Instagram : @peejburhan

rimba kiara wedd

ni bukan je blogger tak tegar.
ni namanya blogger patut kena sepak.
ye la amik kau dah sebulan lebih baru reti update kan.
kah kah kah.
hampeh hachummmmm.
eh bila la nak rajin seperti zaman dolu-dolu ni.

since benda pun dah lama.
aku pun sebenarnya dah lupa n tak ingat sangat la. ;p
so kita tengok pics apa ada yea.
n aku cerita sikit2 je.

yang pasti kali ni kita orang ke saloon buat rambut.
tapi kata minah peluh. sekejapan je rambut dah tak kepuk2 sangat.
lambat gak la pergi.
dah berapa kali dorang buzz kat whatsapp mana kita orang.
hoi dah pecut abis ok.

pedd buat garden wed.
kat rimba kiara.
sekali boleh tak sampai. kena parking luar.
dalam penuh kot.
tapi redah je. kata kita orang flower girls.
kah kah ada hati nak ngaku flower girls piuler.
whatevs.
janji dapat parking dalam n depan gak la.
tapi dalam n depan pun tetap jauh gak la menapak.
dah la gelap gulita dpd area parking nak ke tempat wed tu.
nasib aku tak tergolek, terpelecok n pengsan. wah drama melampau.
tak sebab dia gelap kan. pastu tengah jalan kat walking area tu.
ada banyak macam akar pokok besar.
nyampah aku. dah la jalan stock tak rata tu.
so aku rasa baik jalan bawah kat jalan tar je.
so aku nak turun la dpd macam divider tu.
amik kau nak tergolek siap menari2 balance badan. kah kah.
nasib takda orang n stable. kalau terjelepok jatuh mesti aku terus purak2 pengsan je.
noy dah la jalan laju gila macam kan dia menyertai marathon.
aku dah la lembab ngan kasut tinggi apa bagai.
eeeeeee cannot go.

nasib selamat tiba.
as usual kita cam whore dulu.


perempuan kayu memang la tak reti nak pose weyh.
tah apa-apa tah.
baju tu tolong la dah lama gila kot.
noy belikan dpd kuwait masa memula dia balik dulu. tahun 2008.
ye aku tak pernah pakai sebab macam tak tau je nak pakai gi mana.
sebenarnya hampir lupa pun kewujudan dia.
bila pedd cakap tema earth colors. n boleh pakai dress.
plus aku memang tak tempah baju.
apa lagi kita korek almari n jumpa baju ni. pakai terus.

paling tak tahan kita orang ada pose pic reramai.
tepi tu ada padang.
lelaki team pasang bunga api testing ke apa.
boleh tak tengah pose official photog nak amik pic.
dorang bakar thunder clap tu ke apa.
aku dengar yang fa n noy dok kata. eeee scary scary.
aku tak pandang sebab kata control cun nak amik pic.
tau-tau boleh tak mercun tu bukan naik ke atas.
elok serong n datang ke arah kita orang.
n meletop tak sampai 2 meter dpd kita orang.
omg memang scary la. eee tak sukaaaaaa.
terus insap n taknak camwhore sangat dah.

tak lama lepas tu pengantin sampai.
pun suka sebab pess datang naik kereta olskool dia.
memory sangat ok kereta tu.
kereta tu la zaman remaja dulu redah sana sini pergi party n club.
siap vallet parking hokey.
sanggup berpanas takda aircond. bukak tingkap.
janji sampai je pergi memana.
so bila nampak kereta tu rasa happy sangat.
kenangan lama mengusik jiwa betul.


masa pengantin sampai mercun pun meletop.
then all the bridesmaid ngan bunga api kat tangan.
siap ada kids semua.
dah la tema lawa.
paling suka tengok all the guys la.
semua pakai white shirt ngan suspenders. ngan fedora la. memacam la.
sporting gila semua. dpd uncles ke anak buat baby ke apa semua pakai ikut tema.
family pedd ni memang daripada zaman dulu kot.
kalau raya or wedding. kau letak la tema apa pun. semua akan make sure semangat ikut siap tempah baju semua. me loike.



camwhore adalah best.
walaupun sebenarnya time ni berpeluh sakan n super masam dah.

:: with kominyo me lobster ::


wed decor semua di buat oleh echenta.
sangat lawa me loike.
aku pakai camera hp je.
orang pemalas memang gitu.
so dalam pic tak nampak sangat la lawa n suasana tu.
time tu takda keek lagi la.
kalau tak best sikit kan.

:: us with the bride. syima, fa, pedd, me n noy ::


mama n papa pun datang. ngan ayol.
ye la pedd ni dah macam anak angkat.
dulu zaman umur 20 macam tu lama gak dia duduk umah aku.
n every now n then mesti akan lepak rumah.



with missy farah.
seronok gossip n sembang session. cathing up.
lama gila tak jumpa.
tengok la aksi memasing. kemain kak nam.
patut la laki farah dok gelak2 je. rupanya dia candid.
tu pun hari tu tak puas je lepak.
tah bila nak jumpa lagi.


ni pulak kak tini.
cousin pedd.
rupanya kak tini ni pembaca blog ku.
terkejut je tau tengah seronok sembang ada orang datang kat belakang kata peeeejjj nak amik pic ngan u.
baru nak feeling retis eh ada pembaca misteri ke.
rupanya kak tini. heheh.
ku memang kenal la.
again daripada zaman muda remaja dulu.

:: deco walkway ::






ak rasa patut ada banyak lagi pics la.
mesti ada aku tertinggal nak masukkan.
pic takda kat sini. pics kat pc. malas lak nak tukar2 ni.
so yeah. ni je ye.

hah mana laki ku?
if ingat ada aku cerita entry time wed tu.
laki ku takda sebab dia kena cirs birs n muntah2 tu kan.
tak sihat. so dia tak ikut la.
ye isteri mithali memang berjimba padahal laki sakit. ;p

pheww. akhirnya berupdate entry ni.
ok slow2 aku update mana entry tertinggal.
then akan ku cuba menjadi gigih.
ceaaaa. katanyerrr. kita tunggu dan lihat ye.

2 Comments:

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

peej.. serius ur checkbone mmg gojer.. me jelez tau... jelez bangat.. nk tulang pipi u boley??? hihihihi

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi Peej,
Im ur silent reader.ari2 baca blog u.best & sempoi.
tulis panjang2 pun i sanggup baca.
but the thing is,awat sikit sangat gambar?macam tak puas je tengok.contoh macam entry ni.ur fren punye wed sangat gorgeous.nak tengok pic yg besar & terang lagi jelas.hehe.bole inspired for my wed nanti.
lagipun pic kalau ade,macam attraction readers baca blog u.kalau words semata,macam boring & selfish plak.just my one cent.
apepun keep up writing ur blog.lagi satu i suke bace sbb u rajin update.ade je entry baru.best :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...