marina Monroe @Nanie said... [Reply to Comments]

Teringat...mama dalam bas nampak kemalangan motor dengan lori.

Moto tu terbabas masuk bawah lori, yang mama nampak kedua2 kaki org tu tengah ketar2 dua2 bawah lori..

Mama demam seminggu, kata arwah atok, mama lemah semangat.

Shida Idris said... [Reply to Comments]

shida pun x paham org yang gatal atau org kata gila berani nak amik video/pics org mati atau accident. dah kenapaaaaaaaaa?

al-fatihah utk semua yg terlibat.

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam peej,

saya silent reader awak.. ni kali pertama nak comment..

alfatihah buat mangsa... salah seorangnya suami jiran saya... sekarang isterinya trauma dan asek nangis ajer...

Ai Artkid said... [Reply to Comments]

Ai start Trauma tengok or dengar org accident last 2years.
My one and only lit bro accident motor dekat exit plus Kajang.
Dia terjatuh dan digilis dgn 2 buah kereta. Since that, ai betul2 trauma.
Kalau my husband bwk laju pun, automatik jdk mcm u lah, kaki main brek2 dkt seat passenger. ...padahal bila tengok position kaki tu bkn dkt tmpat brek, tp dkt pedal minyak. Sigh~

Al Fatihah kepada keluarga mangsa. Dan semoga roh mangsa dicucuri rahmat.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi peej, can you reopen the peej's list? Sy mmg baca blogs guna hp and i cant access yr sidebars guna hp :( :( i mmg guna yr list to read my fav blogs n for me ok je it updates :p please pretty pretty please!!
Nique

safiyyah osman said... [Reply to Comments]

Saya sendiri pernah accident..sebelum ni tgk org accident ja...last kena dkt diri sdri..masyallah..takut smp skang..org langgar belakang sbb dia terlelap...kereta saya pusing 3kali(terbalik) langgar divider..sbb langgar divider kereta berpusing ke adaan asal smula..tayar depan tercabut sebjik..belakang sebjik..time tu anak tgh tidoq dkt belakang tnpa car seat...tkut sgt... msa kereta dh ok..anak sya melekat dkt pintu...selamat la saya dgn husband jeneh psang aircond 24jam..kalau x xtau la apa jdi dkt anak saya..masa tu dia bru umir 11bln gitu..org yang langgar tu selamba ja ckp dia terlelap..bini dia xmau gilir bawa kereta.. huhuhu

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

aku terrrrrtengok jugak video tuh. ngeri weyh. hari ni aku bawak kereta 60-70 je. pedulik la lambat pon.....aku terbayang2 yg seluar terbukak n kaki putus tuh. ngeri nauzubillah.

~Ati_Hime~ said... [Reply to Comments]

aku x nak tgk..waaaaaaaaa...lgpun aku bukan suke sgt bwk kete nih...sbb tu aku x suke bwk laju..takut!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...